Assalamualaikum Readers..
LUNCH DI BOAT NOODLE | SUNWAY CARNIVAL MALL
Lunch di Boat Noodle | Menternak lemak di Boat Noodle Sunway Carnival Mall, branch ke 2 di Penang. Dibuka bulan Julai lepas, orang sanggup beratur panjang. Lebih kurang scenario Magnum Cafe di Mid Valley. Maybe orang Seberang Perai malas nak masuk pulau terjah Boat Noodle di Queensbay Mall kot atau orang tak perasan restoran BN kat sana. Hahaha *kaki makan mesti alert 😀
 |
Lunch di Boat Noodle Sunway Carnival |
Alhamdulillah, harini berjaya juga makan dan sembang-punya-sembang tak sangka dah 2 jam. Saja ambil cuti nak settelkan urusan mak dan Nina dapat voucher 4 bowls tu, syarat kena makan on weekdays only. Nasib ada Nephew jenis makan apa saja. Peminat makanan Thai saja yang akan makan bermangkuk-mangkuk sebab kuahnya pelik. Kekeke
SEJARAH BOAT NOODLE
Aci tak aku cerita sejarah ni? Boat noodle berasal dari Thailand dan datang dari perniagaan yang kecil di atas bot di tengah negara Thailand. Jadinya, Boat Noodle ini telah sampai di Malaysia kerana mereka mendapat ilham bahawa rakyat Malaysia selalu busy dan tak sempat makan. Makanya, wujudlah boat noodle.
Apa yang menarik dengan Boat Noodle ni adalah Mee Sampan dia tu haa.. Mee Sampan ni ada 2 perasa dan boleh pilih makan dengan ayam atau daging. Apa yang membezakan mee sampan ni adalah perisa sup dia tu. Nina lebih suka perisa Pathumthani sebab dia ada pedas-pedas sikit dari Ayutthaya yang more to herbs
😉
Ayutthaya | Resepi ini berasal dari wilayah Ayutthaya di Bangkok. Rasa kuah sup berkrim gelap yang mempunyai lebih kurang 10 jenis herba.
Pathumthani | Resepi menggunakan kicap pekat dan rasa masam dan pedas yang sikit. Dibuat menggunakan 19 herba, 5 jenis serbuk rempah, bunga lawang dan kulit kayu manis.
 |
Menu Boat Noodle . Klik untuk tumbesaran |
Antara menu-menu hot yang korang boleh order sampai lebam. Alahaiiiiii, rindu pulak nak makan di Boat Noodle ni. Semua makanan Thailand. Kepada peminat masakan Thai aku rasa korang patut ke sini dan try semua menu yang ada
 |
Pathumthani dan Ayutthaya bersama ayam (semangkuk harga RM 1.90) |
 |
4 mangkuk Pathumthani dan 2 mangkuk Ayutthaya . 4 bowls free pulak ! Grill Chicken Meatball (RM 4.90) Khop Khun Kha Boat Noodle |
Mee sampan dan antara dua ni ada beza dari kuah dan rasa Mee ni korang kena makan panas-panas, kalau dah sejuk tak sedap. Dari segi minuman, mesti pilih Green Tea !!!! Mula lah mengidam Thai Ice Tea kat Songkhla. Mak aii pekat sebab tea depa tak ada campuran macam kat sini.
 |
Muka kembang 3 mangkuk sekali dengan eyebag |
 |
Thai Popeye's Tempura (RM 6.90) sedap dan ranggup |
Sayur bayam yang digoreng, ingat portion kecik rupanya besaq baq hang. Kruk krak kruk karak bila makan oii.. sos dia sedap . Makan sampai habis tinggal daun besaq. Hahaha. Kami terasa macam Popeye dan Olivia.
#Review Boat Noodle :
- Makanan dan minuman memang tip top. Erghhhh . Rugi tak tapau Green Tea dengan Sangkaya
- Perasan mangkuk yang dorang serve tak sumbing dan pecah. Adakah kerana outlet Sunway Carnival ni baru lagi makanya mangkuk 3000++ tak rosak lagi. FYI mangkuk2 Boat Noodle akan ada sumbing/pecah disebabkan pelanggan selalu ramai dan masa untuk membasuh mangkuk agak cepat. Purata sebulan mangkuk di tukar dalam 100++ dan setiap outlet dibekalkan sebanyak 3000++ mangkuk. Kesemua mangkuk didatangkan dari Thailand. Boat Noodle tahu akan hal makruh guna mangkuk sumbing ni dan mereka BERUSAHA menyediakan yang terbaik
- Kebersihan dijaga
- Meja memang kecik, makan berdua jenuh tak cukup space
- Staf rajin bila tengok mangkuk pelanggan dah licin, terus minta nak basuh lettew, well done !
- Sijil halal masih dalam proses
- 85% pelanggan muslim
- Servis mereka cepat dan pekerja ramai dan cekap
- Bagi 4/5 🌟
Bajet Makan Berdua :
N03 P. Chick Thai Rice Noodle 4x - RM 7.60
N04 A. Chick Thai Rice Noodle 2x - RM 3.80
F08 Thai Popeye's Tempura 1x - RM 6.90
F03 Grill Chicken Meat Ball 1x - RM 4.90
B15 Ice Blended Thai Green Tea 1x - RM 8.90
B02 Thai Iced Coffee 1x - RM 6.90
SUBTOTAL (Exclusive GST) : RM 39.00
(MEV) 4 Bowls Free : RM 7.60
After Discount : 31.40
Service Charge (5%) : RM 1.57
GST (6%) : RM 1.98
TOTAL : RM 34.95
BOAT NOODLE | SUNWAY CARNIVAL MALL
Dibuka setiap hari
Jam 10.00 pagi - 10.00 malam
BRANCH BOAT NOODLE
1. Empire Damansara, G03a, Heritage Lane
2. The School at Jaya One, P2, Same Floor as Cold Storage
3. Ikon Cheras, G Floor
4. Berjaya Times Square, Level 2
5. Publika, Block C5, Level G3, Lot 30a
6. Sutera Mall, Johor Bahru, L2-550C
7. Gamuda Walk, Kota Kemuning
8. Klang Parade, 5th Floor
9. D'Pulze Putrajaya