23 September 2016

11 Tempat Wajib Singgah Bila Ke Ho Chi Minh


Assalamualaikum Readers..


11 TEMPAT WAJIB SINGGAH BILA KE HO CHI MINH



11 Tempat Wajib Singgah Bila Ke Ho Chi Minh




1. BEN THANH MARKET - Ada jual kain cotton, kain lace, prada lace, sutera Vietnam, blaus, t-shirt bercorak, kemeja lelaki dan wanita, beg deuter, kasut, cadar, table runner, lapik meja, sarung bantal bersulam, souvenir, pashmina, Nealofar dan macam-macam lagi.


2. BEN THANH NIGHT MARKET - Pasar malam Ben Thanh bermula jam 7 pm - 12 am. Barangan yang dijual lebih kurang dalam Ben Thanh Market dan lebih murah sedikit harganya jika pandai menawar dan peniaga tak perlu membayar sewa kedai sebab dijual di tepi-tepi jalan. 


3. SAIGON SQUARE - Jual baju branded, baju sukan, baju hujan, baju branded kanak-kanak, blaus, kemeja, kasut. Kebanyakkan barang-barang di Saigon Square adalah branded dan berkualiti. Jangan risau, boleh tawar menawar jika pandai.


4. MALAYSIAN STREET - Kat sini kalau malam-malam memang heaven nak shopping. Ada jual telekung, t-shirt Vietnam, beg deuter, kain cotton, baju kurung siap, jubah dan macam-macam lagi. Tempat makanan halal pun banyak kat sini.


5. CU CHI TUNNEL - Perjalanan selama 4 jam pergi dan balik, mengambil masa setengah hari. Rugi sangat kalau ke Vietnam tak singgah tempat bersejarah kesan peninggalan Komunis. Banyak yang boleh kita pelajari tentang sejarah Vietnam di sini. Yang paling best pengalaman masuk terowong gelap. Lemas tak bernafas. (Nina tak sempat ke sana sebab faktor cuaca, hujan)


6. SUNGAI MEKONG - Perjalanan ke Sungai Mekong pergi dan balik ambil masa 4 jam, ditambah naik sampan mengambil masa sehari. Dari Ho Chi Minh, kita akan ke jeti untuk menaiki bot ke Pulau Unicorn. Di sana, akan menaiki sampan, pergi ke kilang hasilkan gula kelapa, minum teh madu, makan buah sambil tengok persembahan nyanyian gadis-gadis Vietnam.


7. HARD ROCK CAFE HO CHI MINH - Buat pengumpul barangan Hard Rock Cafe, boleh singgah. Ada diskuan jika borong 4 helai t-shirt ! Wow


8. SAIGON CENTRAL POST OFFICE - Pejabat pos yang beroperasi dari 8 am - 5 pm . Boleh pos surat dan beli peta Vietnam. Masih menggunakan bangunan semasa penjajahan Perancis lebih 100 tahun.


9. WAR REMNANT MUSEUM - Museum yang menyimpan bermacam jenis kelengkapan perang zaman Komunis seperti kereta kebal, bom dan senjata. Bayaran masuk dalam 30,000 VND.



10. (SAIGON) PEOPLE COMMITTEE HALL - Bangunan paling cantik rasanya di HCM. Ada tugu peringatan Ho Chi Minh. Nak selfie boleh ke sini.


11. KEDAI MAKANAN HALAL - Jangan risau tentang makanan halal tapi perlu juga bawa makanan segera kerana harga makanan terutama nasi di Vietnam sangat mahal. Banyak kedai area Ben Thanh Market. Harganya memang 2-3 kali ganda mahal dari Malaysia. Jangan lupa singgah Restoran Hajah Basiroh, Restoran Ay Sah, Restoran Halal Saigon kerana makanan sangat sedap. 



Selamat Melancong ke Ho Chi Minh !


10 comments:

izzeyda said...

thanks untuk info nih.. ntah bila dapat sampai ke sana..

Murni Alysa said...

bila tahun entah nak sampai cni..alahai..mereput kat penang jaaa

Pha Is said...

nice.. tapi x minat jalan2 sangat.. hehehe
suka melencong dengan moto je..

dear anies said...

berapa pak cik saleh byr ni utk wat review ni??? hahahahahahahahah

nohas said...

CuChi Tunnel tak gi, Sg Mekong bestt..

hasnidar Ramlyy said...

kenangan mengusik jiwa bila baca entry ni ..hihihi

Anonymous said...

Hello, this ᴡeekend is nice designed for me, as
this occasion i am reading this wonderful educatiⲟnal article here at my resіdence.


My blog post; derm exclusive tv offer

Anonymous said...

Hi, its goоd article aboսt media print, we all understand media is
a enormous ѕource of information.

my blog :: Derm Exclusive Anti Wrinkle System

Anonymous said...

Yоu should be a part of a conteѕt for one of the finest websites on the web.
I will highly recommend this blog!

My website - halloween city

Anonymous said...

Usuɑlⅼy I do not read article on blogs, however I wish
tⲟ say that this write-up very forced me to try and do it!
Your writing stylе has been amɑzed me. Thanks, very
nice post.

Also visit my homepage - beachbody derm exclusive fill and freeze reviews

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com