31 Dec 2013

Biodata Nur Fathia Heroin Drama Ariana Rose

Assalammualaikum.


Musim drama dari novel popular datang lagi. Memang best baca novel "The Wedding Breaker" adaptasi drama Ariana Rose ni. Wajib beli dan baca keseluruhan ceritanya. Sekarang baruku tahu heroin drama ni orang kampung cheq rupanya. Hehe..


Baru 2 tahun menceburi bidang lakonan, Fathia mula fames dalam drama Stanza Cinta. Mesti ramai yang tengok lakonan bakal lawyer ni dan bercita-cita nak buka firma guaman sendiri bersama adiknya, Nur Farhana yang juga bakal peguam.  





Biodata :


Nama Penuh : Nur Fathia Bt Abdul Latiff


Nama Komersial : Nur Fathia


Tempat Lahir : Ayer Hitam, Pulau Pinang


Tarikh Lahir : 1 September 1987 (27 Tahun - 2014)


Keluarga : Anak sulung daripada 4 beradik ( 3 Perempuan, 1 Lelaki)


Ibu : Badriyah Binti Hassan


Ayah : Abdul Latiff B. Tahir


Pendidikan : Pelajar Tahun 2 Ijazah Sarjana Muda Undang-undang UiTM Shah Alam


Kerjaya : Pelakon & Model


Drama & Telefilem : Joe & Faridah, Bila Musang Berjanggut (tv9), Di Bawah Ketiak Isteri (Astro Prima), Dea Sofea (tv2), Nur Kasih (tv3) - (2009)

Hani (tv3), Dunia Batinku (tv3), Laila Asyikin (tv3) - (2010)

Bertaut Kasih (tv3), Tongkah Arus Dosa (tv9), Stanza Cinta (tv3) - (2011), Hotel Hasanah (TV Al-Hijrah), Seruling Cintaku (tv3), Ms. Cinta (tv9), Mahabbah (tv3) - (2012)

Rentas Samudera (tv2), Cinta Halal (tv3), Bunga-bunga Kasih (tv9), Nur Sarah (tv3), Dalam Setiap Sujud (tv9), Diandra (tv3), Ariana Rose (tv3) - (2013).


Filem : Al-Hijab, Nasi Lemak 2.0, Darah Panas


Iklan Komersial : Sunsilk, Nespray, Brylcream, Hotlink, Perodua & Panasonic.


Facebook Fan Page : https://www.facebook.com/tiyaalatiff


Twitter : https://twitter.com/fatiyalatiff


Instgram : http://web.stagram.com/n/fatiyalatiff/


25 Dec 2013

Makan Malam @ Pen Mutiara Curry House, Butterworth


Assalammualaikum.


Alangkah seronoknya bila melangkah ke fasa baru, fasa bekerja dan pemikiran juga menjadi matang pabila kita bergaul dengan pelbagai orang dan dari background pendidikan yang berlainan. Semalam aku dinner bersama officemates. Terima kasih buat engineer si Akmar yang sudi belanja kami semua makan besar. Balik kerja pukul 3, terus bersiap dan pergi semula ke opis sebabnya lagi 6 orang opismate balik kerja pukul 7. 


Gambar sebelum makan.. Hiho

Ikan masak masam manis

Telur dadar dan kerabu mangga

Sayur kailan ikan masin


Mulanya plan nak makan di Pen Mutiara, Batu Maung. Sayangnya tempat bertukar last minutes disebabkan bencana ikan naik di Lahad Datu. Jadi salah sorang hubby akak tu tak bagi kami pi makan di Batu Maung. Takut tsunami. Nasib baik ada cawangan di Butterworth. Dekat pula dengan rumah. Hihi *senang la Hanim nak hantar balik. Akmar cakap nanti dia tetap nak ajak pi makan di Batu Maung jugak. Kat sana restorannya lagi cantik. Waaahh



sotong goreng tepung

Kari kepala ikan 

pencuci mulut 


Sampai saja, dapat pula makan di tingkat atas dan makanan baru dihidangkan. Masih panas2 lagi. Perut masing2 berkeroncong, yelah lunch pukul 12 lepas tu dinner pukul 8.30. Makanan memang sedap terutama siakap sweet soursotong goreng, kerabu mangga dan paling best kari kepala ikan! Kali pertama makan terus jatuh cinta. Hehe.. Jom layan gambar2. Meleleh air mata tengok.



Gambar sebelum makan sementara tunggu 5 ladies solat


Rupanya kesemua opismate aku nie kaki makan dan paling penting makan sehingga licin. #Team MMSB (Mattel Malaysia Sdn Bhd)


22 Dec 2013

Film Review The Hobbit : The Desolation of Smaug

Assalammualaikum.


Harini baru sempat keluar tengok movie The Hobbit! Walaupun dah 2 minggu ditayangkan tapi penuh wayang juga. Sebelum tunggu movie start dalam pukul 3 sempat la kami berdua menternak lemak di McD dan shopping membeli baju kerja. Maklum la berat dah bertambah 3.7kg. Fuhh.. 2 bulan kerja ni aku kuat makan, hati selalu gembira. Hehe.. Kalau orang tau kerja kami dalam fitting room mau tergelak. Sekali sekala sewel datang macam2 hal boleh jadi. APTB.. Layankan jelah. Kalau sesiapa dah tengok Hobbit sekuel pertama mesti tau kan jalan ceritanya.



Sinopsis:


Kisah sambungan Bilbo Baggins, Gandalf dan 7 orang kerdil yang dipimpin oleh Thorin Oakenshield menuju ke Lonely Mointain. Bilbo dan orang kerdil bersama untuk merebut kembali wilayah kekuasaan mereka, Dwarf Kingdom of Erebor, yang telah diambil alih oleh Naga Smaug.  




Setelah mereka selamat dalam perjalanan menuju ke Timur dan sepanjang jalan mereka bertemu dengan Beorn, yang pernah menjadi hamba orc dan sekumpulan labah2 raksasa di hutan Mirkwood yang berbahaya. Semasa berlawan dengan labah2, muncul pula puak Wood-elf dan menangkap mereka kecuali Bilbo.




Serius filem ni banyak lawak dan scene paling gelak sampai keluar air mata time diorang lari dari penjara Wood-elf. Bilbo punya idea ialah sembunyi dalam tong. Haha.. Dalam penjara tu boleh pula si Kili jatuh cinta dengan Tauriel. So sweet.. Tengah berusaha melarikan diri muncul pulak geng Orc menyerang dan Kili kena panah di kaki. Legolas dan Tauriel berusaha menolong kerdil2 melarikan diri dan membunuh Orc yang cuba bunuh kerdil disepanjang sungai. 
Legolas pijak kepala kerdil sorang2. Cool..



Setelah berjaya lari dari Orc yang mengekori mereka dari kawasan Wood-elf, mereka bertemu dengan Bard, seorang manusia yang dalam perjalanan pulang ke rumah. Lagi sekali lawak sebab kena masuk dalam tong dan dipenuhi ikan. bard masukkan ikan supaya tak disyaki oleh sesiapa. Nak seludup orang kerdil masuk ke rumah dia melalui jamban. Haha..


Suka tengok Evangeline Lily.. Comel
Legolas anak kepada Thranduil. Hensemkan Orlando !



Akhirnya Orc menyerang rumah Bard, nasib baik Legolas dan Tauriel datang tolong kerana hanya 4 orang kerdil saja yang tinggal untuk menjaga Kili yang cedera. Yang lain termasuk Bilbo sudah pergi ke Lonely Mointain. Tiba2 Tauriel sanggup tak ikut Legolas kejar Orc, dia boleh pulak jadi nurse merawat Kili. Jatuh cinta sudah. 


Di gunung pula, selepas berjaya masuk ke istana. Bilbo kena cari batu apa entah. Lupa pulak namanya dan dia sudah buat Smuag si naga tu terjaga. Suddenly, naga terbang ke perkampungan Bard. Continue next year pula. Hihi



16 Dec 2013

Sinopsis Drama Ariana Rose Dari Novel The Wedding Breaker

Assalammualaikum.


Petang ni baru habis baca novel yang telah dijadikan drama dan bakal disiarkan menerusi slot Akasia berjudul Ariana Rose. Sebenarnya, aku baca on9 tanpa sempat membeli novelnya. Maklum la busy memanjang. Hehe.. Serius best! 




Sinopsis: 


Mengisahkan Ariana Rose Dan Tengku Adam Kamil tanpa diduga mereka berdua telah diketemukan dalam majlis perkahwinan yang telah mengaibkan keluarga Tengku Mukhriz. Kerana dasar persahabatan, Ariana sanggup menyamar sebagai kekasih Adam yang telah mengandung kerana diminta oleh Tengku Juwita supaya merosakkan majlis perkahwinannya. Siap bawa bukti gambar Adam tengah berpoya2 dengan gadis yang berlainan. 



Juwita tersenyum puas kerana tak menjadi isteri lelaki kasanova atas wasiat nenda mereka tapi Ariana cuak bila gambarnya terpampang di surat khabar. Ariana yang bekerja sebagai penjawat awam siap kena soal dengan bos. Adam telah mengupah spy untuk menyelidik orang yang telah merosakkan namanya dan Ariana telah diculik dan dipaksa untuk mengaku.




Ariana ni keras kepala dan takut rahsia Juwita terbongkar, dia merahsiakan. Sayangnya, dia telah diperkosa secara rela oleh Adam sebab Adam ni pandai menggoda. Ariana amat bencikan Adam tapi Adam pulak semakin cintakan Ariana. Dia muram selama 2 bulan dan cuba melupakan kejadian hitam itu dengan mendekati rumah anak2 yatim. 


Adam dan Ariana bertemu lagi dalam majlis amal melibatkan syarikat Adam. Perasaan cemburu hadir bila Adam melihat Ariana rapat dengan rakan sekerjanya, Harith. Kerana satu sebab, Ariana hampir diperkosa buat kali ke 2. Ariana semakin membenci Adam dan melarikan diri ke rumah uminya di Kelantan. 


Atas nasihat Dr Rosli, kawan baik Tengku Mukhriz, dia telah merisik Ariana tanpa pengetahuan Adam dan keluarga Ariana menerima lamaran itu. Ariana pula tak tahu bakal suaminya ialah orang yang dibenci. Adam macam orang gila mencari Ariana kerana ingin melamarnya. Kerana terlalu kecewa gagal memujuk Ariana, Adam pergi menunaikan umrah. 


Bila hampir tarikh nikah, Adam baru tahu tunangnya ialah Ariana apabila ayahnya menggantungkan gambar. Dia pulak tak sabar nak kawen. So sweet! Ariana dapat tahu Adam, suaminya pada majlis akad nikah tapi menerima dengan ikhlas bila Adam telah insaf. Pasangan ideal bila dikurniakan 3 orang putera yang comel2. Tengku Iman Asyraf 6 tahun, Tengku Muhammad Aqeel 5 tahun dan Tengku Afzal 3 tahun. Loving couple :)



13 Dec 2013

Ball Gown Barbie Doll Limited Edition

Assalammualaikum.


Salam Jumaat. Ini cerita semalam punya. Sejak bekerja di Mattel. Sudah ada hobi baru terjebak dari si Akma yang suka kumpul koleksi Barbie Doll. Masuk harini genap sudah bekerja selama sebulan, 3 minggu dan sehari. Oke lah, kalau ikutkan nak beli Barbie Doll as Audrey Hepburn tapi bila kami berdua masuk dalam E-Store tu dah nampak 2 kotak. So, dah tau la itu limited edition punya. Harga pun dalam RM 100++. 


Ball Gown Barbie Doll. Hanya 5,200 saja di dunia !

Cantikkan Barbie limited edition ni

Barbie Doll 2014 Collections

Audrey Hepburn in Roman by Barbie



Tunggu next gaji la baru beli. Hehe.. 


26 Nov 2013

Berkarya Di Dinding Bilik


Assalammualaikum.


Sebelum tidur nak jugak publish entri. Semalam singgah rumah makcik main dengan kucingnya. Nanti nina post pic kucing tu eh. Dah alang2 masuk bilik encik teruna. Muda lagi tau baru lepas SPM PMR. Aku perasan perangai melukis tu sejak tahun lepas. Pulak tu mamanya belikan DSLR sebijik macam aku. Well, aku kot yang ajar dia bab2 seni halus nie. Ngeh..ngeh. Dah nampak cita2 nak jadi graphic designer kot.



Alangkah seronoknya kalau dapat travel/melancong ke semua tempat di dinding bilik Kimi tu. Emma Maembong ada buka kelas lukis tak? Weee ~~ Gudnite semua :) 




25 Nov 2013

Zara Zya Popular Dalam Drama Love You Mr Arrogant

Assalammualaikum.


Surat khabar harini harini ada cerita pasal Zara Zya. Tetap cantik walaupun tak pakai tudung tapi aku suka kalau dia bertudung. Lebih ayu gituw. Apapun tahniah la sebab 10 tahun berlakon dan drama LYMA berjaya buat dia popular kan. 




Walaupun sudah 1 dekad membina karier dalam industri lakonan, drama LYMA merupakan karya pertama yang berjaya menaikkan populariti Zara Zya. Sewaktu mula2 mendapat tawaran dulu, Zara diberitahu yang cerita itu diadaptasi dari novel. Kemudian, beli novel dan baca sebelum terima tawaran watak Zaara Amirah. Akhirnya, drama itu menjadi trending dan tak sangka ia akan menjadi fenomena. 




Berlakon sejak berusia 18 tahun lagi dan populariti one-off atau sekali naik tidak mematahkan semangat Zara untuk mengekalkan nama dalam bidang ini. Tanpa peminat dia tak akan mampu dikenali. Jika mempunyai masa terluang, Zara akan membalas semua komen yang dituju kepadanya melalui Facebook dan Twitter. 


Cinta lokasi Zara dan Azlee

Cinta lokasi antara hero dan heroin bukan perkara baru dalam industri lakonan. Apa yang pasti, cerita itu memang tak benar sama sekali. Kami tak pernah keluar bersama atau lepak dan seumpamanya. Yang bercinta bukan Zara dan Azlee tapi watak Zaara Amirah dan Zafriel Irham.




Sweetkan diorang? Kalau kawen betol2 pun apa salahnya. Hehe


23 Nov 2013

Film Review The Hunger Games : Catching Fire

Assalammualaikum.





Happy weekend dan harini aku cuti.. Yess! Semalam 1st time tengok wayang dengan officemate. Aku dengan Hanim nak sangat tengok Ender's Game. Pulak tu tukar tempat date gara2 kazen aku. Nevermind, dia hantarkan aku ke Sunway Carnival. Yang sedihnya dalam web tiket pukul 7.30, rupanya 9. Jadi, kami pon tengok la movie nie. Janji ada title 'game' tu. Hehe.. And aku baru tau ini sekuel ke 2. Sebelum tu, ada la sikit2 Hanim explain panjang lebar jalan cerita pertama movie nie.



The Hunger Games adalah filem pengembaraan sains fiksyen berdasarkan novel Suzanne Collins. Catching Fire ialah sambungan ke 2 dalam Hunger Games trilogi. Ada lagi 2 sekuel iaitu The Hunger Games : MockingJay Part 1 & 2 (proses shooting). Wahh.. tak sabar nak tengok sambungannya nanti. 



Sinopsis:


Setelah kejayaan Katniss Everdeen dan Peeta Mellark pada The Hunter Games ke 74, mereka telah menjadi idola kepada semua District (12 District) dan telah membuat President Snow tidak senang duduk. Kehidupan Katniss dipantau dan setiap gerak geri diperhatikan bagi membuatkan semua District merusuh. Dalam masa yang sama, President Snow mengugut Katniss supaya berhenti berlakon bahawa dia bercinta dengan Peeta agar setiap District tidak membantah apa saja suruhan Capitol atau keluarga atau orang tersayang akan dibunuh. 


Untuk membuatkan President Snow tak menganggu Katniss dan Peeta, mereka telah mengumumkan hasrat ingin berkahwin. Dalam masa yang sama, President Snow mengumumkan adanya The Hunger Games ke-75, adalah siri Quarter Quell, dimana para survivor & pemenang sebelum ini akan dikumpulkan kembali bagi mewakili District masing2. Nasib baik ada Haymitch yang sering bantu dan beri sokongan. Kali ini mereka perlu bersekutu dengan beberapa District untuk terus hidup.  


Kemarahan Katniss membuak-buak dan bermacam cara President lakukan supaya Katniss buat perkara yang yang akan membuatkan District marah dan tak sokong Katniss dan terus menjadi hamba Capitol. 




President Snow



Banyak adegan menarik dalam filem nie. Detik sedih pun banyak terutama bila tengok orang tua kena tembak kat kepala dan time Cinna, pereka baju Katniss kena pukul sebelum perlawanan. Tapi part paling aku suka bila Katniss menggayakan baju semasa perarakan tu dan menyala keluar api & wedding dress yang diberi oleh President Snow dan diubah suai oleh Cinna. Terbaekk lah dari wedding dress bertukar ke Mockingjay dress siap berkepak lagi. Cantikk! Kalah designer dalam dunia realiti. Hehe..



Gale ni kekasih Katniss sebelum perlawanan Hunger Games dan adik kandung Thor.. Liam Hemsworth ! tak ubah macam abang dia. Herher



Pemenang setiap District

District 1: Gloss & Cashmere (Pasangan adik-bradik - jahat)
District 2: Enobaria & Brutus (Fames dengan gigi tajam)
District 3: Wiress & Beetee (Genius dalam bab sains)
District 4: Mags & Finnick (Pasangan paling veteren dalam Hunger Games)
District 5: Mati awal
District 6: The Morphlings (Mati awal)
District 7: Johanna & Blght (Johanna anti President, bersekutu bersama Katniss)
District 8: Cecilia & Woof
District 9: Mati awal
District 10: Mati awal
District 11: Seeder & Chaff
District 12: Katniss & Peeta
District 13: Coming Soon - Katniss & Gale





Arena baru yang banyak halangan. Ada bom, litar pintas, gas beracun, babun ganas, tsunami dan air bersih tiada. Haymitch hantar satu benda berupa pili air untuk diketuk kat batang pokok. Part paling menjerit 1 wayang ialah babun menyerang tu. Haha.. 


Overall filem nie best. Cuma kena tengok sekuel pertamanya baru boleh tengok yang ke 3. Haymitch, Finnick dan Plutarch (the Head Gamemaker) rupanya dah bersekutu. Cuma Katniss tak diberitahu sebab President Snow awasi dia 24 jam.  Lepas Katniss dah jahanamkan Arena, sempat la Johanna hapuskan tracker di tangannya. The Hunger Games: Mockingjay nanti ada kisah cinta Gale dan Katniss. Dah tengok trailernya. Can't wait 2014! In Shaa Allah kalau umur panjang. Selamat menonton :)  

20 Nov 2013

Jatuh Cinta Dengan Hot Wheels ♥,♥


Assalammualaikum.


Tak sangka dah masuk sebulan aku bekerja di Mattel tapi harini baru 1st time aku masuk bilik E-Store, which is store that sold all brands under Mattel example such as Hot Wheels, Barbie, Fisher-Price and etc. Eh.. eh tersasul pula taip dalam BI. Sebulan juga aku speaking dengan supervisor, kalau dengan manager hentam BM. Hihi.. Sukanya masuk bilik manager tengok almari besar penuh koleksi kereta dari tahun 80'an. Perghhh.. 





Hot Wheels Power Rangers Edition


Oke la, dah alang2 masuk store tu jadi aku terbeli Hot Wheels - Power Rangers Edition tapi tapi tak sempat amek tadi kat pondok guard. Bagi staf yang membeli mainan, selepas buat pembayaran dan passcard di scan secara autonya barang yang dibeli tadi akan dihantar kepada guard. Kang tak pasal2 dituduh mencuri. Dah la setiap hari badan aku asyik kena scan, bag kena check -____-" 






Bila dah tengok kereta Hot Wheels dan Barbie tiap2 hari makanya aku sudah jatuh cinta. Sebenarnya nina ada niat nak hadiahkan kereta mainan kepada pengomen tegar bloggie nie. Lagipun my mum pernah tanya, asyik aku je yang dapat stuff dari blogger, aku nie taknak bagi pula ke? Opcos la nak. Ngeh.. ngeh



Senarai Top Komentator akan diupdate nanti ya :)


Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com