Assalammualaikum.
Harini baru sempat keluar tengok movie The Hobbit! Walaupun dah 2 minggu ditayangkan tapi penuh wayang juga. Sebelum tunggu movie start dalam pukul 3 sempat la kami berdua menternak lemak di McD dan shopping membeli baju kerja. Maklum la berat dah bertambah 3.7kg. Fuhh.. 2 bulan kerja ni aku kuat makan, hati selalu gembira. Hehe.. Kalau orang tau kerja kami dalam fitting room mau tergelak. Sekali sekala sewel datang macam2 hal boleh jadi. APTB.. Layankan jelah. Kalau sesiapa dah tengok Hobbit sekuel pertama mesti tau kan jalan ceritanya.
Sinopsis:
Kisah sambungan Bilbo Baggins, Gandalf dan 7 orang kerdil yang dipimpin oleh Thorin Oakenshield menuju ke Lonely Mointain. Bilbo dan orang kerdil bersama untuk merebut kembali wilayah kekuasaan mereka, Dwarf Kingdom of Erebor, yang telah diambil alih oleh Naga Smaug.
Setelah mereka selamat dalam perjalanan menuju ke Timur dan sepanjang jalan mereka bertemu dengan Beorn, yang pernah menjadi hamba orc dan sekumpulan labah2 raksasa di hutan Mirkwood yang berbahaya. Semasa berlawan dengan labah2, muncul pula puak Wood-elf dan menangkap mereka kecuali Bilbo.
Serius filem ni banyak lawak dan scene paling gelak sampai keluar air mata time diorang lari dari penjara Wood-elf. Bilbo punya idea ialah sembunyi dalam tong. Haha.. Dalam penjara tu boleh pula si Kili jatuh cinta dengan Tauriel. So sweet.. Tengah berusaha melarikan diri muncul pulak geng Orc menyerang dan Kili kena panah di kaki. Legolas dan Tauriel berusaha menolong kerdil2 melarikan diri dan membunuh Orc yang cuba bunuh kerdil disepanjang sungai.
Legolas pijak kepala kerdil sorang2. Cool..
Setelah berjaya lari dari Orc yang mengekori mereka dari kawasan Wood-elf, mereka bertemu dengan Bard, seorang manusia yang dalam perjalanan pulang ke rumah. Lagi sekali lawak sebab kena masuk dalam tong dan dipenuhi ikan. bard masukkan ikan supaya tak disyaki oleh sesiapa. Nak seludup orang kerdil masuk ke rumah dia melalui jamban. Haha..
Suka tengok Evangeline Lily.. Comel
Legolas anak kepada Thranduil. Hensemkan Orlando !
Akhirnya Orc menyerang rumah Bard, nasib baik Legolas dan Tauriel datang tolong kerana hanya 4 orang kerdil saja yang tinggal untuk menjaga Kili yang cedera. Yang lain termasuk Bilbo sudah pergi ke Lonely Mointain. Tiba2 Tauriel sanggup tak ikut Legolas kejar Orc, dia boleh pulak jadi nurse merawat Kili. Jatuh cinta sudah.
Di gunung pula, selepas berjaya masuk ke istana. Bilbo kena cari batu apa entah. Lupa pulak namanya dan dia sudah buat Smuag si naga tu terjaga. Suddenly, naga terbang ke perkampungan Bard. Continue next year pula. Hihi
akak pun dok bertangguh nak p tgk...bila nak tgk tak tau la.. =D
ReplyDeletememang best crita hobbit ni..
ReplyDeleteyg mlasnya ada lg sambungan..ai perapa part la dorg nak continue..
terbaik...
ReplyDeleteKalau cite ni best nak cari la dvd nanti..hehee
ReplyDeletebersungguh ye layan hobbit ;-)
ReplyDeletemenarik pada yg suka citer fantasi yer...tgg masok astro nnt..
ReplyDeletetak baik kata kat diri sendiri fatty.. hehehe
ReplyDeleteDah lama tak tgk wayang.
ReplyDeleteSeronoknya tgk citer ni.. akak ada ajak suami ...dia buat tak tahu je.. mmg dah lama kami tak tgk wayang.. xtahu nak tgl anak atau nk bawa anak. Akhirnya..tak pergi ha..
ReplyDeletemcm dejavu la hana nie. haha mcm pernah nengok mcm tak pernah. adehh
ReplyDeleteakak jenis yg tak suka filem mcm seram mcm ni...hehehe... agaknya, kecoh dalam bilik persalinan tu..
ReplyDeletenampak menarik filem ini.. :D
ReplyDeletebersambung lagi!
ReplyDeleteCerita Hobbit ni memang the best :D
ReplyDeleteOwh.. filem ni la yang senior dok cite haritu..
ReplyDelete