19 Mar 2014

Membaca

Assalammualaikum


Menarik betoi kata-kata ustaz Azhar Idrus. Semua orang akan membaca mesti bukak Wikipedia, Google atau Facebook kan? Lebih kurang macam baca buka secara digital. Semua teknologi sekarang hasil dari bijak pandai manusia. Tanpa pencipta siapa lah kita di muka bumi ini.





17 Mar 2014

Telemovie Nikah Kita Bercinta - Azlee Khairi & Felixia Yeap

Assalammualaikum.


Mesti dah lamaaaa orang tengok kisah Azlee dengan Felixia ni kan? Aku baru nak tengok. Tq Kepala Gegar sebab upload kat YouTube. Hihi.. Serius kelakar tengok Azlee cari bakal bini dia :) 



Sinopsis : 


Mengisahkan Nur Sherina yang patuh pada ayahnya yang menjodohkan dia dengan pekerja yang disukainya. Mereka bertemu semula di bawah perkahwinan yang dirancang, Danial mencuba yang terbaik untuk memujuk isterinya Sherina, kerana dia percaya bahawa cinta itu diperlukan untuk mengekalkan sebuah perkahwinan. Tetapi setiap percubaan Danial ditolak hingga Daniel meminta perceraian.



 Sherina enggan dan memberitahu Daniel  bahawa apa yang perlu dia lakukan ialah memahami dirinya sendiri dan perasaannya yang sebenar. Dapatkah Daniel memahami apa Sherina maksudkan? Mencari makna cinta sejati? 


Baru aku tau siapa si kodok yang Sherina maksudkan tu. Sweet sangat telemovie ni !
Meh tengok kalau tak tengok lagi.. Hehe


14 Mar 2014

Kartun Terbaik Tahun 90'an

Assalammualaikum.


Masihkan budak2 zaman 90'an ingat lagi kartun2 faveret diorang dulu. Dah lama tak tengok kartun. Tak pasal2 dikategorikan buang tebiat, dah besar pun tengok kartun lagi kan.. kan. Tapi budak laki standard mengaku tengok lagi kartun2 ni. Hahaa.. Kartun2 ni la yang menemani zaman budak hingusan aku. The Best Cartoon 90an Ever !


USOP SANTORIAN



Bila tengok usop mesti teringat gigi jongang dia tu. Hahaa.. Cerita kisah kawan 1 Malaysia kat Parit Sonto. Paling ingat Usop ni ada sekor ayam nama Selebet. Paling suka bila dengar Singh cakap melayu terbalik. 


KELUANGMAN




Kisah sorang laki kononnya gila kat Tampoi tapi malam2 dia keluar menyelamatkan orang. Ala2 Batman gituw. KeluangMan ni ada partner nama TiongMan. Surprisingly lagu tema dia pun ingat lagi. 


"Dia bagai seorang pahlawan,
Menjadi pembela pada yang tiada upaya.
Dengan ketangkasan langkah pergerakkannya
Menewaskan musuh yang membuat angkara.
Dialah Satria
Biarpun di mana jua dia datang di kala malam tiba
melakukan tugas mulia.
Di desa juga di kota
Dia akan memberikan bantunya
demi hidup aman sejahtera.
Keluangman 2x"


YOKIES


Kartun bentuk telur. Ada papa yokies, mama yokies dan anak2 yokies. Cerita Yokies ni juga pernah di alaih bahasa dan ditayangkan di US. Not bad? Teringat misai papa yang lentik macam pelakon A. Galak tu. Haha


ANAK-ANAK SIDEK



Cerita AAS ni pasal adik-beradik jaguh badminton negara anak2 Haji Sidek dan Rukinah. Tak silap ada 6 orang. Macam2 ragam masa kecik2 pun ada. Layan lepas balik mengaji. 


TELETUBBIES





DONALD DUCK



Itik ni la yang selalu buat aku bangun awal2 pagi. Mak dan anak siap layan itik ni kat Disney Club Malaysia TV3 dulu. Taktik hari sabtu, buka kartun ni konfem aku pun bangun. 



Banyak lagi kartun yang aku layan macam Mickey Mouse, Mojacko yang selalu sebut "Moja-moja", Sailormoon, Ninja Turtle, Bob The Builder dan Pingu, si penguin yang suka membuli adik dia dan sebut "Noot... Noot! Hebatkan kartun Malaysia dulu. Zaman 90an kartun legend paling banyak. 

Membuka Aib Orang

Assalammualaikum.

Salam Jumaat buat semua blogger.. Hanya Allah saja yang tahu. Membuka aib orang ni samalah macam membuka aib diri sendiri. Kalau kita jaga aib orang, In Shaa Allah akan tutup aib kita tanpa orang lain tahu. Simple bukan. Malangnya bukan semua orang pandai simpan rahsia orang lain kan.




12 Mar 2014

Makanan Segera

Assalammualaikum.


Mak titew cakapkan gemok itu tandanya hati bahagia dan gemok cara sihat amat la penting. Tak boleh selalu sangat makan fast food, junk food, jajan food and etc. Sekarang berat tuan blog dah cukup 50kg, B.M.I pun dah seimbang gituw. Harap2 blog pun tak ikut berat macam tuannya ya. Kesian orang tunggu loading lama sangat. Hehee



Amalkan pemakanan yang sihat ! Mencegah lebih baik dari mengubati ;)




11 Mar 2014

Trofi Kilauan Emas

Assalammualaikum.


Trofi Kilauan Emas | Selalunya trofi ni orang veteren yang dapat bila menang dalam pertandingan Kilauan Emas. Siapa tengok? Aku pernah tengok live sampai pening sebelum masuk tengok wayang. Akhirnya dapat trofi ni. Ini bukan trofi sebab aku menyanyi kat ofis tau tapi setiap bulan semua department bersaing nak dapatkan trofi ni. Well, department Plastic Injection Moulding (PIM) selalu dapat award. Kali ni trofi 5S? :)


Trofi 5S



TAHNIAH

*
*
*

5S PlantWide Monthly Champion


Mattel Penang


Bangunan Plant 2 baru nak dibina. Minggu ni last nak duduk ofis lama. Nanti akan pindah naik atas bergabung dengan Engineering Department T____T


*Aku takot jumpa mak esah kalau duduk sorang2 kat atas -____-"
#SalamMaghrib


10 Mar 2014

Film Review 300 : Rise of an Empire


Assalammualaikum.


Review Filem 300 : Rise of an Empire | Baru sempat nak tengok wayang ni.. budak2 bawah umur 18 tahun tak dibenarkan tengok sebab mempunyai unsur2 ganas dan kalau sesiapa yang tak tahan tengok darah dan pembunuhan kejam baik lupakan hasrat tu. Bahaya beb.. Tak sangka harini ada sale sempena Hari Wanita Sedunia. Apa lagi angkut baju berhelai-helai dan dapat juga try makan McD yang terbaru tu. Serius tak sedap, ayam black pepper rasa masin -_____-"






 Sinopsis 300 : Rise of an Empir



Menyambung kisah filem 300 pertama di mana Raja Greece, Leonidas dan 300 askarnya tewas di tangan tentera Parsi. Kini tentera Parsi dalam perjalanan menyerang negara Greece dengan bala tenteranya yang dahsyat. Kisah ini diceritakan oleh Queen Gorgo dalam usaha membalas dendam di atas kekalahan dan kematian suaminya dan bergabung untuk menjatuhkan Empayar Parsi yang diketuai King Xerxes. Tentera yang diketuai oleh Thermistocles yang menyebabkan kematian ayah King Xerxes. 



King Xerxes dengan bala tenteranya

Queen Gorgo dan Thermistocles

Thermistocles cuba berbincang



King Xerxes mendapat keberanian untuk bangkit menjatuhkan Greek selepas Artemisia menghasutnya untuk membalas dendam. Selepas melalui ritual sihir, King bangkit dengan kuasa yang kuat. King mengarahkan Artemisia mengetuai pasukan tentera di laut manakala King Xerxes di daratan. Apabila Thermistocles cuba dapatkan bantuan Spartan, Queen Gorgo menolak untuk menyertai pakatan kerana telah ditawarkan tanah dan air oleh King Xerxes jika tak menyertai peperangan itu. 




Mereka diserang

Bala tentera Leonidas


Artemisia



Apabila tiba hari peperangan, Thermistocles mendapati tentera kapalnya sangat sikit berbanding tentera Artemisia yang memiliki beribu-ribu kapal perang. Ini semua terserah kepada Jeneral Thermistocles untuk mempertahankan Greek dari dijajah tentera Parsi dan harus menggunakan strategi peperangan untuk mengalahkan Artemisia, laksamana tentera laut Parsi. Apabila pertempuran pertama berjaya mengalahkan tentera Parsi. Artemisia berjumpa dengan Thermistocles untuk offer supaya menjadi orangnya.



Rasanya kalau lelaki lain kena goda, mesti menyerah kalah kan? tapi tidak bagi Thermistocles yang berasmara dengan Artemisia tapi still tak terima offer. Itu yang buat Artemisia geram. Hahaa.. Ada scene 18sx, faham-faham jelah kalau tengok tu.




Thermistocles dan tenteranya menyerang

Bawah kapal ni ada hamba-hamba yang dijadikan pengayuh


Artemisia berasmara dengan Thermistocles demi perang



Aku memang tak suka sangat scene bertempur dengan darah2 tapi aku suka tengok strategi peperangan Thermistocles yang bijak tu. Lagi pun perang di laut mesti kena buat strategi bagus. Kalau nak tengok lastly jadi apa kena tengok sendiri sebab Artimesia kena bunuh dengan Thermistocles. Haa.. jahat sangat mesti akan mati walaupun muka cantik. Kesimpulannya hati busuk. BEWARE.



Last Battle sebelum di mati dibunuh


Moral, perempuan dan dendam boleh meruntuhkan empayar sesebuah kerajaan dengan menggunakan rupa, tipu muslihat dan kata-kata yang menghasut. Pulak tu, ada kisah disebalik hidup Artemisia dimana dia orang Greek dan family dibunuh oleh bangsa sendiri dan dijadikan hamba sebelum dia selamatkan oleh orang Parsi.



Faveret Quotes : " I'd rather die on my feet than live on my knees. " kata Thermistocles bila disuruh menyerah kalah oleh Artemisia. 




3/5*


p/s: Gadis kalau tengok mesti melting dari start movie sampai last sebab tengok badan tough2. Hihi


4 Mar 2014

Musim Bunga

Assalammualaikum


Hello March! Entri pertama di bulan ni dan musim bunga telah tiba! Bunga di taman rumah dah menguning dan terasa macam di Korea pulak. Oke feeling2 ada kat sana. Sorry tak dapat lagi nak BW puas2 sehingga tuan tanah lepas dari exam sabtu ni. 


Pokok Sakura versi Malaysia

Sakura kemerahan

Cantiknya bunga-bunga kat luar ofis



Semoga ceria selalu di samping keluarga dan orang tersayang. Bulan ni paling happy sebab 3 orang istimewa bertambah umur. Jeng... jeng *lama tak buat kek

1 Mar 2014

Film Review : The Hunger Games

Assalammualaikum..



Dah 2 tahun filem The Hunger Games ni ditayangkan di Malaysia, sekuel ke 2 pun dah tengok dan baru harini aku tengok sekuel pertama. Nevermind janji boleh buat koleksi DVD trilogi The Hunger Games kan.. kan. Ditayangkan pada 22 Mac 2012. Baru la boleh tau keseluruhan cerita yang disampaikan dalam filem ni. Tahun ini juga akan ditayangkan sekuel ke 3 pula. Nantikan..




SINOPSIS :


Capitol negara Panem memaksa 12 daerah untuk menghantar wakil seorang lelaki dan perempuan muda bagi mewakili daerah masing-masing di dalam rancangan The Hunger Games. The Hunger Games ialah rancangan realiti di mana kesemua wakil daerah akan berlawan dan berbunuhan sesama sendiri dimana wakil terakhir yang masih hidup akan dinobatkan sebagai pemenang dan menerima ganjaran.


Katniss Everdeen dan keluarganya tinggal di District 12. Pada hari kedatangan orang-orang dari Capitol, semua remaja di District 12 berkumpul dan tanpa disangka, adik Katniss yang masih kecil telah terpilih sebagai wakil District 12. Katniss menawarkan diri untuk menjadi wakil sukarela dan menggantikan tempat adiknya. Manakala Peeta Mellark, anak penjual roti terpilih sebagai wakil lelaki bagi District 12.







Ketika ini la Katniss terpaksa meninggalkan ibu dan adiknya bersama kekasih a.k.a kawan. Baiknya Gale bila sanggup menjaga family Katniss sepanjang ketiadaannya. Katniss dan Peeta ditempatkan di pusat latihan di Capitol bersama wakil-wakil daerah lain. Kena praktis macam2 dan Katniss mempunyai banyak peminat dari semua penaja. Boleh tengok macam mana Cinna, si pereka baju Katniss tu buat baju yang melambangkan "Girl On Fire".








Katniss dan Peeta mulanya nampak ragu2 dengan kebolehan masing2 tapi selepas diberi kata2 semangat dari Haymitch, Cinna. Diorang boleh tunjukkan kelebihan yang ada kecuali Peeta. Masa game berlangsung tu. Katniss berusaha untuk hidup, cedera dan macam2 lagi tapi Haymitch sedia menolong dan menghantar ubat2. Scene menakutkan bila Katniss menjatuhkan sarang tebuan. Fuhhh... 


Boleh tengok persahabatan singkat Katniss dan Rue dari District 11. Sedih juga bila tengok Rue dibunuh depan Katniss. Serius boring bila tengok Peeta yang tak berlawan pun cuma pandai menyamar saja. Akhirnya peraturan games diubah apabila terjadi kes percintaan Peeta yang dikatakan suka Katniss. 



Seram pula tengok janggut Seneca


Mati jugak mereka-mereka ini


Dan mereka berdua selamat atas dasar nasib yang baik sahaja. Dan aku tau kenapa Seneca Crane takda dalam sekuel ke 2. Rupanya President Snow menyuruh dia membunuh diri dengan memakan beri beracun. Ini bermakna Katniss terpaksa berlakon mencintai Peeta kalau mahu terus hidup. Bagaimana dengan Gale yang mencintai Katniss? Itu boleh tengok di sekuel ke 2.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com