1 Mar 2014

Review Filem : The Hunger Games

Assalammualaikum..



Dah 2 tahun filem The Hunger Games ni ditayangkan di Malaysia, sekuel ke 2 pun dah tengok dan baru harini aku tengok sekuel pertama. Nevermind janji boleh buat koleksi DVD trilogi The Hunger Games kan.. kan. Ditayangkan pada 22 Mac 2012. Baru la boleh tau keseluruhan cerita yang disampaikan dalam filem ni. Tahun ini juga akan ditayangkan sekuel ke 3 pula. Nantikan..




SINOPSIS :


Capitol negara Panem memaksa 12 daerah untuk menghantar wakil seorang lelaki dan perempuan muda bagi mewakili daerah masing-masing di dalam rancangan The Hunger Games. The Hunger Games ialah rancangan realiti di mana kesemua wakil daerah akan berlawan dan berbunuhan sesama sendiri dimana wakil terakhir yang masih hidup akan dinobatkan sebagai pemenang dan menerima ganjaran.


Katniss Everdeen dan keluarganya tinggal di District 12. Pada hari kedatangan orang-orang dari Capitol, semua remaja di District 12 berkumpul dan tanpa disangka, adik Katniss yang masih kecil telah terpilih sebagai wakil District 12. Katniss menawarkan diri untuk menjadi wakil sukarela dan menggantikan tempat adiknya. Manakala Peeta Mellark, anak penjual roti terpilih sebagai wakil lelaki bagi District 12.







Ketika ini la Katniss terpaksa meninggalkan ibu dan adiknya bersama kekasih a.k.a kawan. Baiknya Gale bila sanggup menjaga family Katniss sepanjang ketiadaannya. Katniss dan Peeta ditempatkan di pusat latihan di Capitol bersama wakil-wakil daerah lain. Kena praktis macam2 dan Katniss mempunyai banyak peminat dari semua penaja. Boleh tengok macam mana Cinna, si pereka baju Katniss tu buat baju yang melambangkan "Girl On Fire".








Katniss dan Peeta mulanya nampak ragu2 dengan kebolehan masing2 tapi selepas diberi kata2 semangat dari Haymitch, Cinna. Diorang boleh tunjukkan kelebihan yang ada kecuali Peeta. Masa game berlangsung tu. Katniss berusaha untuk hidup, cedera dan macam2 lagi tapi Haymitch sedia menolong dan menghantar ubat2. Scene menakutkan bila Katniss menjatuhkan sarang tebuan. Fuhhh... 


Boleh tengok persahabatan singkat Katniss dan Rue dari District 11. Sedih juga bila tengok Rue dibunuh depan Katniss. Serius boring bila tengok Peeta yang tak berlawan pun cuma pandai menyamar saja. Akhirnya peraturan games diubah apabila terjadi kes percintaan Peeta yang dikatakan suka Katniss. 



Seram pula tengok janggut Seneca


Mati jugak mereka-mereka ini


Dan mereka berdua selamat atas dasar nasib yang baik sahaja. Dan aku tau kenapa Seneca Crane takda dalam sekuel ke 2. Rupanya President Snow menyuruh dia membunuh diri dengan memakan beri beracun. Ini bermakna Katniss terpaksa berlakon mencintai Peeta kalau mahu terus hidup. Bagaimana dengan Gale yang mencintai Katniss? Itu boleh tengok di sekuel ke 2.

1 comment:

  1. You inspired me to watch again xD Nak baca novelnya.. (beli kat BBW hari tu :3 )

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com