26 Mar 2016

ESCAPE PENANG - Camping & BBQ | Thanks ESCAPE (Part 7)


Salam Readers..


ESCAPE ADVENTURE Penang | Camping And BBQ | Dua cerita berbeza dalam 1 entri lebih ringkas rasanya. Hari kedua di ESCAPE kami sambut birthday dan malam pula BBQ dan berkhemah dalam tu. Buat salah sorang team Projek Blogger Utara Selamat Hari Lahir yang ke 34 buat Kak Murni. Tak sampai hati nak buat adegan baling telur / tepung. Tahu semua penat. Hehe.. 



Brownies & Congo Bar dari 'EL' 

Blueberry Cheese Cake & White Chocolate Macadamia

With Manager on Duty Ms Winnie

With team Projek Blogger Utara 


Seumur hidup ini baru kali ke 3 tidur dalam khemah / berkhemah dalam tempat tak berapa nak hutan. Haha.. Janji ada jamban siap shower. Meh nak kongsikan pengalaman bermalam dalam hutan Base Camp ESCAPE Penang ni.. Ada yang berminat boleh lah cuba. Seharian bermain di ESCAPE dan lewat petang kami semua kembali ke Base Camp masing-masing. Sebelum tu berkumpul di Base Camp Reception di bawah bukit tapak khemah untuk dengar sedikit penerangan ringkas keselamatan, keadaan dan kedudukan khemah.



Base Camp Reception

Gaya macam orang lari rumah

Welcome to Base Camp Escape Penang


Di kawasan khemah tiada bekalan elektrik. Jadi di Base Camp Reception disediakan loker berkunci yang didalamnya ada port USB dan port elektrik untuk mengecas handphone dan power bank. Locker boleh dikunci dan password kita tetapkan sendiri. Make sure bawa torch light, kipas angin bateri, ubat nyamuk, toto dan selimut sebab tidak disediakan.




Khemah biru 2 gadis single. Sebelah sana khemah Kak Farah

Setiap plot ada 2 khemah

Back to nature


Buat gadis single 2 orang macam Nina dengan Zaf ni dapat sorang 1 khemah. Perghhh seram jugak tidoq sorang. Jarak khemah memang jauh sikit. Diberi Plot D06 terdapat 2 khemah muat untuk 5 orang dewasa. Akhirnya tidoq berdua dengan Zaf di sebelah atas. Di depan khemah ada ruang untuk lepak dan santai. Ada buaian dan tempat unggun api, senang kalau nak BBQ juga sebuah peti besi berkunci jika ingin meninggalkan barang berharga.



Depan khemah ada tempat BBQ, buaian dan peti besi

Kalau datang dalam kumpulan boleh BBQ di sini malangnya haritu hujan

Menu BBQ yang disediakan

Gadis-gadis sedang membakar ayam !


Petang itu hujan renyai makan duduk rehat-rehat dalam khemah sementara tunggu waktu berBBQ nanti yang dibuat didepan Base Camp Reception sebab ada bumbung senang nak nyalakan unggun api oleh staf-staf Pinoy ESCAPE. Mereka rajin dan peramah. Fasih berbahasa English. Segala makanan dan peralatan untuk BBQ fully sponsor by ESCAPE seperti ayam, jagung, ubi keledek Jepun, sosej dan salad bersama sos. Sedap makan panas-panas baq hang ditambah hujan renyai. Kalau bercadang nak BBQ macam kami boleh request nanti. Harga boleh runding sebab tak tau pakej BBQ ni.



Pintu toilet di belakang khemah kami

Nampak tak bumbung pakai jaring je

sangat selesa dan bersih



Paling tekejut ialah TOILET ! Kalau khemah dalam real jungle kena mandi dan membuang dalam sungai, semak, celah pokok sambil cakap "Nenek/Tok, cucu tumpang mandi atau buang ya" kena mintak izin tapi ini hutan siap ada bilik mandi tak berpintu dan berbumbung. Bilik mandi toilet berkembar di setiap plot khemah masing-masing. Ada shower pipe dan bumbung hanya diletakkan jaring yang banyak daun-daun kering gugur. Time mandi malam tu terpaksa bawa lampu gasoline dan sangkut di dinding bilik air. Feeling romantik tau. Haha.. Nasib tak rasa nak membuang. Fuhh selamat, selesai mandi terus masuk khemah dan tidoq sampai pagi tanpa ada gangguan. 




Hari kedua sebelum sambung main, ada yang tak mandi lagi tau

Ready nak check out



PENGHARGAAN


Terima kasih kepada ESCAPE Penang especially Mr Sim Choo Kheng (The Founder and CEO) kerana sudi menjemput Team Projek Blogger Utara membuat review di sini. Also thanks to Ms Winnie as Manager On Duty that day. Tak lupa krew-krew yang bertugas. Next projek dari syarikat Sim Leisure adalah membina Water Play pulak (dalam pembinaan) dan dijangka siap penghujung tahun 2016 !! Disamping itu juga TREE TOP Hotel (hotel atas pokok).


Lagi info di sini :


ESCAPE Penang - Sejarah

Harga Tiket & Pakej Base Camp ESCAPE

Permainan di ESCAPE

Kemudahan di ESCAPE

Time To Play : Monkey Business

Time To Play : Jungle Swinger

Time To Play : Tubby Racer




ESCAPE EXTREME PARK

828 Jalan Teluk Bahang
11050 Penang, Malaysia

Tel : +604 881 1106
Fax : +604 881 3106

Email : info@escape.my
Website : escape.my
FB : escape.my

Operating Hours : Selasa - Ahad (Isnin Tutup) 9.00 pagi - 6.00 petang



24 Mar 2016

ESCAPE PENANG Tubby Racer

Salam Readers..


ESCAPE Penang | ESCAPE ADVENTURE Penang | ESCAPE Penang Time to Play | Part paling best di sini ialah Tubby Racer ! Demi donut ku sanggup bawak naik berkali-kali ekceli 3 kali je. Hehe.. Penat noks. Merasai pengalaman menuruni bukit yang tinggi menaiki tiub getah. Kalau berkumpulan boleh menyambungkan beberapa tiub getah dan sama-sama menjerit sambil turun bukit yang ada 2 jenis iaitu lurus dan bengkang bengkok. Kalau nak lagi best boleh bawa GoPro atau tongkat untuk senang ambil video. Meh layan video kami main berkali-kali :)



Tubby Racer is here

Tubby Racer safety rules

Haaa rasa best ke takut? 

Ambik tiub sendiri dan tarik naik ke atas



Nampak tak Nina dan Zaf sedang mengheret tiub getah. Haaa.. muka serupa apa dah. Untuk kanak-kanak yang berumur 6 tahun keatas saja dibenarkan untuk menunggang tiub getah ini bersendirian manakala untuk kanak-kanak umur 6 tahun kebawah perlu ditemani orang dewasa semasa menaiki tibu getah. Rugi kalau datang sini tak main Tubby Racer.



Turn Nina & Zaf tarik tiub naik atas


Gigih heret tiub getah yang super berat


Jangan risau kalau ada tenaga lebih boleh main banyak-banyak kali takda siapa pun akan larang korang bermain. Macam tuan badan sanggup naik banyak kali semata-mata nak dapatkan video yang kekonon menarik malangnya sampai ke sudah bila turun badan asyik ke belakang. Geraaammmm... 


Apa kes naik separuh ni? Haha.. sebab nak dapat angle video punya pasal


VIDEO TUBBY RACER
(seorang diri)





Asal turun mesti punggung ke depan dulu. Nyampah mak




GECKO TOWER



Akhir sekali korang wajib naik kesemua block kayu di GECKO TOWER ! Ada 8 blok kayu, boleh pilih ikut kesukaan korang. Yang mana mudah nak panjat atau tak. Sempat cuba 2 blok kayu. Jadilah dari tak panjat langsung. 


Gecko Tower


VIDEO GECKO TOWER





Gecko Tower best


Bersambung lagi untuk part last dan style berkhemah dalam ESCAPE ! 

15 Mar 2016

ESCAPE PENANG - Time To Play : Jungle Swinger (Part 5)


Salam Readers..


ESCAPE Penang | ESCAPE ADVENTURE Penang | ESCAPE Penang Time to Play | Selepas berjaya mengurangkan lemak-lemak dengan bermain di Monkey Business, lepas tu ternak lemak semula, Zaf teman main di Jungle Swinger, sweetkan bak ibu dan anak. Hehe.. Katanya malas dah nak main jadi apa salahnya jadi tukang ambik gambar. Bukan buli tau tapi secara sukarela. Marilah layan gambar adik Nina bermain dengan riangnya. Adik sangat kan jadi tarzan. Bergayut sambil melihat ayam dan itik berkeliaran.




JUNGLE SWINGER


Jungle Swinger

Jungle Swinger Safety Rules


Jungle Swinger atau dalam bahasa hutannya sebagai Tarzan menjadi kesukaan Nina sejak kecil yang gemarkan aktiviti panjat pokok, berhayun sana sini dan melalak. Haaa... sekarang ni pun sama walaupun umur dah nak masuk 26. 


Kalau korang nak try wajib lompat dan berhayun laju sikit so boleh la pergi jauh tapi nak tunggu berhenti tu satu seksaan bagi orang yang menunggu. Heheh.. nasib lah labu. Sebelum tu wajib tahu berapa berat korang, terlebih muatan memang tak dapat main. Berapa banyak perkataan wajib daaa... Sayangnya video tak sempat ambil dari Kak Sha. Menci mak.



Tarzan Jane ni

Teringat zaman kanak-kanak yang boleh berhayun sana sini, sekarang pokok-pokok banyak ditebang kecuali kampung



KITE FLYER


Kite Flyer

Kite Flyer Safety Rules

Kite Flyer sesuai untuk orang tak takut tinggi



Kite Flyer bukan lah layang-layang terbang tapi 2 orang manusia terbang seperti kite dengan ketinggian 21 meter ke atas, kalau tak silap sampai paras ketinggian yang telah di hadkan. Kite Flyer ni kami main hari kedua di ESCAPE, waktu pagi dan time tu tak berapa ada orang tapi terpaksa tunggu someone yang boleh tolong kayuh basikal kat bawah. Yup, means kalau nak naik korang kena minta bantuan 2 orang pengayuh basikal untuk naik ke atas.


Bila dah habis main, korang tolong lah pulak si pengayuh basikal tu. Haa kan adil namanya. Yang sedih tu takda orang nak snap gambar / video masa naik. Arghh.. nangis ada sekeping je. Bila dah sampai atas, ada 1 tali dan kena tarik. Bila dah tarik, berhayun lah sambil melalak keseronokan bagi orang tak takut tinggi. Hehe.. yang seksa tu masa nak kayuh basikal. Azab siap gilir-gilir dengan Zaf nak tolong budak-budak sekolah yang tolong kayuhkan untuk kami.   



Zaf dah ready tu. hehe

Sesi tolong kayuh basikal. Sedondon pulak dengan adik ni

Turn kak nina pula tolong kayuh sampai habis tinggi

Kami tengah bergerak naik


Video yang sempat snap tapi orang lain. Masa nak hayun tu cuak jugak. 







JUMPIN JACK



Jumpin Jack


Jumpin Jack dikategorikan melompat setinggi yang boleh. Sebelum melompat tu wajib buka kasut dan timbang berat badan dulu ya. Jangan risau kalau lupa berat sendiri berapa kilo. Hehe.. Nasib baik sebelum lompat tu berat ngam-ngam 50 kg. Kalau lebih tak boleh main. Lebih dari 50 kg dah consider terlebih muatan. 



Lompat lah berapa lama pun, tak ada orang nak marah. Masa main tu hanya Nina sorang je maka tak malu nak lompat macam mana pun. Gambar sopan dan tak sopan hanya Zaf saja yang tau. 


Nina at Jumpin Jack versi sopan. Kahkah



BALANCE BEAM


Balance Beam

Balance Beam Safety Rules

Balance Beam


AEROBAT


Aerobat

Macam main sarkas kan.. Tak berani nak try


Bersambung lagi, 2 entry sebenarnya dan maka habislah acara main di ESCAPE. Rasanya 2 bulan juga nak habiskan review ni. Letih mak nak menaip, nak mengedit gambar, nak upload video satu hal jugak. Ngeh.. ngeh. 



4 Mar 2016

ESCAPE PENANG - Time To Play : Monkey Business (Part 4)


Salam Readers..


ESCAPE Penang | ESCAPE ADVENTURE Penang | ESCAPE Penang Time to Play | Hari pertama selepas briefing oleh CEO ESCAPE, Mr Sim. Kami bermain guli. Walaupun hampir lupa cara nak bermain tapi boleh lah. Nasib ada guide yang kelakar. Siapa tak pernah naik / main Monkey Business angkat jari telunjuk. Hehe.. Memang peluh merecik kalau main benda tu time matahari tengah terbit. Awesome view tau. Bersediakah anda untuk mandi peluh dan memecahkan lemak-lemak degil? Kakakah



ESCAPE Map

Banyak permainan disediakan 

Dengan Eyda sebelum main guli. Kehkeh

Monkey Business

Monkey Business Safety Rules


Game pertama ialah Monkey Business ! Di sini kamera memang tidak dibenarkan bawa. Yang ada GoPro dibenarkan, so mintak jasa kawan-kawan yang tak naik tu atau tengok melilau / merayau kat bawah tu cepat-cepat ambilkan gambar. Hehe.. Memandangkan stay 2 hari 1 malam di ESCAPE jadi untuk level 2 main keesokkan harinya. Kira 2 hari juga nak habiskan 2 level. Level 3 memang tak sanggup, susah tau. 



Monkey Business ada 3 level dan setiap level ada ujian / bala yang kena hadap. Hehehe.. Kalau gayat memang tak naik lah hanya sesuai untuk orang yang berani dan tahan panas. Sebelum main tu WAJIB pakai SUNBLOCK . Tak pasal hitam tangan, itu pun muka dah sunburn sikit. Apa pun korang akan rasa sihat lepas tu sebab banyak peluh-peluh keluarkan.



Menunggu giliran nak naik monkey business

Cantikkan tempat menunggu. Ini time tengahari memang tak ramai yang main

Are you ready? Sebelum main kasi selfie dulu. Kami naik dari pagi sehingga lah waktu lunch

Briefing dulu sebelum main

Safety board - bagus juga boleh sewa kasut yang sesuai kan



Sebelum naik tu ada briefing tentang keselamatan semasa bermain dan cara menggunakan tali dan logs especially sebelum dan selepas flying fox. Setiap platform hanya dibenarkan 3 orang saja. Make sure sebelum korang main tu tengok dulu orang depan dah sampai atau belum ke sebelah sana. Di ESCAPE telah disediakan seorang photographer khas untuk ambil gambar secara random di setiap game. Kalau nampak orang bawa DSLR cepat-cepat senyum. Nasib baik ada 2 keping gambar main Monkey Business Level 1 dan Level 2. 



First Day . Thanks ESCAPE Park . Sengih memanjang bila nampak photographer

Thanks CP . Gambar di Level 1

Monkey Business berjaya di tawan. Cewahhh

Selepas berjaya di Level 2.. Hehe

Bermain di Level 2 dengan tali tu agak mencabar


Game ni banyak menggunakan tali dan logs untuk jalan dari pokok ke pokok. Make sure pakai tali safety dengan ketat. Hari first tu teruskan main untuk Level 1 dan stop kejap untuk makan tengahari dan bersambung di FLYING LEMUR. Ikut kemampuan masing-masing. Hari itu Nina rasa macam malas nak main Monkey Business Level 2 sebab cuaca panas terik. 




Level 2 noks tak main di bahagian ni . Nampak titi kecik besaq kecik

Blogger petai mencipta sejarah hari ke 2 di ESCAPE . Rasa nak terkecing dah


Muka bahagia plus legaaaa . Time nak main Tubby Racer pulak


Menariknya game di sini semua ada tarikan masing-masing. Jadi tak risau sebab semua peringkat umur boleh main dengan selamat. Kalau kanak-kanak berani nak main di Monkey Business mereka haruslah berketinggian 1.2m dan dipantau oleh orang dewasa.



GO BANANAS



Nina tak main di sini . Hehe tak sanggup nak main dengan pishang

Dari Level 2 Monkey Business boleh nampak orang di Go Bananas

Tengok Bananas dengan Boats tu tak rela nak main. Hehe . Main sehingga keluar ke parking dan bus stop. Orang dari luar boleh nampak dan jeles.



MONKEY SCHOOL


Monkey School
Kanak-kanak kecil sehingga ke besar boleh main di sini . Yang besar tu means penakut nak main di Monkey Business. Kipidap buat anak Eyda yang berani main dengan kami

Monkey School Safety Rules


Hari pertama dan suku akhir sebelum masuk ke tengahari, kami stop main dan makan dulu. Tambah tenaga yang hilang di Monkey Business tu. Siap makan kek dan congo bars yang kak El bawa. Sedap betoi. Lunch dari pihak ESCAPE dengan lunchbox yang cantik. Ayam masak kicap sedap sangat tau. Kalau mai dby group boleh request nak makan lunch ok. Kalau di sini haruslah rasmi main FLYING LEMUR atau flying fox yang terbang dari pokok sana ke pokok sini. Terbang atas pokok tau. Suka sangat. Hehe..



Lunchbox ESCAPE


Bersambung nanti, berehat seketika.. Boleh juga baca ini dan ini :)








Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com