ESCAPE Penang | ESCAPE ADVENTURE Penang | ESCAPE Penang Time to Play | Hari pertama selepas briefing oleh CEO ESCAPE, Mr Sim. Kami bermain guli. Walaupun hampir lupa cara nak bermain tapi boleh lah. Nasib ada guide yang kelakar. Siapa tak pernah naik / main Monkey Business angkat jari telunjuk. Hehe.. Memang peluh merecik kalau main benda tu time matahari tengah terbit. Awesome view tau. Bersediakah anda untuk mandi peluh dan memecahkan lemak-lemak degil? Kakakah
|
ESCAPE Map |
|
Banyak permainan disediakan |
|
Dengan Eyda sebelum main guli. Kehkeh |
|
Monkey Business |
|
Monkey Business Safety Rules |
Game pertama ialah Monkey Business ! Di sini kamera memang tidak dibenarkan bawa. Yang ada GoPro dibenarkan, so mintak jasa kawan-kawan yang tak naik tu atau tengok melilau / merayau kat bawah tu cepat-cepat ambilkan gambar. Hehe.. Memandangkan stay 2 hari 1 malam di ESCAPE jadi untuk level 2 main keesokkan harinya. Kira 2 hari juga nak habiskan 2 level. Level 3 memang tak sanggup, susah tau.
Monkey Business ada 3 level dan setiap level ada ujian / bala yang kena hadap. Hehehe.. Kalau gayat memang tak naik lah hanya sesuai untuk orang yang berani dan tahan panas. Sebelum main tu WAJIB pakai SUNBLOCK . Tak pasal hitam tangan, itu pun muka dah sunburn sikit. Apa pun korang akan rasa sihat lepas tu sebab banyak peluh-peluh keluarkan.
|
Menunggu giliran nak naik monkey business |
|
Cantikkan tempat menunggu. Ini time tengahari memang tak ramai yang main |
|
Are you ready? Sebelum main kasi selfie dulu. Kami naik dari pagi sehingga lah waktu lunch |
|
Briefing dulu sebelum main |
|
Safety board - bagus juga boleh sewa kasut yang sesuai kan |
Sebelum naik tu ada briefing tentang keselamatan semasa bermain dan cara menggunakan tali dan logs especially sebelum dan selepas flying fox. Setiap platform hanya dibenarkan 3 orang saja. Make sure sebelum korang main tu tengok dulu orang depan dah sampai atau belum ke sebelah sana. Di ESCAPE telah disediakan seorang photographer khas untuk ambil gambar secara random di setiap game. Kalau nampak orang bawa DSLR cepat-cepat senyum. Nasib baik ada 2 keping gambar main Monkey Business Level 1 dan Level 2.
|
First Day . Thanks ESCAPE Park . Sengih memanjang bila nampak photographer |
|
Thanks CP . Gambar di Level 1 |
|
Monkey Business berjaya di tawan. Cewahhh |
|
Selepas berjaya di Level 2.. Hehe |
|
Bermain di Level 2 dengan tali tu agak mencabar |
Game ni banyak menggunakan tali dan logs untuk jalan dari pokok ke pokok. Make sure pakai tali safety dengan ketat. Hari first tu teruskan main untuk Level 1 dan stop kejap untuk makan tengahari dan bersambung di FLYING LEMUR. Ikut kemampuan masing-masing. Hari itu Nina rasa macam malas nak main Monkey Business Level 2 sebab cuaca panas terik.
|
Level 2 noks tak main di bahagian ni . Nampak titi kecik besaq kecik |
|
Blogger petai mencipta sejarah hari ke 2 di ESCAPE . Rasa nak terkecing dah |
|
Muka bahagia plus legaaaa . Time nak main Tubby Racer pulak |
Menariknya game di sini semua ada tarikan masing-masing. Jadi tak risau sebab semua peringkat umur boleh main dengan selamat. Kalau kanak-kanak berani nak main di Monkey Business mereka haruslah berketinggian 1.2m dan dipantau oleh orang dewasa.
GO BANANAS
|
Nina tak main di sini . Hehe tak sanggup nak main dengan pishang |
|
Dari Level 2 Monkey Business boleh nampak orang di Go Bananas |
|
Tengok Bananas dengan Boats tu tak rela nak main. Hehe . Main sehingga keluar ke parking dan bus stop. Orang dari luar boleh nampak dan jeles. |
MONKEY SCHOOL
|
Monkey School |
|
Kanak-kanak kecil sehingga ke besar boleh main di sini . Yang besar tu means penakut nak main di Monkey Business. Kipidap buat anak Eyda yang berani main dengan kami |
|
Monkey School Safety Rules |
Hari pertama dan suku akhir sebelum masuk ke tengahari, kami stop main dan makan dulu. Tambah tenaga yang hilang di Monkey Business tu. Siap makan kek dan congo bars yang kak El bawa. Sedap betoi. Lunch dari pihak ESCAPE dengan lunchbox yang cantik. Ayam masak kicap sedap sangat tau. Kalau mai dby group boleh request nak makan lunch ok. Kalau di sini haruslah rasmi main FLYING LEMUR atau flying fox yang terbang dari pokok sana ke pokok sini. Terbang atas pokok tau. Suka sangat. Hehe..
|
Lunchbox ESCAPE |
Bersambung nanti, berehat seketika.. Boleh juga baca ini dan ini :)
cantiknya blog nina
ReplyDeletekenapa jari itu seperti ku kenal...
ReplyDeletebestnya ... banyak betul tempat best kat penang sekarang
ReplyDeleteada nampak kat TV buat review tempat ni ituhari
ReplyDeletekalau gayat ... agak-agak sesuai tak panjat area monkey business? :)
ReplyDeletetahniah Nina dapat naik ke Level 2..
ReplyDeletebanyak aktiviti yg blh buat kat situ . berbaloi lah seharian di situ wpun sunburn ... rasa mcm gayat je tgk wpun sis bkn spesis gayat ... heh heh heh
ReplyDeletecayalah Nina.. CT brani sampai 2nd je.. lepas tu turun da x snggop nak continue.. gayat.
ReplyDeleteMacam2 aktiviti boleh buat kat sana. Funnnnnn!
ReplyDeletewow penang escape..
ReplyDeletememng plan nak dtg sini.
pmainan nampak mencabar dan mnarik
tq for geat review nina :)
Teringinnnn sgt nk main dekat monkey bussiness tu. Seorg syakira mmg suka buat benda lasak gitu. Tp apakan daya pregnant xboleh nk buatm kalau dorg benarkan rasa dh join panjat sekali hihi
ReplyDeletedpt release tension kt sini mmg syok!!
ReplyDelete