31 Jan 2023

Cafe Western By Mamak Kwang Soo, Lyrman, Ba Di Penang

Assalamualaikum readers


Cafe Western By Mamak Kwang Soo, Lyrman, Ba Di Penang | Tempat Makan Western Di Penang | Ini antara port makan yang baru dibuka di area Jelutong, Penang. Bersebelahan dengan perumahan dan kedai perabot. Belum viral lagi cafe ni, sebab link di google pun tak ramai yang share. Sama-sama bantu bisnes orang kita. In shaa Allah. So far harga dan makanan berbaloi untuk di labur bayar. 


Cafe Western By Mamak Kwang Soo, Lyrman, Ba Jelutong, Penang



Terima kasih FIL sebab belanja satu family. Kami makan pada awal cuti tahun baru haritu. Nasib baik dapat makan dengan selesa. Cafe ni ada 2 tingkat. Meh Nina share menu menarik yang ada di cafe ni. Ada bermacam jenis pilihan makanan western dan air. Rugi tau kalau tak singgah makan di sini. Staff pun friendly layan setiap pertanyaan kami. Menu ni letak apa, ini bla bla bla 😂


All in One Platter - RM 37 (pilihan mama&abah) . Lamb ni overcook sikit tapi overall sedap

Fish & Chips - RM 16 (pilihan Mak Tok)

Pasta Carbonara - RM 16 (pilihan Nina)

Burger Chicken Chop - RM 17 (pilihan Hubby). Memang sedap sos blackpapernya.


Kalau ke Penang, jangan lupa masukkan dalam list JJCM. Meleleh air liur kalau buat entri bab makan ni. Nasib baik baru lepas lunch 😅 Ini alamat cafe, guna waze saja gerenti tak sesat.


Alamat : 301-1, Jalan Jelutong 11600 George Town, Penang

Fon : 011-6444 0822

Waktu operasi : Pukul 5 pm-12 am


30 Jan 2023

Alpecin Caffeine Shampoo C1

 Assalamualaikum readers


Alpecin Caffeine Shampoo C1 | Nampaknya pencarian shampoo yang sesuai perlu diteruskan. Sebenarnya shampoo Alpecin ni memang berkesan suburkan rambut dalam masa seminggu tapi masalah keguguran rambut masih berlaku. Bila check kandungan bahan ada SLS (Sodium Laureth Sulphate). Kalau boleh nak stop terus penggunaan produk yang ada SLS.


Alpecin Caffeine Shampoo C1 - RM 25 (beli di Shopee, pastikan yang ori)


Alpecin Caffeine Shampoo C1 antara syampu terbaik untuk rambut gugur. Dirumus dengan bahan penting seperti kafein, zink dan niacin, ianya meresap jauh dan menyuburkan rambut secara efektif. Meransang pertumbuhan rambut baru dan melegakan kulit kepala. Memang best guna sebab rasa sejuk di kepala



Ramai tak tahu kesan dos kafein yang tinggi dalam syampu ini. Digunakan ramai atlet untuk melawan rasa mengantuk, meningkatkan daya tahan dan meningkatkan bina badan. Walaupun kafein telah dibuang dari senarai World Anti-Doping Agency (WADA) sebagai bahan terlarang pada tahun 2004, ia terus dipantau untuk memastikan tiada penyalahgunaan.



Dr Kurt Wolff memasukkan amaran pada setiap botol bagi memaklumkan para atlet yang Alpecin Kafein boleh dikesan dalam folikel rambut. Amaran itu sebagai langkah berjaga-jaga untuk para atlet dan mengelakkan kejutan atau akibat yang buruk.

29 Jan 2023

Kelebihan Berhenti Layan Media Sosial

 Assalamualaikum readers


Kelebihan Berhenti Layan Media Sosial | So far alhamdulillah, jiwa lebih tenang bila dah delete FB, deactive IG dan fokus pada blog semata-mata. Jadi, 90% life family, cousin, kawan Nina tak pernah ambil tahu. Serius tenang! Tak tahu langsung apa yang dah jadi. Bagusnya kita tak perlu bandingkan life dengan orang lain.




Sebenarnya dalam blog pun bukan 100% Nina share personal life. Kalau dulu rajin update di IG story then hubby minta kami privatekan life dari public. Share sikit-sikit sudah la. Ingat artis semua benda kena share 😂 Dah macam satu penyakit pulak. Berlumba-lumba share 'kebahagiaan' rumah tangga. Sekali orang kidnap laki/bini baru ada otak. Kita kena tahu manusia zaman sekarang dia tak boleh tengok manusia lain bahagia.




  • Lebih banyak masa lapang

Tanpa sedar tabiat mindless scrolling di media sosial banyak mencuri masa lapang kita. Tangan tanpa telefon, banyak tugasan yang mampu disiapkan. Weekdays, balik kerja habiskan masa dengan anak, teman MIL tengok TV. Fon Nina, Harraz akan konker dan continue sampai weekends.


  • Kurang tekanan luar

Dunia 'tipu-tipu' media sosial yang wajib tayang life bahagia dan kaya raya. Kita yang melihat mula wujud rasa cemburu dan terbit rasa tidak bersyukur dengan kehidupan sendiri. Well, bila berhenti peduli tentang semua itu, akan sedar bahawa kehidupan sekarang lebih baik dari hidup berlandaskan angan-angan.


  • Hal peribadi simpan sendiri

Jika dulu semua benda nak sebar di socmed. Dah macam ketagihan. Sekarang, hal peribadi yang manis, masin, pahit, kejayaan atau kegagalan dikongsi dengan mereka yang dekat. Sejak stop socmed, Nina boleh kira dengan jari kawan-kawan yang contact atau telefon. Itu rakan yang sebenar.


  • Fokus pada diri sendiri

Kita hanya ada 24 jam untuk fokus pada diri dan mental sendiri. Lakukan perkara yang terlepas sebelum ini. Ia berbaloi untuk hidup kita yang sementara ini. 


Perlahan-lahan tinggalkan socmed, bermula dari seminggu dan kemudian sebulan. Lama kelamaan, kita akan lupa dan selesa dengan dunia realiti. Tiada alasan 'nanti tak tahu dunia luar, terlepas berita penting atau tak tahu hal keluarga dan kawan'. Kalau mereka rasa kita penting. Telefon kan ada?



Selamat beramal!

27 Jan 2023

Beryl's Tiramisu Almond White Chocolate

 Assalamualaikum readers


Beryl's Tiramisu Almond White Chocolate | Dalam banyak-banyak produk coklat, Beryl's paling suka sejak meningkat usia remaja. Mulanya dulu hubby kerap beli kalau ke Design Village. Tapi tak beli yang jenis ini. Dia akan belanja Beryl's Almond Bittersweet Chocolate tu. Agak manis berbanding yang Nina beli ni.


Beryl's Tiramisu Almond White Chocolate


Ada 3 jenis; Almond White, Almond Milk dan Almond Green Tea. Kesemuanya menepati citarasa, suka pula bila makan rasa pahit-pahit serbuk koko di bahagian luar coklat dan mixed dengan rasa tiramisu. Harga di 7E dan di Shopee masih sama. Sekotak hanya RM 6.50.



13 paket dalam 1 kotak

Warna macam asam jawa, memang tak menarik tapi sedap!


Sedia maklum bukan semua 7E, pasaraya ada jual coklat ni. Ini pun Nina jumpa area rumah tapi hanya Green Tea saja tak dijual. Yang belum cuba boleh try. Hilangkan mengantok bila buat kerja-kerja rumah. Nak bawa ke ofis tak boleh sebab mudah cair.


26 Jan 2023

Taipei, Taiwan 2018 : Yangmingshan National Park

Assalamualaikum Readers


Taipei, Taiwan 2018 : Yangmingshan National Park | Alhamdulillah 100% kerajinan ada dalam diri, 5 tahun tak sambung cerita 😂 Lamanya nak habiskan cerita trip Taiwan pada April 2018. Sambung dari [sini] . Sebut Taiwan terbayang taman negaranya yang banyak dan pelbagai jenis view. Bukan hutan semata-mata macam Malaysia. Setiap taman negaranya ada view tersendiri. Nak tawaf 1 pulau, sebulan baru cukup. Haha.. peta nampak kecik hakikatnya besaq. Sebelum segala 'memori' hilang, baik sambung cerita. Kalau lupa boleh refer blog Anies. Hahah... gelak jahat.



Keluar dari North Entrance TMS terus ke bus stop YNP. Jarak cuma beberapa meter sahaja.
 Bas stop kat sini ya. Jalan memang sibuk maklum hari bekerja


Bas sudah sampai. Memang disiplin rakyat Taiwan, beratur dulu sebelum naik


Cari signage bas ke YNP. Setiap bus stop ada electronic signage. Jadi boleh tahu next bus akan sampai pukul berapa

Bas ke YNP. Bayar tambang guna Easycard. Tambang hanya TWD160 sehala

Dah sampai di kaki YNP. Kami turun ikut penumpang lain. Lepas tu menggagau cari signage, buat macam tahu jalan, walhal tak tahu 





Hari kedua di Taiwan terbahagi kepada 2 situasi. Pada sebelah pagi kami di Taipei dan selebihnya ke luar 'country'. Lebih kurang macam masuk negeri lain atau daerah. Sebelah pagi, kami ke tempat pencinta alam, lokasinya di Yangmingshan National Park (YNP). Baca biar faham ngerti ngak. Haha.. Plan nak datang sini kena study betul-betul, jangan jadi macam kami. Kalau tahu akan sesat, dah terjah ke perkampungan kucing.



Jalan dan jalan, kami pun jumpa tasik biru. Tak tahu kenapa jadi biru. Sebab pencemaran atau semula jadi. Tak jumpa apa-apa signage kat situ. Tapi mustahil sebab pencemaran, ini kan taman negara. Kat sebelah tasik ni ada sauna untuk orang tua (lelaki sahaja)


Selfie puas-puas sebelum balik. Nampak sebelah kiri tempat sauna



Lepas tasik biru, kami pun pusing satu taman kot-kot jumpa tempat menarik yang lain ke, taman calla lily ke. Suasana kat sini memang sesuai untuk berjoging. Udara sejuk dan nyaman, yelah kawasan bukit.



Malam sebelum kejadian, kunci jam pukul 5 pagi, tapi pukul 6 baru bangun. Terlajak tidur. Hahaha.. Dah la Subuh kat sana awal. Dalam pukul 7.20 pagi baru check out hotel dan tuju ke Taipei Main Station. Tiba di TMS, cari kaunter / hentian bas ke Yangmingshan National Park, sebab tak tahu lokasi, kami tanya mana-mana staf yang ada di kaunter. Bas pertama ke YNP dalam pukul 8.30 pagi, bas sampai tepat pada waktunya.



Jumpa peta ni tapi tak membantu langsung terus buat bodo. Hahaha


Nak ke Calla Lily, kena naik light bus ni



Cari punya cari tak jumpa pun tempat Calla Lily. Haa sudah apasal nama tak sama?? Lantaklah janji jumpa bunga. Malas nak fikir. Itulah padahnya tak study betul-betul taman negara yang ada di Taiwan ni. 



Info tentang Yangmingshan National Park ni, untuk korang yang planning nak ke sini. Jangan main terjah macam kami, menyesal tak sudah sebab dah buang masa hampir 5 jam.


  • Tambang ke YNP menaiki bas dalam TWD160 sehala dan naik bas no 108


  • Perjalanan ke YNP ni memakan masa sejam. Lokasinya jauh dari Taipei, sebab tu ramai ke sini dengan kenderaan (drive sendiri atau naik teksi)

  • Dalam pukul 9.40 pagi tiba di NYP, kami mengaku tak habis study pasal YNP ni, jadi turun ikut orang, yang mana ramai turun tu ikut jelah (macam anak itik).

  • YNP ni sangat luas dan besar, penat nak explore semua. Dah nama pun taman negara, rasanya 2 hari pun tak cukup. Sampai saja, tercongok 2 orang kat situ. Peta tak ada langsung, redah dan ingat tempat berhenti tu pintu masuk YNP. Merayau kat sekitar kawasan, tak banyak tempat menarik kecuali kolam air panas (warna biru, lelaki tua yang mandi pun).

  • Kami pun beredar ke tempat lain. Dah jumpa peta, tunggu light bus untuk bawa ke lokasi yang menjadi pilihan iaitu nak tengok kebun bunga calla lily.

  • Situasi kedua di lokasi kedua, tercongok berdua kat tepi jalan. Dah la kekurangan signboard. Sedih pun ada, menyesal pun ada.

  • Jalan separuh kawasan taman negara, jumpa kebun bunga. Nak masuk kena bayar TWD 5. Tengok dari luar saja sebab kawasan bunga lily tak luas macam dalam gambar di website. Sebenarnya tu bukan kebun bunga yang kami nak tuju.

  • Akhirnya, plan nak ke kebun bunga Calla Lily terpaksa dicancelkan. Tak ada rezeki kali ni. maybe next time ada rezeki boleh ke Taiwan lagi dan explore YNP dan kami gerak pulang ke Taipei. Lewat petang takut bas dah tak ada. Kami kembali ke lokasi masa mula-mula sampai


Kaki bunga dan kaki IG boleh snap gambar banyak-banyak kat sini. Lagi satu banyak bunga yang tak pernah nampak, ada di sini. Jakun!


Pokok ni ada di Malaysia tapi di Taiwan punya main banyak ditanam



Kalau duit banyak nak jelajah satu pulau yang makan masa selama 20 hari, baca dari blog. Ini saja yang dapat gambarkan YNP ni. Boleh refer gambar-gambar di bawah, mana lah tau ada yang nak terjah Taiwan!



Bila tak jumpa apa-apa yang menarik, kami refer benda alah ni. Senarai nak ke tempat-tempat menarik di YNP. Walaupun bertulisan, namun bukan semua kami faham.. Lepas bincang, kami decide ke tempat paling dekat iaitu Calla Lily


Jalan dan terus jalan sampai jumpa pintu keluar ke YNP

Tetiba nampak signage ni terus ajak Anies masuk

Misi mencari bunga. Kami jumpa kebunnya tapi bukan kebun 'yang sebenar'. Kecewa disitu


Ini saja yang kami jumpa. Walaupun frust menonggeng, kami tetap happy sebab berjaya sampai ke sini. Terjumpa minah saleh ni.. dia pun macam kami. Sesat! 


View dari luar kebun Calla Lily, nak masuk kena bayar. Jadi Nina ambil gambar curi. Hahaha


Signage memeningkan. Semua no bas ke tempat yang sama


Hari pun dah hampir ke pukul 6 petang, kami bergegas ke bus stop. Terlepas bus terakhir naya!


Kami tunggu bas di sini untuk balik ke Taipei sebelum hari gelap



Itu saja cerita kami, janji dah sampai. Pengalaman yang kurang seronok tapi bak kata Anies banyak benda kami belajar dan dapat pengalaman yang paling berharga.


25 Jan 2023

Review Filem Skylines (2020)

 Assalamualaikum readers


Review Filem Skylines (2020) | Sekali sekala layan cerita alien ok jugak. Tak terlalu menakutkan sebab perangai manusia pun banyak macam alien sekarang ni. Eh tiberr. Jalan cerita mulanya ditayangkan di TV dan difilemkan. Ada 3 sekual untuk filem ini. Ini sekuel yang ke 3 dan release di Netflix. Masih tunggu untuk siri-siri yang lain. Apa yang menarik pelakon Indonesia, Yayan Ruhian berlakon dalam filem ni melawan alien. Bukan caleng-caleng.




Sinopsis :


Sambungan dari filem Beyond Skylines. Rose mengetuai armada kapal angkasa manusia menentang kapal mahkluk asing yang dipanggil 'Penuai' berada di atas kapal induk di bulan. Bagaimana pun, Rose terpaku dan terpaksa menembak salah satu kapalnya sendiri apabila masuk ke dalam pertempuran dan mengorbankan beribu-ribu orangnya sendiri tetapi dia berjaya memusnahkan armada Penuai. 


Owens, Trent & Leon (Trent : manusia yang dijangkiti virus)


Kerana bersalah, Rose lenyap dan melarikan diri. Dalam tempoh 5 tahun, manusia membina semula kehidupan bersama berbilion alien-human hybrids yang dipanggil 'Pilots'. Rose tinggal di khemah berhampiran London, untuk mengelak di kesan pasukan penentang diketuai, Leon. 


Doc Mal (kawan Rose, yang menciptakan serum untuk virus Pilots)


Rose di tangkap dan bertemu semula abang angkatnya, Trent dan bersetuju sertai misi Jeneral Radford untuk mendapatkan pemacu teras makhluk asing. Dengan itu manusia ada peluang untuk menyelamatkan Pilots. Di Cobalt One, kapal mereka terhempas selepas berlanggar dengan kapal Penuai yang kosong. Mereka mendapati, planet itu dipenuhi dengan mayat Penuai dan makhluk berupa bayang-bayang hasil mutasi Penuai. 


Selepas bersusah payah menyelamatkan diri dan berjaya mengambil pemacu teras. Rose dan Leon mendapati Radford telah mengebom Cobalt One sebelum ketibaan mereka dengan senjata biologi, virus yang sama menjangkiti Pilots di bumi.


Ros dan Violet (dalam filem ni ada 2 Pilots yang bekerja dengan Radford)



Leon dan Rose berjaya kembali ke kapal, Radford menggunakan pemacu teras untuk memusnahkan Cobalt One dalam misi pembunuhan beramai-ramai. dan virus itu bertujuan untuk memusnahkan Pilots dan Penuai secara aman. Dapatkah Rose selesaikan misi mencari penawar bersama Doktor Mal dan mencari bapanya, Mark Corley? 


🌟🌟🌟/5


Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com