29 Jan 2023

Kelebihan Berhenti Layan Media Sosial

 Assalamualaikum readers


Kelebihan Berhenti Layan Media Sosial | So far alhamdulillah, jiwa lebih tenang bila dah delete FB, deactive IG dan fokus pada blog semata-mata. Jadi, 90% life family, cousin, kawan Nina tak pernah ambil tahu. Serius tenang! Tak tahu langsung apa yang dah jadi. Bagusnya kita tak perlu bandingkan life dengan orang lain.




Sebenarnya dalam blog pun bukan 100% Nina share personal life. Kalau dulu rajin update di IG story then hubby minta kami privatekan life dari public. Share sikit-sikit sudah la. Ingat artis semua benda kena share 😂 Dah macam satu penyakit pulak. Berlumba-lumba share 'kebahagiaan' rumah tangga. Sekali orang kidnap laki/bini baru ada otak. Kita kena tahu manusia zaman sekarang dia tak boleh tengok manusia lain bahagia.




  • Lebih banyak masa lapang

Tanpa sedar tabiat mindless scrolling di media sosial banyak mencuri masa lapang kita. Tangan tanpa telefon, banyak tugasan yang mampu disiapkan. Weekdays, balik kerja habiskan masa dengan anak, teman MIL tengok TV. Fon Nina, Harraz akan konker dan continue sampai weekends.


  • Kurang tekanan luar

Dunia 'tipu-tipu' media sosial yang wajib tayang life bahagia dan kaya raya. Kita yang melihat mula wujud rasa cemburu dan terbit rasa tidak bersyukur dengan kehidupan sendiri. Well, bila berhenti peduli tentang semua itu, akan sedar bahawa kehidupan sekarang lebih baik dari hidup berlandaskan angan-angan.


  • Hal peribadi simpan sendiri

Jika dulu semua benda nak sebar di socmed. Dah macam ketagihan. Sekarang, hal peribadi yang manis, masin, pahit, kejayaan atau kegagalan dikongsi dengan mereka yang dekat. Sejak stop socmed, Nina boleh kira dengan jari kawan-kawan yang contact atau telefon. Itu rakan yang sebenar.


  • Fokus pada diri sendiri

Kita hanya ada 24 jam untuk fokus pada diri dan mental sendiri. Lakukan perkara yang terlepas sebelum ini. Ia berbaloi untuk hidup kita yang sementara ini. 


Perlahan-lahan tinggalkan socmed, bermula dari seminggu dan kemudian sebulan. Lama kelamaan, kita akan lupa dan selesa dengan dunia realiti. Tiada alasan 'nanti tak tahu dunia luar, terlepas berita penting atau tak tahu hal keluarga dan kawan'. Kalau mereka rasa kita penting. Telefon kan ada?



Selamat beramal!

11 comments:

  1. Tahniah Nina berjaya 'bebaskan' diri dari Fb & Ig 👏

    Akak masih ada dua tu, tapi fokus menulis blog. Lebih kepuasan dan kurang 'bising'.



    ReplyDelete
  2. Betul tu ... Sy dah tinggalkan twitter.. Fb sy just online dr laptop sahaja.. IG pun mmg jarang dh buka.. sy masi main cuma dah tak addict mcm tu.. fokus dgn blog sahaja.. tak byak fikir sgat apa yg menarik di media sosial skrg

    ReplyDelete
  3. Betul tu, tahun lepas saya dah start kurangkan bermain media sosial. Lebih banyak masa dapat diluangkan untuk perkara2 yg lebih produktif. Tapi saya sayang nak deactivate sebab byk memories anak2 zaman kecik dulu. Lagipun bila duduk di perantauan ni, media sosial la tempat mengikuti keadaan semasa ahli keluarga di Sarawak.

    ReplyDelete
  4. Socmed memang selalu membuat kita lalai.

    ReplyDelete
  5. Akak ada FB cuma ikuti produk/barang. Hehe itu sahaja. Malas tambah orang.

    ReplyDelete
  6. hmm... bagus jugak dpt delete med sos semua tu... sy pun sedang berusaha x aktif di medsos

    ReplyDelete
  7. betul tu, lebih suka share dekat blog. dekat socmed yang lain mmg tak dah

    ReplyDelete
  8. kalau tak kerana kerja, mmg tak hadap laa socmed ni... kekdang mmg terjebak jg...

    ReplyDelete
  9. Pernah buat masa kronik depression dulu atas cadangan doktor. Memang setuju dengan entry Nina. Hidup lebih tenang

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah . Tahniah nina .. Bukan senang taU nak move on dari media sosial ni .

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com