9 Jan 2023

Tidak Ambil Pil Perancang Keluarga

Assalamualaikum readers


Tidak Ambil Pil Perancang Keluarga | Tahun 2023, semakin mencabar. Kena bersiap sedia dengan ekonomi yang tak stabil kata big boss. Bab perancang keluarga ni kena terima kasih dengan suami masing-masing sebab tak buat bini ter-mengandung 😂 Nina dapat pil perancang dari nurse KKIA, lepas cucuk vaksin yang ke 2 untuk Harraz.



Kalau tak sesuai, boleh tukar ambil perancang lain. Ewahhh, ingat makan pil itu ini tak bawa kesan pada tubuh badan ke. Salah satunya, lepas ambil pil badan naik mendadak tapi doktor kata itu hanya mitos 🙅 Bincang dengan hubby, dia tak bagi ambil. Rancang sendiri sudah 🙈 Mungkin kami berdua tengok kawan-kawan study pakat gemok lepas beranak. Bagaikan di pam.


Credit : Google . Pil semua nampak selamatkan tapi still takut nak makan


Sampai sekarang, nurse tak pernah tanya kenapa tak ambil pil perancang sebab dia tengok tak pregnant dan badan masih slim sama seperti masa datang buka buku pink. Jangan cakap dekat nurse pasal rancang sendiri, dorang akan berleter. Tak digalakkan tapi buat kajian pro and cons bila decide nak ambil pil. Takut once dah ambil, memang tak boleh tinggal. Terlupa makan, mengandung pulak 😞 


8 comments:

  1. kita ada pilihan...kalau boleh secara natural, itu yg terbaik..

    ReplyDelete
  2. penah mkn sekali je pil perancnag ms g umrah dulu tp... 'mai' jg hahahaa

    ReplyDelete
  3. satu yg sy perasan bla mkn pil perancang ni, bdn terasa panas... tekak cpt haus...tp org lain punya simptom tak tahu pula..

    ReplyDelete
  4. Saya pun tak ambil perancang dari dulu lagi, tapi lepas keguguran bulan 10 doktor suruh ambik sebab katanya saya ada darah tinggi & kencing manis, berisiko klu termengandung.

    ReplyDelete
  5. Berat topik ni. Huhu. Tapi ramai kawan bujang ambil sebab nak kulit cantik

    ReplyDelete
  6. jika belum masuk 40 thn boleh hamil lagi. Jika lebih 40 baik merancang keluarga la deh. Masa muda ni la nak beranak ramai2. All the best. Cuma pandangan peribadi abam kie ye...

    ReplyDelete
  7. saya tak boleh guna pil perancang sebab jenis pelupa dan pemalas juga...hahaha

    ReplyDelete
  8. So far tak pernah ambil pil perancang..
    Lagipun hubby taknak Aini ambik.. kalau ada rezeki ada anak is ok..hehe

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com