10 Jan 2023

Pertama Kali Dapat 11USD Sebulan Google Adsense

Assalamualaikum readers


Pertama Kali Dapat 11USD Sebulan Google Adsense | Sedihkan baca tajuk entri? Orang lain dah berkali-kali cashout. Berdekah laki gelakkan Nina 😑 Kalau sehari dapat earn 11USD rasanya kaya dah. Yang tak boleh blah hari-hari dia tanya dapat berapa. Logik lah sebab bukan full time blogger pun. Ramai komen susah nak naikkan earn GA di sini. Meh Nina bagi tips. Hanya perlu rajinkan diri uollssss.


5 Dis 2022
GA bulan Disember 2022


Benda pertama ialah kena rajin cari dan remove video dari Youtube yang ada di blog. Jangan letak video, kalau tak nak masalah sama di kemudian hari. Video yang di upload dari fon, laptop boleh ya. Entri yang banyak video juga akan buat blog menjadi berat dan loading yang lama. Bila readers nak baca, kena tunggu lama, jadi tiada siapa berminat nak baca blog walaupun content menarik. 



Benda ke dua ialah remove komen-komen yang ada broken link. Komen-komen itu menyebabkan blog susah nak di-index ke dalam halaman carian google. Kerana apa kita kena remove, sebab blog itu sudah tiada. GA tak nak tengok komen-komen unknown ni.


Yang ke tiga, pastikan setiap gambar yang di upload ke dalam blog kena resize dulu supaya tak menyumbang kepada loading blog. Perasan jugak bila nak baca blog, loading terlalu lama sebab entri mengandungi gambar-gambar yang tidak di resize / saiz gambar terlalu besar sehingga 4MB, contoh saja. Itu semua mainkan peranan dalam earning blog.


Install photo resizer dalam fon. Mudahkan kerja-kerja edit gambar


Yang terakhir, korang akan terkejut bila check broken link di blog masing-masing. Mula-mula check ada 700++ broken link, patut susah nak naik GA 😠 Link yang menyumbang ialah entri giveaway, review untuk hotel, lagi banyak korang masukkan link dalam entri, lagi banyak 'kerja' pembuangan kena buat. Oh ya, entri dalam draft pun termasuk dalam broken link.


Masih banyak, nanti pelan-pelan kayuh


Semoga berjaya! Harap rajin-rajin godek entri-entri lama yang mengundang broken link banyak di blog. Menyesal pun ada sebab kena check satu persatu entri 😫 


1 comment:

  1. oo..gitu.. tak igt ada tak video dr youtube ke idak dalam blog

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com