25 Jan 2023

Review Filem Skylines (2020)

 Assalamualaikum readers


Review Filem Skylines (2020) | Sekali sekala layan cerita alien ok jugak. Tak terlalu menakutkan sebab perangai manusia pun banyak macam alien sekarang ni. Eh tiberr. Jalan cerita mulanya ditayangkan di TV dan difilemkan. Ada 3 sekual untuk filem ini. Ini sekuel yang ke 3 dan release di Netflix. Masih tunggu untuk siri-siri yang lain. Apa yang menarik pelakon Indonesia, Yayan Ruhian berlakon dalam filem ni melawan alien. Bukan caleng-caleng.




Sinopsis :


Sambungan dari filem Beyond Skylines. Rose mengetuai armada kapal angkasa manusia menentang kapal mahkluk asing yang dipanggil 'Penuai' berada di atas kapal induk di bulan. Bagaimana pun, Rose terpaku dan terpaksa menembak salah satu kapalnya sendiri apabila masuk ke dalam pertempuran dan mengorbankan beribu-ribu orangnya sendiri tetapi dia berjaya memusnahkan armada Penuai. 


Owens, Trent & Leon (Trent : manusia yang dijangkiti virus)


Kerana bersalah, Rose lenyap dan melarikan diri. Dalam tempoh 5 tahun, manusia membina semula kehidupan bersama berbilion alien-human hybrids yang dipanggil 'Pilots'. Rose tinggal di khemah berhampiran London, untuk mengelak di kesan pasukan penentang diketuai, Leon. 


Doc Mal (kawan Rose, yang menciptakan serum untuk virus Pilots)


Rose di tangkap dan bertemu semula abang angkatnya, Trent dan bersetuju sertai misi Jeneral Radford untuk mendapatkan pemacu teras makhluk asing. Dengan itu manusia ada peluang untuk menyelamatkan Pilots. Di Cobalt One, kapal mereka terhempas selepas berlanggar dengan kapal Penuai yang kosong. Mereka mendapati, planet itu dipenuhi dengan mayat Penuai dan makhluk berupa bayang-bayang hasil mutasi Penuai. 


Selepas bersusah payah menyelamatkan diri dan berjaya mengambil pemacu teras. Rose dan Leon mendapati Radford telah mengebom Cobalt One sebelum ketibaan mereka dengan senjata biologi, virus yang sama menjangkiti Pilots di bumi.


Ros dan Violet (dalam filem ni ada 2 Pilots yang bekerja dengan Radford)



Leon dan Rose berjaya kembali ke kapal, Radford menggunakan pemacu teras untuk memusnahkan Cobalt One dalam misi pembunuhan beramai-ramai. dan virus itu bertujuan untuk memusnahkan Pilots dan Penuai secara aman. Dapatkah Rose selesaikan misi mencari penawar bersama Doktor Mal dan mencari bapanya, Mark Corley? 


🌟🌟🌟/5


7 comments:

  1. belum pernah tengok lagi skyline ni

    ReplyDelete
  2. so, dlm cerita ni Yayan speaking sepenuhnya ke?

    ReplyDelete
  3. pemacu teras makhluk asing tu, alatan ke... senjata?

    ReplyDelete
  4. yg gmbr bawah tu ada iras2 miley cyrus

    ReplyDelete
  5. Wow.. Macam best.. Nak kena layan juga nie.. tq share review..

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com