17 Jan 2023

Tarikh Penting Bantuan Kerajaan Bulan Januari 2023

Assalamualaikum readers


Tarikh Penting Bantuan Kerajaan Bulan Januari 2023 | Alhamdulillah bagi yang telah mendapat bantuan dari kerajaan pada hari ini. Tahun baru 2023, terdapat beberapa bantuan dan inisiatif dari kerajaan pada bulan Januari ini. 


Bantuan Tunai Rakyat (BTR) 2023



Fasa 1 akan dibuat bayaran pada 17 Januari 2023. Boleh semak di account bank masing-masing. 


Bantuan Awal Persekolahan (BAP) 2023




Kerajaan setuju salur Bantuan Awal Persekolahan sebanyak RM 150 kepada semua murid tanpa ambil kira had pendapatan ibu bapa pada Januari 2023.


Seterusnya pihak sekolah akan membuat agihan bantuan tersebut kepada murid sejurus peruntukan diterima oleh sekolah. Ia akan dibuat secara berperingkat.


Murid tidak perlu mengisi apa-apa dokumen atau borang permohonan. Bantuan diberikan kepada murid-murid berdasarkan kriteria-kriteria seperti berikut :


1. Murid warganegara Malaysia

2. Murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya bagi Sesi Persekolahan 2023/2024

3. Murid bersekolah di :

  • Sekolah Kerajaan (SK)
  • Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK)
  • Sekolah Agama
  • Sekolah Swasta Persendirian yang berdaftar dengan kerajaan
  • Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih
  • Sekolah Integriti
  • Sekolah Henry Gurney


Bantuan Khas Kewangan (BKK) 2023






Bantuan sebanyak RM 700 kepada 1.3 juta penjawat awam gred 56 ke bawah dan RM 350 kepada 1 juta pesara kerajaan akan dibayar pada 17 Januari 2023.



Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam memaklumkan pesara kerajaan yang sedang menerima pencen, penerima pencen terbitan, pesara perkhidmatan awam skim KWSP dan veteren berpencen serta tidak berpencen akan menerima bantuan pada hari yang sama. 


Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) Khas RM 100 Penjawat Awam 2023




Kerajaan bersetuju meneruskan pemberian sebanyak RM 100 kepada semua penjawat awam gred 11 hingga 56 kepada pegawai Kumpulan Pelaksana dan Kumpulan Pengurusan dan Professional. KGT Tambahan Khas hanya diberi pada tahun 2023 sahaja.



Lanjutan Tuntutan Skim Khairat Kematian Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022 




Sukacita LHDN memaklumkan tuntutan dilanjutkan sehingga 31 Januari 2023. SKK adalah skim yang disediakan oeleh kerajaan sekiranya berlaku kematian kepada penerima BKM bagi tahun 2022.


Waris yang layak boleh membuat tuntutan berdasarkan syarat-syarat yang ditetapkan. Tempoh meninggal dunia adalah sepanjang tahun 2022 iaitu bermula dari 01 Januari 2022 sehingga 31 Disember 2022. Waris boleh membuat tuntutan di semua cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) seluruh Malaysia.


Dokumen yang perlu dibawa oleh wakil yang didaftarkan adalah :


1. Sijil kematian (asal/salinan) Pemohon / Pasangan

2. Kad pengenalan asal wakil

3. Dokumen pembuktian pertalian antara pemohon dan wakil (asal/salinan) seperti berikut:


2 comments:

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com