11 Jan 2023

Resepi Sardin Puff Guna Paratha

Assalamualaikum readers


Resepi Sardin Puff Guna Paratha | Resepi Untuk moreh | Gara-gara peniaga jalanan jual puff inti angin terus rajin nak buat sendiri. Nina sembang dengan MIL, lepas tu three hairan kenapa buat stok sardin/tuna dengan roti paratha. Rupanyaaaa nak buat puff 😁 Terus kami laki bini rasa bahagiaaaa bangat. Nak makan dengan nasi atau roti, macam tak lalu (teringin) pun tapi kalau buat puff, pinggan pun licin.


Gebunya sardin puff


Resepi mudah untuk bawa bekal atau tengok tv. Tup tup hilang. Haa magic kan. Nina akan buat stok dalam fridge. Tahan untuk 2 ke 3 hari (jangan percaya). Nak makan terus masuk dalam air fryer. Kalau rajin, sapu telur kuning sikit. Sesuai sangat untuk moreh bila bulan puasa nanti 😋




Bahan-bahan :


1 paket roti paratha plain (any brand)

Ayam brand ikan sardin/tuna

1 ulas bawang besar

1 atau 2 biji limau nipis



Cara-caranya :


1. Masukkan inti ayam brand ke dalam pinggan, buang tulang dan sos sedikit.


2. Potong bawang merah halus dan campakkan ke dalam inti ayam brand, sambil perah air limau untuk hilangkan bau hanyir ikan tu.


Keluarkan roti paratha dari fridge dan biarkan selama 10 minit, jangan sampai lembut, susah nak balut 

Tak cantik pun, janji kenyang. Guna garfu pun boleh.

Siap untuk buat stok, dah siap puff terus masuk dalam fridge. Kalau lembik nak masuk dalam AF pun melekit


3. Gaul sebati dan siap untuk di puffkan.


4. Bakar dalam AF selama 10 minit, suhu 165c dan terbalikkan puff, dan bakar 3 minit. Untuk masak secara keseluruhan. Siap untuk di ngap makan!


4 comments:

  1. ok cun! bleh prepare stok utk berbuka bla blk lmbt😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. jgn nnt sahur pun bedal ni jg akibat kemalasan😂

      Delete
  2. terima kasih share resipi. senangnya!

    ReplyDelete
  3. sardin laa ni bkn lauk rakyat marhaen daaa hehehe

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com