1 Jan 2023

Tahun Baru 2023

 Assalamualaikum readers


Berakhir sudah tahun 2022 yang banyak memori gembira dan sedih. Semoga tahun 2023, lebih kuat untuk hadap segala macam jenis ujian. Aminnn.. doa buat diri sendiri, suami, ibu bapa dan anak. Tahun baru 2022, Nina dan hubby tak keluar tengok bunga api sebab Harraz masih baby.




Pukul 9.00 malam, hubby cakap siap sebab nak bawa anak keluar tengok bunga api. Dari rumah ke komtar dah jem teruk, parking jangan cakap. Nak park di Fort Cornwallis mengundang masalah. Last drive hingga kedai makan kawan hubby depan Pasar Chowrasta. Harap ada bunga api dari atas Komtar.




Pukul 11.30 malam, dah banyak orang berhenti di tepi jalan, dron sana sini. Ada bunga api sendirian berhad, yang buat Harraz nangis 😂 Gigih tunggu 30 minit, rupanya tak ada bunga api atas Komtar seperti biasa. Pakar ekonomi kata, tahun ini mencabar, mungkin itu petunjuk dari kerajaan negeri 😅

2 comments:

  1. happy new year, tahun baru ni..MA x dgr bunga api plak....tido pun awal..

    ReplyDelete
  2. tak apa laa harraz. tgk bunga api masa CNY pulak ya...dah tak lama daaa

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com