29 Jan 2014

Jangan Mengata Orang

Assalammualaikum.


Lumrah hidup, penuh dengan ujian dan menguji kesabaran diri. Aku juga tak terkecuali. Aku tak sangka selama bekerja 3 bulan lebih ni ada juga orang yang tak puas hati dengan aku termasuk jiran. Pagi tadi menangis juga bila dengar segala kata2 dari mulut mak sedara. Aku cuba defend diri sendiri tapi tak nak dikatakan kurang ajar. Menangis teresak-esak dari dalam bas hingga ke opis. Sob.. sob TT____TT




Kes 1


Ada orang mengadu kat mak sedara kononnya aku ni sombong dan bila bercakap tak pandang muka pun dan entah apa lagi lah yang diaorang adu pasal aku. Aku malas nak amek kisah pasal orang tu sebab sepanjang kerja tak pernah langsung tak bertegur sapa dengan staf2 mahupun operator.


Bahkan semua kaum aku bercakap dan beri senyuman tak kira umur. Pak guard pun selalu ucap 'Good Morning'. Kira dah terlebih peramah -____-"
Rasanya orang saja buat cerita kot. Susahkan kalau kerja sama tempat dengan ahli keluarga. Annoying sungguh!



Kes 2


Petang semalam lepas balik kerja kami naik lif dengan jiran aku yang busy body dan aku memang tak suka perangainya. Rupanya lepas keluar dari lif aunty tu cerita kononnya aku ni berlagak macam anak orang KAYA.. kesiannya dekat mak aku n bla..bla. Berlagak sebab dia tengok aku makan di tempat mahal bersama kawan2. Kaki stalker di fb. So mak sedara aku dapat bermacam aduan. 



Kadang2 tu aku rasa setakat mengadu kata aku sombong ok lagi kot dari orang mengadu aku pergi kerja asyik nak mengatal. Kenapa sebelum aku confirm kerja tak dengar pun kes2 macam ni kenapa baru sekarang? Pelik's kan. 



p/s: berlagak macam orang kaya pun tak apa sekali sekala. Semua itu guna duit sendiri dan sejak kerja tak pernah minta duit mak ayah lagi. Tiba masanya memberi mereka duit. Terima kasih buat blogger yang tak jemu2 beri nasihat :)

Sayang semua.. Muahh

28 Jan 2014

6 Aplikasi Smartphone Paling Popular

Assalammualaikum.


Rata-rata manusia zaman sekarang semua nak pakai semartfon.. Budak ketot pun nak pakai jugak nak ber fb katanya. Alahaii adik lebih baik fikirkan lagi setahun nak jadi candidate UPSR. 


Tapi entah kenapa.. lepas raya aidilfitri, virus application ni menyerang. Seperti tergedik-gedik nak aku install. Nama saja pakai semartfon tapi tak over nak install. But now.. Jeng..jeng aku dah buat fon semak except Insta dan Line. Den takdo pakai Insta, den tak suko nak share gambo kecuali kat blog ni haa. Feelings lagu Rembau Most Wanted yaww. Haha.. So di fon wajib ada apps ini:


1. Facebook


Siapa yang tak kenal Mr. F nie tak tau la. 
Sekarang agak kureng layan dah.. ikut mood jelah


2. Twitter


Suka sangat tweet. Macam duduk dalam dunia sendiri
Tengs blogger Eiqa & Aida yang selalu tweet titew. 
No one care.. Tweet la apa saja.


3. WhatsApp


Boleh wassap kat sesiapa tanpa mengira no.
Maxis to Celcom to Maxis.. Its free!
Tapi untuk orang yang ada no aku jelah. Hihi


4. WeChat


Layan WeChat mesti merepek je lebih.. Hoho
Siap boleh gosip dalam group. Entah sapalah yang invite aku. 


WeChat ialah aplikasi chatting percuma macam Wassap. Kelebihannya yang best
 sebab boleh Text, Group Chat, Video Call, Video messaging (twin walkie talkie), 
Emotion yang comel! and share moments with friends @ group. 


5. Instagram

Snap pic and share! Wallah
Kaki gambar sila install.. tengok dulu nak install ke tak.


6. LINE

Aku suka emotion line.. tersangat cute couple Ted ;)
Tapi dah uninstall. Hoho


LINE ialah aplikasi sama macam "WeChat" yang dikeluarkan oleh Jepun.
Best sebab ada Original Stiker 250 emoticon, Videos & Voice Massages - boleh text, gambar, lokasi, video dan suara, Line Game paling best! Boleh main game dengan kawan macam dalam iklan ada Neelofa, Free Video Call dalam tempoh yang disukai!


Suka iklan nie.. Hihi 
Nazim Othman hensem kan??
Jangan biarkan kucing korang di depan PC. Kucing pun gatal oke.
Meowww..




Dan ini ! Neelofaaa cute.. Hehe
Fizo pun tak kawen lagi taw.




*Autopublish

26 Jan 2014

Pengomen Blog Tahun 2013

Assalammualaikum.


Selamat berhujung minggu semua. Harini tak sempat nak BW lagi, patik bz shopping CNY. Sale sana sini. Maafkan patik. Hehe.. Patik janji akan terjah oke ok k. Meh patik nak umumkan senarai nama2 pengomen tegar blog ni setakat tahun 2013. Terima kasih daun keladi buat semua yang sudi singgah dan komen kat blog ni ya. Lai..lain jom terjah blog mereka. Say cheese ^^


1. Kathy R'Bain


2. Mizz Aiza


3. Anies










8. ReenApple


9. MJ




Harap2 korang dapat terima kereta2 mahal murah dari opis ni. Buat hiasan kat meja, bila blogging mesti teringat kat nina. Hahaa.. Perahsan yang amat.

*
*
*

*Diminta nama2 diatas hantar nama dan alamat masing2 di kotak komen ya. Jangan risau tak publish komen tu. Buat pengomen lain jangan sedih2 tau nanti nina nak buat 1st Giveaway. 
Tunggu bajet 2014 :)

24 Jan 2014

Musim Selesema Melanda

Assalammualaikum.


Dah 2 hari asyik bercinta dengan kotak tisu. Habis berkotak-kotak dah ni. Kerja tetap kena pegi walaupun tak sihat sebab tak demam lagi. Tunggu demam baru cheq cuti. Hoho.. Yang penting virus ni akan merebak 1 opis sebab 2 orang dah selesema. Mungkin keadaan Malaysia yang agak sejuk. Serius pagi2 sangat sejuk. AKu tak tahan time nak mandi tu. Jadi aktiviti BW terpaksa dihentikan.




Tuan kedaun tak sihat
Lobang hidong tersombat.. Bernafas pun macam ikan je T_____T
Selamat tinggal semua :(

22 Jan 2014

Blog Lelaki Dan Perempuan

Assalammualaikum.


Rabu tanpa kata dan entri pun dibuat Autopublish jelah ye. Selalunya kalau bab nak BW mesti semua amek kisah amek berat kan. Blog loading berminit2 pun dah say Hi Hi Bye Bye.


Jadi blog gegirls atau boboys yang slow? Hihi
*Jangan marah nanti cepat tua. lalala

21 Jan 2014

Review Filem The Last Airbender (2010)

Assalammualaikum.


Aku tak pernah tengok cerita ni dan tengok pun kat Youtube sebab ternampak iklan tayangan movie ni kat TV3 hari jumaat ini. Kalau tengok tb konfirm bangun lambat nak pi kerja kan. So tengok awal2 nanti sekuel ke 2 boleh tengok kat wayang ye dok. Hihi *naik juling mata tengok 3D kat utube.. OMgee


Aku baru tau ni adaptasi dari kartun "Avatar: The Last Airbender". Kartun ni banyak perkenalkan budaya dan pengetahuan orang Asia tapi dalam filem ni watak kebanyakannya omputih. 







Jalan cerita yang ringkas, iaitu pertempuran antara pihak baik dan jahat. Terdapat 4 negara mengikut unsur; Tanah, Api, Air dan Angin. Untuk mengekalkan keamanan, seorang saja yang boleh mengawal keempat-empat unsur iaitu Avatar bernama Aang. Tugas Avatar untuk menjaga kestabilan 4 negara. Lepas tu, Avatar tiba2 hilang dan muncul kembali selepas 100 tahun. Itu pun lepas 2 beradik iaitu Katara dan Sokka dari suku air selatan jumpa bongkah ais yang Avatar sembunyi. 







Keadaan kucar kacir. Kerajaan Api mengisytiharkan perang ke atas semua negara untuk menghapuskan Aang. Kerajaan Api telah menguasi kesemua Negara. Aang mempunyai masalah besar untuk berlawan dengan Api untuk kembalikan keamanan semua Negara tetapi sebelum tu, Aang perlu kuasai kesemua unsur. Cerita ni oke la sebab ada adegan lawak, ketabahan Aang belajar semua unsur, romantik antara puteri Yue dengan Sokka.



Lagipun ini baru bab 1 - Avatar belajar unsur Air. Pelakon pulak tak sama macam dalam kartun Aang, Putera Zuko, Katara, Sokka nampak lain. Scene yang pelik masa kerajaan Api serang Air. Memang tak relevan Kerajaan Air tunggu sampai puak Api sampai baru nak berlawan. Haih.. Putera Zuko tu tak habis2 nak tangkap Aang sebab dia kena buang oleh ayahnya dan merantau bersama pakcik. Kesian..








Jap, yang paling menarik ialah Puteri Yue. Cantik kan? Tapi dia mati. Ohh No! kesian Sokka :( Filem sekuel ke 2 The Last Airbender - Crossroads of Destiny, Aang belajar unsur tanah pulak. Kena la tunggu 2-3 tahun lagi. Hoho


20 Jan 2014

Sambut Birthday Bersama Mereka

Assalammualaikum.


Selamat bekerja buat semua. Harini baru dapat gambar semasa kejadian Jumaat lepas. Ada bestnya kalau kerja time cuti umum. Tak sangka haritu birthday opismate. Celebrate untuk 2 orang lagi. Nyanyi pun 2x juga. Sebelum lunch, abang Aziz kutip duit untuk beli KFC, ala yang set murah tu.


2 ketul ayam spicy + cheesy wedges + coke + red velvet. Fully kenyang. Alhamdulillah


Paling ohsem sebab haritu dah la beberapa orang je mai kerja, orang lelaki pi solat Jumaat, manager cuti, supervisor pula meeting dengan birthday girl. Jadi kami 9 orang ni makan senyap2 dalam suasana opis yang gelap. Ala tutup lampu pun still ada cahaya lagi. Kami terpaksa makan laju2 nanti bos besaq nampak bising. Sob.. sob.


Jom layan gambar2 kami sampai pening lalat. Haha.. Sayangnya takda Hanim dengan Akmar. Tunggu birthday aku nanti. Amboii lambat lagi bulan 7 tu. *Eh bulan puasa la. Oke, apapun nak ucap Happy Birthday buat Kak Phai & Puteri ! 


Sesi intro my Officemates ! :)


Makan dalam suasana romantik gituw

Memerangkap rakan sekerja

Dari kiri:
K. Ina, Yani, Winda, Yati, Mel, Puteri, K. Ayu & Abg Aziz 


Kek hari jadi yang bakal di korbankan

Sesi bergambar ala bebas.. Lawak tengok muka Mel

Putri tumpang potong kek.. Kesian birthday jatuh hari Ahad
Kami suka membuli cubit sana sini.. Titew suka pic ni sebab nampak pipi berisi. Haha

16 Jan 2014

Sinopsis Drama Kalimah Jiwa

Assalammualaikum.


Sinopsis Drama Kalimah Jiwa | Minggu yang busy tapi sempat lagi nak melayan drama walaupun tengok online dalam Tonton. Agak menarik bila baca sinopsisnya. Kerana itulah hatiku tertarik nak menonton tambah pulak pelakon2 yang boleh tahan. 






Sinopsis:


Kisah tentang persengketaan antara Aniq dan adiknya, Afiq yang melibatkan perebutan harta. Ibu mereka, Puan Akila lebih percayai Aniq kerana dia berjaya menguruskan syarikat sehingga berjaya. Manakala syarikat Afiq mengalami kerugian dan menanggung hutang. Semuanya kerana Afiq tak serius dan suka berfoya-foya.




Aniq mempunyai kekasih bernama Aina Sofea. Semasa majlis pernikahan, Tiara muncul dan mengaku sebagai kekasih Aniq. Tiara juga beritahu dia sedang hamil hasil hubungan dengan Aniq. Majlis perkahwinan terpaksa dibatalkan dan Aniq menghilangkan diri ke Europe untuk menenangkan diri.


Akhirnya Afiq berkahwin dengan Aina demi mengelakkan keluarga kedua-dua belah pihak malu. Afiq terima Aina bukan atas dasar cinta tetapi kerana dendam Afiq pada Aniq yang sentiasa sempurna di mata ibunya. Afiq yakin syarikat akan jatuh ke tangannya. Selepas berkahwin, Afiq mula sedar Aina seorang wanita yang baik dan mula jatuh cinta pada Aina dalam diam. Sikap Afiq juga semakin berubah menjadi baik bila Aina disahkan mengandung.





Tiara pula pergi ke Europe untuk bertemu Aniq. Rupanya Tiara pelayan kelas atasan dan telah dibayar oleh Aniq untuk membuat pengakuan tipu dihadapan keluarga Aniq dan Aina. Tiara sememangnya tak tahu puncanya dan apabila Tiara mengekori Aniq, barulah dia tahu Aniq ke Europe untuk dapatkan sum2 tulang yang sesuai untuk mengubati penyakit kanser darah.


Tiara rasa bersalah dengan upah yang diterimanya. Selama ini dia berkerja untuk duit tapi kali ini dia tak mampun terima duit Aniq atas kesakitan yang terpaksa ditanggung Aniq. Tiara membuat keputusan untuk sentiasa berada di sisi Aniq dan membantu Aniq menemani hari2 sukarnya sepanjang di Europe. 


Penyakit Aniq semakin tak stabil dan masih tak dapat penderma yang sesuai. Afiq membuat keputusan untuk pulang ke Malaysia bagi menghabiskan sisa2 hidupnya bersama keluarga sebelum menghembuskan nafas terakhir. Semua ahli keluarga gembira dengan kepulangan Afiq yang mengejut. Tetapi tidak bagi Afiq. Dia rasa terancam dan merasakan Aniq pulang untuk merampas haknya dan menuntut cinta Aina.

14 Jan 2014

Orang Cuti Aku Kerja

Assalamualaikum.


Ku sangka panas hingga ke petang rupanya hujan panas tak sampai ke petang.
Ku mengharapkan dapat bersenang lenang harini ini tapi apa kan daya OT memanggil-manggil namaku.
Menyeru untuk datang ke opis pagi ini untuk bercinta lagi bersama report.
Tetapi pabila diingatkan semula.. kertas bakal berhimpun di dalam akaun.
Dapat la tuan hamba guna untuk kawen2 nanti. Hihi


Hi.. Imma Man Cat in Black


From,
Plastic Injection Moulding (PIM) Office..

13 Jan 2014

Salam Maulidur Rasul

Assalammualaikum.




Salam Maulidur Rasul buat semua pembaca blog yang beragama Islam. Esok 12 Rabiul Awal tahun 1435 Hijrah ialah Hari kelahiran Nabi kita Rasullullah S.A.W dan menjadi satu kurniaan terbesar buat umat Islam dan menjadi contoh buat kita sehingga kini. 


Maulidur Rasul bermaksud kelahiran Rasul adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Harini jatuh pada hari ke 12 dalam bulan Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan 23 April 571. 


Esok cuti umum dan biarlah berehat di rumah dan memperingati segala perjuangan Rasulullah. Berselawat ke atas Nabi junjungan kita. 


11 Jan 2014

Biodata Penuh Jonathan Putra Pelakon Drama Ariana Rose


Assalammualaikum.


Siapa Jonathan Putra? First! Dah lama tertanya-tanya siapakah gerangan mat salleh yang selalu ada dalam iklan tu. Bila dah start berlakon makanya makin jadi fames la kan.. kan. Bagi pengikut setia program The Breakfast Show di NTV7 setiap Isnin & Selasa mesti diorang tau JP ni. Ala yang fames dalam drama Ariana Rose tu. Suka tengok watak Samuel pakai baju melayu. Hensemm..



Jonathan Putra
Jonathan Putra dan Ayda Jebat dalam Rindu Awak 200%




Biodata Jonathan Putra :


Nama : Jonathan Putra


Nama Panggilan : JP


Tarikh Lahir : 12 September 1892


Tempat Lahir : Middlesbrough, England, United Kingdom & dibesarkan di McHenry County IL Chicago, US


Pendidikan : Prairie Ridge High School in Crystal Lake & Broward Community College in Pompano Beach, Florida dalam bidang Pendidikan & Kewangan. Further study dalam bidang Pengarahan Filem selama 3 tahun.


Kacukan : Inggeris (Ibu) dan Cina+India (Bapa)


Kerjaya : Pelakon, Pengacara, Model, Pemuzik


Model Iklan : Lux, Dolce & Gabbana


Drama : Oh My English, Ellie & Epit, Pengancam Perkahwinan, Ikal Mayang, Ariana Rose, Rindu Awak 200%


Telemovie : Hanya Di Atas Kertas



Jonathan dengan Fathia dalam Ariana Rose


- Pembabitan dalam dunia seni bermula pada 2005 apabila bercuti 6 bulan di Malaysia. Tujuan asalnya mahu bertemu keluarga bapanya, namun takdir berubah apabila dia dilamar menjadi pengacara VJ Channel V. 


Rezeki yang tak disangka membuka jalan untuk terus menetap di Kuala Lumpur apabila mendapat tawaran NTV7 mengendalikan program Life! Session dan The Breakfast Show pada 2007.


Disebabkan itu, Jonathan berusaha menguasai Bahasa Melayu. Jika berlakon, saya kena pastikan sebutan betul dan kerana itu saya tak kisah berlatih banyak kali sebelum shooting. 


Dia pernah bekerja sebagai chef di Miami dan pengalaman itu saya gunakan ketika mengacara Life! Session. Tak sangka saya kemudiannya mendapat kepercayaan mengacara The Breakfast Show pula.






 

 


10 Jan 2014

Rezeki Menjadi Blogger

Assalammualaikum.


Orang kata kalau kita selalu bersedekah dan tak kedekut atau berkira maka akan ada ganjarannya. Tak kisah la apa pun yang kita buat janji ikhlas dan tak mengungkit kebaikan yang dah di buat. Tak disangka sejak akhir2 nie makin murah rezeki pula buat aku. Terima kasih buat blogger dan opismate, bertambah koleksi ole2 :)


Terima kasih buat akak Aisy kerana bagi ole2 dari Korea nie selepas nina pos kereta mainan Hot Wheels.. Suka sangat.



diterima pada 26 Dec


Kedua pula dari blogger Kathy Rbain kerana menjadi Top Komentator Tahunan Blog Diari Resepi. Wah, tak sangka sis nak pos sijil. Terima kasih ya.


diterima 8 Jan


Ketiga, dapat ole2 dari mak sedara sendiri. Bercuti ke Melaka hujung tahun lepas. Ingat juga kat anak sedaramu nie yang terpaksa kerja dan tak dapat ikut melancong. Hoho.. 


diterima 29 dec


Rupanya setiap tahun company akan bagi voucher makan untuk setiap pekerjanya dan aku antara orang yang berjaya dapat 7 voucher. Terima kasih ye Kak Phai, my Aunty, Hanim dan Kak Ina. Bermakna makan free 7x plus jimat duit untuk lunch. Ngeh..ngeh


setiap sorang dapat 1, aku dapat banyak.



Lastly, pagi tadi aku baru tau yang opismateku ada jual kek coklat moist dan red velvet. Entah macam mana aku tercakap "nina tak pernah makan pun Red Velvet".. tup tup Kak Ayu bagi free untuk rasa. Terharunye.. Serius sedap dan dia pandai buat Tiramisu. Nanti nak minta resepi la.




P/s: Nanti nina nak umumkan 10 Top Komentator Blog bagi tahun 2013!

Nak bw pun tak sempat, ada kenduri kesyukuran sebab kazenku dapat jadi polis dan nak fly ke N9. Moga2 dapat jumpa jodoh yang baik nanti ya adik Wan ;)

5 Jan 2014

Biodata Keith Foo

Assalammualaikum.


First! Kenapa aku buat entri pasal dia? Sebab dah addict dengan Ariana Rose. Sejak tengok lakonan Keith dalam drama Love You Mr Arrogant sebagai sepupu kepada Irham dan "Dalam Setiap Sujud" pula dia berlakon sebagai lelaki Indon yang mencintai Nur Fathia. Memang ada chemistry mereka berdua ni. Status agamanya ialah Kristian dan salute sebab drama DSS dan Ariana Rose dia berlakon sebagai orang Islam, bersolat dan baca Al-Quran.


Walaupun dah 10 tahun menetap di Indonesia dan berlakon di sana. Tujuan utama Keith pulang ke Malaysia sebab mahu meluangkan masa bersama ibu dan ayahnya yang semakin tua tambahan pula dia sudah putus cinta dengan Tyas Mirasih. Muka awek barunya ada iras2 Tania Hudson iaitu adik Natasha Hudson kan2?





Biodata :


Nama Penuh : Foo Chuan Chin

Nama Panggilan : Keith Foo atau KF

Asal : Gemas, Negeri Sembilan

Tarikh Lahir : 6 Januari 1983 (31 Tahun)

Warganegara : Malaysia

Kacukan : Cina (Bapa) + India (Ibu)

Agama : Kristian

Pertuturan : Chinese (Mandarin, Hailam & Cantonese), Tamil, Malay, English dan Indonesia

Kekasih : Kim Raymond

Kerjaya : Model & Pelakon

Populariti : Indonesia & Malaysia

Profil Rasmi Instagram : http://instagram.com/keithfoo

Profil Rasmi Twitter :  https://twitter.com/keithfoo83

Sinetron : Mati Suri, Paku Kuntilanak (2009), Bidadari Jakarta, Pengantin Pantai Biru, Cinta & Anugerah, Sinar (2010), Akibat Pergaulan Bebas 2, X - The Last Moment (2011), Hantu Budeg, Perempuan Di Rumah Angker (2012).

Drama : Dalam Setiap Sujud (TV9), Jodoh Itu Milik Kita (Mustika Astro), Love You Mr Arrogant & Ariana Rose (TV3).




Dari kecil Keith ramai kawan melayu. Sebab itu dia dah terbiasa dengan cara hidup orang melayu dan tak salah kalau dia nak berlakon sebagai orang Islam dalam drama. Semoga suatu hari nanti dia diberi hidayah untuk memeluk agama Islam. Siapa tahu..

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com