16 Jan 2014

Sinopsis Drama Kalimah Jiwa

Assalammualaikum.


Sinopsis Drama Kalimah Jiwa | Minggu yang busy tapi sempat lagi nak melayan drama walaupun tengok online dalam Tonton. Agak menarik bila baca sinopsisnya. Kerana itulah hatiku tertarik nak menonton tambah pulak pelakon2 yang boleh tahan. 






Sinopsis:


Kisah tentang persengketaan antara Aniq dan adiknya, Afiq yang melibatkan perebutan harta. Ibu mereka, Puan Akila lebih percayai Aniq kerana dia berjaya menguruskan syarikat sehingga berjaya. Manakala syarikat Afiq mengalami kerugian dan menanggung hutang. Semuanya kerana Afiq tak serius dan suka berfoya-foya.




Aniq mempunyai kekasih bernama Aina Sofea. Semasa majlis pernikahan, Tiara muncul dan mengaku sebagai kekasih Aniq. Tiara juga beritahu dia sedang hamil hasil hubungan dengan Aniq. Majlis perkahwinan terpaksa dibatalkan dan Aniq menghilangkan diri ke Europe untuk menenangkan diri.


Akhirnya Afiq berkahwin dengan Aina demi mengelakkan keluarga kedua-dua belah pihak malu. Afiq terima Aina bukan atas dasar cinta tetapi kerana dendam Afiq pada Aniq yang sentiasa sempurna di mata ibunya. Afiq yakin syarikat akan jatuh ke tangannya. Selepas berkahwin, Afiq mula sedar Aina seorang wanita yang baik dan mula jatuh cinta pada Aina dalam diam. Sikap Afiq juga semakin berubah menjadi baik bila Aina disahkan mengandung.





Tiara pula pergi ke Europe untuk bertemu Aniq. Rupanya Tiara pelayan kelas atasan dan telah dibayar oleh Aniq untuk membuat pengakuan tipu dihadapan keluarga Aniq dan Aina. Tiara sememangnya tak tahu puncanya dan apabila Tiara mengekori Aniq, barulah dia tahu Aniq ke Europe untuk dapatkan sum2 tulang yang sesuai untuk mengubati penyakit kanser darah.


Tiara rasa bersalah dengan upah yang diterimanya. Selama ini dia berkerja untuk duit tapi kali ini dia tak mampun terima duit Aniq atas kesakitan yang terpaksa ditanggung Aniq. Tiara membuat keputusan untuk sentiasa berada di sisi Aniq dan membantu Aniq menemani hari2 sukarnya sepanjang di Europe. 


Penyakit Aniq semakin tak stabil dan masih tak dapat penderma yang sesuai. Afiq membuat keputusan untuk pulang ke Malaysia bagi menghabiskan sisa2 hidupnya bersama keluarga sebelum menghembuskan nafas terakhir. Semua ahli keluarga gembira dengan kepulangan Afiq yang mengejut. Tetapi tidak bagi Afiq. Dia rasa terancam dan merasakan Aniq pulang untuk merampas haknya dan menuntut cinta Aina.

3 comments:

  1. wah! Nazim othman! hehe ..

    xbestnye tgok adik beradik gaduh..=(

    ReplyDelete
  2. Huuwaaaa kenapa banyak sangat drama yang best2 xD

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com