29 Sept 2022

TOP Liquid Detergent Gentle Care

 Assalamualaikum readers


TOP Liquid Detergent Gentle Care | Bila anak dah setahun lebih ni baru berani basuh sekali dengan baju orang dewasa. Kena tahu juga kulit anak jenis sensitif ke tak. Selepas baca review, decide cuba brand ni sebab 'gentle care' di tambah bau wangi dan soft, sebiji bau detergent baby. Warna botol  biru lembut tu sesuai sangat.


TOP Liquid Detergent Gentle Care



Nina jarang guna liquid detergent sebab bau selepas cucian tak kuat sangat, tak macam guna jenis serbuk. Jadi jangan lupa mixed dengan softener baru wangi. Tambahan pulak kena tengok anak jenis kuat berpeluh ke tak. Macam Harraz sehari 4 kali tukar baju, main dan berpeluh, lepas mandi sambung main. Itu tak termasuk lagi baju comot lepas makan dan minum. 



Untuk mesin front load 1 penutup botol dah cukup


Baju anak memang bersih guna top gentle care ni walaupun bau baby tetap hilangkan kotoran. Nina tengok tak semua tempat ada jual, hanya jumpa di Mydin dan Lotus. Nina beli di Shopee, murah sikit harganya untuk 3.6kg (RM 23.45). Setakat ini, kulit Harraz ok lagi tiada gatal-gatal. Selamat mencuba ibuk-ibuk.


28 Sept 2022

Majlis Makan Malam KDN Di Setia Spice Convention Centre, Penang

 Assalamualaikum readers


Majlis Makan Malam KDN Di Setia Spice Convention Centre, Penang | Dengar saja bab makan free terus onnzzz.. Pulak tu boss hubby kata boleh bawa family, pakat bagi nama. Ajak SIL tapi hubby balik kerja lambertt maka ganti parents in law dengan cousin hubby. Bila dah sampai rupanya majlis ni join dengan persatuan cina Penang, ada info siapa akan jadi calon untuk pilihan raya bla bla..


Persembahan dari penari kebudayaan Pulau Pinang




Selfie bila anak tak ada, jangan lepaskan peluang keemasan

Muka fake bila selfie tak apa jangan perangai fake sudah. Tiberrr


Nak PRU etc semuaaa lambertt lagi. Janji makanan sedap, tak pasti dato yang sponsor tu habis beratus ribu sebab setahu Nina kalau ada tarian naga memang manyak mahal kosnya. Inikan pula ada 6 ekor naga. Sebelum delete gambar-gambar makanan buffet, nak abadikan dalam blog. Tak pernah lagi makan menu dari catering Setia Spice ni, dapat rezeki kami nak cuba malam tu. 



Belum sempat habiskan semua makanan, pinggan hilang di bawa pergiiii tanpa pertanyaan dah habis makan ke belum

Chef Special Steamed Homemade Prawn Dumpling & Thai Crispy Shrimp Kerabu Salad. Keduanya sedap!

Deep Fried Crispy Seafood Money Bag & Deep Fried Pandan Chicken. Ini pun sedap!

Sze Chuan Soup

Deep Fried Boneless Chicken with Lemon Sauce

Stir Fried Broccoli & Assorted Mushrooms with Sliced Abalone (ini pun sedap tapi abalone sikit, sebab harga kayangan 😅)

Stir Fried Baba Nyonya Sauce Assam Prawns (nampak macam menu masak kicap tapi bukan)

Special Seafood Fried Rice with Scallop

Host by pelakon Louisa Chong & Dee


Convention centre ni last Nina masuk sebab nak cucuk vaksin. Lepas tu tak jejak kaki dah. Kami menjamu selera sambil layan lagu dan persembahan dari artis jemputan, Dato Khatijah Ibrahim bersama host Louisa Chong & Dee. Sampai sekarang rasa menyesal tak selfie. Haha. Maluu tapi mahu.

27 Sept 2022

Blogging, Masih Relevan Lagi?

 Assalamualaikum readers


Blogging, Masih Relevan Lagi? | Lama tak up pasal blog sendiri yang memang makin tenggelam. Bercakap berkenaan dengan blog, dulu memang aktif update blog (hampir setiap hari) sampaikan benda merepek pun nak dipost dalam blog. Tak kisah apa jenis entri, orang still akan enjoy bila baca.


Bila tak buka blog beberapa hari banyak pula earning. Siapa macam ni?


Antara cara yang baik untuk improve penulisan kita ialah dengan menulis dan membaca blog bukan setakat Nina menulis bila nak keluarkan warning letter saja 😅 Sejak earning Google AdSense naik hari-hari walaupun sen dalam USD dah buat hati berbunga-bunga. Adalah semangat sikit untuk terus menulis blog. Bila Harraz dah besar nanti, boleh dia baca semua benda dalam blog.



Antara kebaikan apabila berblogging ialah :


1. Boleh menambah ilmu pengetahuan dengan membaca penulisan dari blogger lain.


2. Boleh jana pendapatan sampingan dengan membuat review product, pengiklanan (GA dan lain-lain)


3. Selain menjadi external hardisk, boleh juga menjadi salah satu medium untuk simpan gambar-gambar dan cerita (kira macam backup). 


4. Secara tidak langsung boleh memperbaiki teknik dan kreativiti dalam penulisan. Siapa tahu boleh jadi freelance writer? 


5. Blogging ni bukan saja post cerita baru dan basi tapi boleh berkenalan dengan ramai orang, buat komuniti group dan organize event yang boleh eratkan silaturahim. Dah lama tak borak dengan group blogger Nina. Jumpa pun time event saja kan.



Nowdays, ramai readers blog lebih suka baca cerita sensasi dan kontroversi, viral. Kita? Just stick dengan cara penulisan masing-masing. Stick to our main purpose of blogging (which is sharing our experiences to others). Nina masih anggap berblogging ni adalah satu perkara yang masih releven pada masa kini. Teruskan menulis blog ya. 

26 Sept 2022

Super White Coffee - Coffee & Creamer

 Assalamualaikum readers


Super White Coffee - Coffee & Creamer | Habis sepaket kopi French Roast terus mencari kopi brand lain pulak. Ada promo di Mydin, itu yang grab. Jangan disebabkan promo terus grab Nina oii. Menyesal sambil taip ni haa..



Yelah fikirkan satu brand mesti lah sedap macam flavour hazelnut tu rupanya tidak!! Betul orang kata kopi ni kena try and error baru tahu yang mana sedap ke tak. Rasa kopi pioorrrr dan pahit betoi, susah tekak deme nak menelannya. Sesuai untuk peminat kopi pekat. Nak minum elok letak creamer dulu, yang pasti tiada creamer walaupun tulis di paketnya.



Mungkin kesalahan yang Nina buat ni sebab terlupa nak baca review dulu 😂 Harap ada hamba Allah dalam opis ni akan habiskan 14 sachets tu. Hahaha. 

22 Sept 2022

Calpis White Peach Limited Edition

Assalamualaikum readers


Calpis White Peach Limited Edition | Yeahhh calpis kembali lagi dengan perisa white peachnya. Botol warna peach bersinar di dalam fridge 7E terus grab. Balik rumah berebut dengan Harraz 😅 Dah ambik susu pisang pun nanak lagi. Sikit-sikit sebut nanak.




Rasa peachnya ada tapi diblend lembut dengan susu. Jangan expect macam makan peach fresh dari buah. So far Calpis ni membantu penghadaman dan melancarkan proses pembuangan. Kalau pi Mydin, memang dijual botol besar. Yang belum cuba, balik kerja singgah 7E. 


21 Sept 2022

Souvenir Dari Maldives

 Assalamualaikum readers


Souvenir Dari Maldives | Wowww seronoknya dalam hati. Orang ikhlas beli kita terima. Lagipun Nina tahu SIL honeymoon dah habis lebih dari 5K. Haaa itu tak termasuk beli bermacam jenis souvenir. Kami 3 beranak dapat lah souvenir sorang satu. Harraz dapat bantal star fish tapi tak guna lagi sebab conpem jadi bantal busuk 😂😂




Sampai di rumah, tengok muka pengantin dah jadi kelabu asap sebab sunburn. Memang Maldives cantik tapi kalau jenis sayang kulit, pulau tu tak sesuai. Yang banyak tourist pun mat saleh, afrika. Orang cina sorang pun tak ada. Apa pun cantik beg ni, sayang pula nak guna.

20 Sept 2022

Air Wick Freshmatic-Summer Delights Wangi!

 Assalamualaikum readers


Air Wick Freshmatic-Summer Delights Wangi! | Dah lama nak cari untuk letak di bilik. Setiap hari seronok hidu bau Glade di office. Nina nak cari brand sama tapi stok habis di Mydin, nampak pula Air Wick ada promo terus grab! Sejak jadi mak-mak ni suka sangat dengan bau-bau floral. Automatic air freshner ni boleh tahan lama ikut tuan badan. Kalau di office, lepas waktu kerja, memang Nina off sama juga di bilik tidur.


Harga promo hanya RM 21


Di kotak katanya penggunaan dalam lebih kurang 70 hari. Sooo untuk di office, dah guna lebih kurang 4 bulan. Haha.. kena pandai set time. Kalau setiap 10 minit memang takkan sampai duration tu. Kerap sembur pun tak best jugak, pening pula.


Letak di atas almari untuk semburan yang menyeluruh satu bilik tidur



Nina suka bau Summer Delights ni sebab ada white flowers, melon and vanilla. Selain itu ada free bateri! Kalau beli Glade, tak ada.. sob sob. Dalam satu kotak semua lengkap, tinggal pasang dan guna terus. Bau dia memang best dan sangat pekat. Setakat ni Nina guna level spray paling medium sebab tak tahan bau dia yang pekat menusuk hidung. 


Spray sikit pun dah memadai untuk ruang yang kecil. Nak beli air diffuser sangat la costly dan harga kayangan. So beli yang mampu dulu setakat ini. Lagi pun ada anak kecil, tak sesuai sangat, jadi mainan Harraz nanti. Janji wangi sudah. 

19 Sept 2022

Pengalaman Menginap Hotel M Summit 191, Penang

Assalamualaikum readers


Pengalaman Menginap Hotel M Summit 191, Penang | Kereta parking naik lif | Hotel terbaik di Penang sebab ada banyak jenis bilik dan dewan kenduri di sini sangat cantik uollsss.. Tumpang selfie kenduri SIL bulan 7 lepas. Baru ada masa nak update. FIL book 4 bilik sebab dapat diskaun dari management. Alhamdulillah, selesai majlis sesi petang dan malam. Lokasi memang strategik, depan KOMTAR, 1st Avenue Mall. Interior design nampak moden dan minimal.



Hotel 23 tingkat ini mempunyai 96 bilik suite eksekutif yang terdiri daripada 6 jenis bilik. Jadi boleh pilih bilik yang mengikut bajet, citarasa dan keperluan masing-masing. Meh nak shared bilik yang kami 3 beranak stay. Dewan tingkat 20, bilik kami di tingkat 17. 


Contoh sanding di glass house


6 Jenis Bilik Di Hotel M Summit 191

  • The Deluxe Suite
  • The Splendor Suite
  • The Classic Business Suite
  • The Serene Suite
  • The Baroque Suite
  • The Razzle Business Suite


Berapa kali snap gambar sebab semuanya tak menjadi

Anak cousin hubby ni jadi tukang makeup Nina. Masih muka yang sama bukan tukar jadi Izreen Azminda

Tahniah SIL Aida & Syukri



Nina stay di bilik Deluxe Suite. Sesuai sangat kami 3 beranak ni. Boleh la Harraz main sorok-sorok walaupun demam on off masa kenduri tu. Harga setiap bilik berlainan dan pada pendapat Nina harga sangat berpatutan dengan pelbagai kemudahan yang ada kat dalam bilik tu. 


Sarapan pagi tak termasuk sekali dalam penginapan kecuali atas permintaan. Kena order kalau nak sarapan, tapi di area hotel berselerak kedai makan kalau nak breakfast. McD pun dekat! Untuk maklumat lanjut tentang hotel ni, boleh tengok website rasmi di bawah.



12 Sept 2022

Frenche Roast Salted Caramel

 Assalamualaikum readers


Frenche Roast Salted Caramel | Akhirnya jumpa juga flavour salted caramel. Jatuh cinta dengan flavour ini dan Tiramisu Latte. Rasa kopinya lembut dan sedap. Bila bancuh tu bau salted caramel menusuk ke hidung. Waktu kacau tu semerbak bau wangi.


Frenche Roast Salted Caramel



Bila minum jangan la expect salted caramelnya pekat. Rasa mild saja tapi not bad. Enjoy minum panas atau sejuk. Try la! 


9 Sept 2022

Mat Qeyuh Ikan Bakar, Kepala Batas, Penang

 Assalamualaikum readers


Mat Qeyuh Ikan Bakar, Kepala Batas, Penang | Tempat Makan Best Dan Sedap Di Bertam | Tempat fav kalau pi Kepala Batas, resto ni ada kenangan tersendiri bila 1st time kami laki bini pi makan, nak tambah nasi tokey kata nasi habis 🤣 Emang sedap! Tapi time tu dah pukul 10 malam confirm nasi putih habis.


Mat Qeyuh Ikan Bakar, Kepala Batas, Penang


Ada bermacam jenis masakan goreng, sup tapi kami suka set ikan bakaq kat sini. Licin pingan, paling thorbaik tukang masak tak kedekut bahan. Puas hati makan set harga RM 55 termasuk 2 gelas air + nasi 2 pingan jadi RM 57 😅


Berdenyut tengok ikan bakaq, sedap!

Tom yam ayam marveles, kuah pekat dan banyak ayam

Kailan Ikan Masin, rasa masinnya bagaikan meresap ke daun


Kalau singgah ke utara, jari jangan lupa bagi signal exit ke Bertam. Haha.. tak menyesal kalau mai makan. Jangan risau restoran ni ada tandas dan tempat solat. Boleh makan dengan hati yang tenang. In shaa Allah. Waze nama kena resto know know arrive 😂

1 Sept 2022

Resepi Kerabu Maggi Sedap!

Assalamualaikum readers


Resepi Kerabu Maggi Sedap! | Lama teringin nak buat kerabu maggi ni sampai lah nina borong maggi dalam Shopee! Tak puas makan kalau beli. Salah satu banyak sayoq dari maggi, kuah sikit. Elok kerabu maggi ni buat sendiri dari beli, boleh tambah bahan ikut suka hati lalalala...


Resepi Kerabu Maggi Sedap!



Memang mudah nak buat. Bahan-bahan pun senang cari. Lagi banyak bahan lagi sedap! Terangkat, meratah kerabu maggi sampai pukul 10 malam. MIL dah dinner pun makan lagi. Menantu masak tak pernah ditolak 😂 Siap request buat lagi. Nina buat berasaskan seafood. Kos mahal sikit. Total hangus beli bahan-bahan dalam RM 33.10 😋 





Bahan-bahan :


6 pek maggi (perencah jangan buang)

800g udang (size medium)

5 ekor sotong

Sedikit gula

2 sudu sos ikan (3 pek maggi)

Sayur-sayuran (10 biji tomato ceri, separuh carrot, daun ketumbar) - dipotong

2 biji air limau kasturi (perah ambil air)

4 sudu air rebusan udang, sotong (lepas rebus jangan buang)

2 cili padi hijau (potong kecil)


Caranya :


1. Nina mulakan dengan rebus seafood dulu, rebus sekejap sampai udang dan sotong tukar warna. Simpan sikit air rebusan di dalam bekas lain.


2. Kemudian air rebusan guna untuk rebus maggi pula. Rebus jangan sampai kembang. Kalau kembang tak sedap.


3. Sediakan mangkuk/bekas besar, kemudian masukkan perencah maggi, sos ikan, air perahan limau, sedikit gula dan air rebusan. Gaul sehingga sebati dan cuba rasa. Kalau secukup rasa baru onzzz!


4. Masukkan kesemua bahan, seafood, maggi dan sayur. Kacau rata. Baru maggi kena kuah dan sebati. 


p/s : Motif nina guna air rebusan tu nak bagi sedap dan manis bila makan kerabu ni dan bancuh dulu kuahnya sebab tak nak bila makan rasa tak balance. Tak rasa masam, manis, pedas dan masin gitu.


Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com