19 Sept 2022

Pengalaman Menginap Di Hotel M Summit 191, Penang

Assalamualaikum readers


Pengalaman Menginap Hotel M Summit 191, Penang | Kereta parking naik lif | Hotel terbaik di Penang sebab ada banyak jenis bilik dan dewan kenduri di sini sangat cantik uollsss.. Tumpang selfie kenduri SIL bulan 7 lepas. Baru ada masa nak update. FIL book 4 bilik sebab dapat diskaun dari management. Alhamdulillah, selesai majlis sesi petang dan malam. Lokasi memang strategik, depan KOMTAR, 1st Avenue Mall. Interior design nampak moden dan minimal.



Hotel 23 tingkat ini mempunyai 96 bilik suite eksekutif yang terdiri daripada 6 jenis bilik. Jadi boleh pilih bilik yang mengikut bajet, citarasa dan keperluan masing-masing. Meh nak shared bilik yang kami 3 beranak stay. Dewan tingkat 20, bilik kami di tingkat 17. 


Contoh sanding di glass house


6 Jenis Bilik Di Hotel M Summit 191

  • The Deluxe Suite
  • The Splendor Suite
  • The Classic Business Suite
  • The Serene Suite
  • The Baroque Suite
  • The Razzle Business Suite


Berapa kali snap gambar sebab semuanya tak menjadi

Anak cousin hubby ni jadi tukang makeup Nina. Masih muka yang sama bukan tukar jadi Izreen Azminda

Tahniah SIL Aida & Syukri



Nina stay di bilik Deluxe Suite. Sesuai sangat kami 3 beranak ni. Boleh la Harraz main sorok-sorok walaupun demam on off masa kenduri tu. Harga setiap bilik berlainan dan pada pendapat Nina harga sangat berpatutan dengan pelbagai kemudahan yang ada kat dalam bilik tu. 


Sarapan pagi tak termasuk sekali dalam penginapan kecuali atas permintaan. Kena order kalau nak sarapan, tapi di area hotel berselerak kedai makan kalau nak breakfast. McD pun dekat! Untuk maklumat lanjut tentang hotel ni, boleh tengok website rasmi di bawah.



9 comments:

  1. Menarik... Yang penting selesa, dan senang cari makan kat situ ..Huhu... Cantik jugak ruangan glass tu...

    ReplyDelete
  2. Luas, selesa la menginap. Selamat Pengantin Baru untuk pengantin

    ReplyDelete
  3. spacious sgt bilik2 nya..selesa la

    ReplyDelete
  4. yang penting selesa dan sesuai untuk digunakan

    ReplyDelete
  5. Nampak luas biliknya, design industrial ni mmg salah satu design moden skrg. Cantik betul glasshouse tempat bersanding tu.

    ReplyDelete
  6. Nampak eksklusif betul. Romantik glass house tu kalau buat majlis

    ReplyDelete
  7. Tahniah buat pengantin..
    Bestlah hotel dia.. Tempat makan banyak tu paling best..

    ReplyDelete
  8. luas betul tu! boleh main kejar2 hehehe

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com