29 Sept 2022

TOP Liquid Detergent Gentle Care

 Assalamualaikum readers


TOP Liquid Detergent Gentle Care | Bila anak dah setahun lebih ni baru berani basuh sekali dengan baju orang dewasa. Kena tahu juga kulit anak jenis sensitif ke tak. Selepas baca review, decide cuba brand ni sebab 'gentle care' di tambah bau wangi dan soft, sebiji bau detergent baby. Warna botol  biru lembut tu sesuai sangat.


TOP Liquid Detergent Gentle Care



Nina jarang guna liquid detergent sebab bau selepas cucian tak kuat sangat, tak macam guna jenis serbuk. Jadi jangan lupa mixed dengan softener baru wangi. Tambahan pulak kena tengok anak jenis kuat berpeluh ke tak. Macam Harraz sehari 4 kali tukar baju, main dan berpeluh, lepas mandi sambung main. Itu tak termasuk lagi baju comot lepas makan dan minum. 



Untuk mesin front load 1 penutup botol dah cukup


Baju anak memang bersih guna top gentle care ni walaupun bau baby tetap hilangkan kotoran. Nina tengok tak semua tempat ada jual, hanya jumpa di Mydin dan Lotus. Nina beli di Shopee, murah sikit harganya untuk 3.6kg (RM 23.45). Setakat ini, kulit Harraz ok lagi tiada gatal-gatal. Selamat mencuba ibuk-ibuk.


11 comments:

  1. jenis cecair bagus lagi berbanding serbuk....rasanya lebih praktikal...diakui Top merupakan detergent yang bagus

    ReplyDelete
  2. Kalau okay dengan kulit baby memang bestlah.. Tak yah beli asing sabun dia kan.. Boleh guna yang sama je..

    ReplyDelete
  3. rumah Ibu pun pakai tops, bau nya lama gak kekal.. MA pun baru try this month

    ReplyDelete
  4. ammi lepas habis pantang hantam boh basuh baju baby baju orang tua sekali...kalau balik rumah arwah mama baru acah2 asingkan baju sebab kalau tak kene leter 3 hari 3 malam

    ReplyDelete
  5. Bagus berkesan dan khusus untuk pakaian anak anak. Penyelesaian masalah ibu ibu :)

    ReplyDelete
  6. yaya pun da try masa memula dia klua dulu. tunggu hrga mura baru beli hehe. bau ok la tapi tetap kembali pada TOP yang warna biru pekat tu...huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. beli TOP waktu promosi memang murah

      Delete
  7. kat rak2 pasaraya mmg x jumpa so far detergent ni

    ReplyDelete
  8. considering aida memang pengguna tegar TOP, aida memang tau this one.
    pernah sekali anak tersilap ambil, ingatkan TOP ada softener. rupanya detergent khas for babies.
    dulu kala, aida pun guna detergent khas utk baju anak-anak, nina. kalau tak silap brand pureen. x pasti now ada ke takde :)

    ReplyDelete
  9. tapi tu la, harga memang semakin mahal, nina. faham sgt.
    rm2. rm2. offer pun x brape byk dah sekarang :( sedih.
    but nothing can be done, kena cuci baju jugak kan :)
    pasrah la...

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com