28 May 2015

Poscard From Germany

Salam Readers


Alhamdulillah.. akhirnya sampai juga poscard kiriman sis Aisya dari Germany ! Kali ke 2 dari GA yang berbeza, terima kasih daun keladi. Tahniah buat semua pemenang JINDRISSKA Blog Anniversary GA. Bertambah koleksi dari blogger. 



Poscard from Germany


27 May 2015

Mesej Yang Kelakar

Salam readers

Text yang kelakar juga. Orang yang bercinta jangan gatai pi mesej macam ni pulak. Terlepas send tak boleh patah balik. Hehehe








26 May 2015

Al-Fatihah Buat Sepupu

Salam Readers..


Ajal maut di tangan Allah, naluri kuat mengatakan bakal kehilangan sepupu apabila dia dimasukkan ke ICU Hospital Seberang Jaya pada petang Jumaat, 22 Mei lepas. Ayah sempat melawat sebelum arwah dipindahkan ke Hospital Pulau Pinang kerana tiada kelengkapan untuk operation membuang darah beku di sebelah kiri otak. Arwah tak sedarkan diri selepas jatuh di tempat kerja. Nasib baik cleaner Bangla jumpa. Tak tahu berapa lama pengsan. 


Destinasi terakhir sebelum menghadap Ilahi


Petang Isnin, 25 Mei arwah menghembuskan nafas terakhir dan meninggalkan isteri bersama 2 orang anak perempuan. Pagi ini, aku ambil emergency leave untuk pengebumian arwah abang Bidi @ Mohd Zaidi. Alhamdulillah.. bila whatsapp boss, dia memahami. Rasa sebak bila nampak kak Hasni dan anak-anak sedara. Sedih bila dorang dah jadi anak yatim.


Terharu bila ramai rakan sekerja arwah datang ziarah dan tolong kebumikan tak kira melayu dan cina yang masuk ke dalam liang lahad. Semoga diberi hidayah :) Terima kasih staff Ann Joo Steel Berhad.. Hanya Allah dapat membalas jasa.



Bunga kemboja putih sinonim dengan tanah perkuburan. Layu di pusara

Dari Allah kita datang dan kepada Allah juga kita kembali. Al-fatihah sepupu


Sepupu ke 4 family sebelah ayah menghadap pencipta.. Aku tenung muka setiap adik-beradik ayah, sepupu lelaki, perempuan yang kesedihan. Ya, kami kesemuanya ada persamaan warna anak mata. Subhanallah.. Sedih bila makcik beritahu otak arwah disimpan di hospital. Ya, mungkin kedengaran agak kejam, mungkin doc nak buat experiment. Hanya Allah saja yang tahu perasaan ahli keluarga kami.



Sijil kematian arwah.. Faktor kematian disebabkan stroke dan masalah jantung

OTW balik ke kubur dari kedai potostat sijil kematian. Abang Bad memang rempit :P Muka sembab jadinya.. 


Raya tahun ini mungkin takkan sama seperti tahun-tahun lepas... 

24 May 2015

Review Filem SPY (2015)

Salam Readers..

Review Filem SPY | What's up guys ! Movie paling kelakar pernah aku tengok. Terbaik la perempuan chubby boleh jadi agent CIA. Gemok is awesome ! Please jangan berkecil hati wahai para pembaca. Rasa macam nak tengok lagi. Ketawa dari mula sampai ending. Hari ini, movie marathon bersama Wak Doyok. Yeahh layan SPY dan Tomorrowland lagi. Harap movie ni ada sambungan baru syok, dapat tengok Jude Law yang handsome tu dan slang Britishnya :)  *dialog movie banyak sebut F***




Sinopsis :


Susan Cooper (Melissa McCarthy), seorang wanita yang sederhana dan menjadi penganalisis CIA untuk memberi info kepada Ejen Bradley Fine (Jude Law) dalam misi ke Bulgaria dari pejabat CIA di USA, dengan menggunakan radio yang disambungkan ke cuping telinga Bradley. Selepas menyaksikan Fine sengaja membunuh sasaran tanpa mencari beg bom nuckleur, Fine kembali ke US. 


Susan dan Fine
Fine memalsukan kematian dan menjadi kekasih Rayna Boyanov



CIA mendapat tahu, anak perempuan sasaran Rayna Boyanov (Rose Byrne) mengetahui lokasi peranti ayahnya, mereka menghantar Fine untuk menyusup masuk ke rumahnya. Fine ditembak mati oleh Rayna, menimbulkan kemarahan Susan, dan mendapati Rayna mengenali identiti kesemua agent CIA termasuk Fine dan Rick Ford (Jason Statham). Susan sukarelawan untuk menjadi agent. Dia dikehendaki memerhatikan Rayna dan Sergio De Luca. Ford meletak jawatan kerana Susan dipilih menjadi agent.



Susan dihantar ke Paris, misi mengintip De Luca. Ford juga berada di Paris dan beg Ford ditukar kepada bom. Susan berjaya memberi amaran dan Ford membaling bom ke dalam sungai. Misi seterusnya ke Rom, dimana dia bertemu dengan Aldo (Peter Serafinowicz), seorang pemberi maklumat.


Susan diberi alat 
Scene berebut microfon


Susan bertindak tanpa mengikut arahan dan pergi ke kasino mengintip pergerakan De Luca dan terjumpa Rayna. Susan berjaya masuk ke dalam kumpulan Rayna selepas menyelamatkan Rayna dari meminum air yang diletakkan racun. Susan mengikut Rayna menaiki jet untuk ke Budapest. Sepanjang perjalan, pilot cuba membunuh Rayna, tetapi Susan berjaya menyelamatkan sebelum terhempas ke pergunungan Alps.


Menyamar jadi ibu tunggal 
Susan dan Ford 
Membunuh orang yang meletak racun dalam minuman Rayna


Apabila Rayna percaya Susan menjadi perisik yang menyamar, Susan menyakinkan ayahnya mengupah menjadi pengawal peribadi Rayna. Di Budapest, Susan bertemu Nancy, dihantar untuk melihat keadaan Susan dan Aldo. Susan menyelamatkan Rayna dari ditembak dan mengejar kereta menggunakan Vespa. Dia mendapati penembak itu agent CIA yang menjadi talam 2 muka. Agent Karen Walker mahu membunuh Susan, tetapi ditembak oleh penembak curi.


Misi mengekori penembak 
Memang lawak tengok muka Jason ni
Aksi memotong sayur di dapur
Aldo yang suka menggoda Susan

Malam perjumpaan Rayna dan pembeli bom nukleur, ternyata sekutu De Luca. Susan mengejar wanita yang dilihat di Paris. Nancy menyerang 50 Cent di stage untuk mengalihkan perhatian Rayna. Susan berlawan di dapur, mendedahkan identiti sebenarnya. Fine melemparkan pisau di dada pemyerang dan dia bekerja dengan Rayna serta menjadi kekasihnya. Apabila Susan dan Aldo dikurung, Fine mendedahkan kenapa dia menembak agent Karen dan palsukan kematiannya untuk mencari lokasi bom nukleur.



Aldo dan Susan melarikan diri dan Susan menyertai Rayna dan Fine di rumah De Luca dengan menyamar sebagai agent yang mengkhianat. Gangster Dudaev tiba bersama berlian dan ditembak oleh De Luca kerana dia mahu menjual kepada pembida yang lebih tinggi. De Luca melarikan diri d. engan bom menggunakan helikopter dan mencederakan Fine. Susan bergayut di heli dan juga Ford, akhirnya jatuh ke dalam tasik. Dengan bantuan Nancy, Aldo dan 50 Cent. De Luca dan bom jatuh ke tasik. Aldo memperkenalkan dirinya sebagai Albert, agent MI6 yang menyamar dan mempelawa Susan dinner dengannya di London. Ending yang kelakar juga. 



*5/5

Sebelum layan movie komedi harus makan dulu. Hehe

22 May 2015

Review Filem Tomorrowland

Salam Readers..

Review Filem Tomorrowland | What's up kids ! Movie ni memang sesuai untuk tontonan kanak-kanak bawah 12 tahun. Akak-akak rasa macam lagi mengarut dari Mad Max. Tak boleh blah Eiffel Tower terbelah keluar roket dari tapaknya. Kekadang movie sains fiksyen gituw la. Meh layan review "Tomorrowland" dari Disney ni.





Sinopsis :


Kembali ke tahun 1964, ketika Frank Walker yang masih kecil ke Pesta Dunia New York. Dia bertemu David Nix, dan menunjukkan jet ciptaannya. Dia tertarik dengan seorang kanak perempuan bernama Athena yang melihat potensi dalam diri Frank lalu memberikan pin simbol "T" dan mengajak Frank untuk ikut ke dunia lain. Frank dapat masuk ke kota futuristik dikenal sebagai Tomorrowland.


Beberapa tahun kemudian, gadis Sains Casey Newton, menyusup masuk ke kawasan pelancaran NASA di Cape Canaveral dimana bapanya Eddie, seorang jurutera bekerja. Rancangnya mahu mensabotaj mesin pelancar roket. Selepas pulang ke rumah, Athena telah ambil DNA Casey dan program ke pin Tomorrowland dan letak dalam topi keledar motosikal Casey. Malam seterusnya, Casey tertangkap. Di balai, dia mendapati pin itu bersama barang lain. Bila Casey sentuh pin, tetiba dia berada di tempat lain. Casey semakin teruja untuk mengetahui tempat misteri itu.


Frank kecil dan Athena
Casey ke Tomorrowland selepas menyentuh pin
Meneroka Tomorrowland sebelum pin kehabisan bateri



Casey meneroka Tomorrowland. Sayangnya pin itu kehabisan masa dan Casey kembali ke dunia. Casey ingin mencari pin yang sama di kedai perhiasan. Pemilik kedai Hugo dan Ursula berkeras bertanya siapa yang memberi pin dan mengacukan senapang dan diselamatkan Athena. Athena mencuri kereta dan mendedahkan siapa dirinya. Dia memandu ke rumah Frank Walker dan meninggalkan Casey di situ.


Frank menyelamatkan diri dari robot
Tangan robot ! haha
Melarikan diri menggunakan tab mandi


Selepas diserang oleh anjing hologram, Casey mengetuk pintu dan dihalau Frank. Casey duduk di luar dan mencari jalan masuk ke rumah Frank. Sehingga mereka diserang oleh robot-robot jika tidak menyerahkan Casey. Mereka berjaya melarikan diri dari robot dengan masuk ke dalam tab mandi. Haha.. Mereka bertiga ke mesin Teleportation ciptaan Frank yang membawa ke Eiffel Tower. Rupanya ia sebuah roket dan mereka kembali ke Tomorrowland. 


Menaiki roket untuk kembali ke Tomorrowland
Disambut oleh Nix
Melihat masa depan


Dapatkah Frank dan Casey mengubah Tomorrowland dan menghalang rancangan Gabenor Nix dan menyelamatkan dunia dari kemusnahan? Nak tahu kisah kena tengok. Movie ni boleh laa layan tapi tak boleh dipercayai. Meh layan trailer dulu :)   


*3.5/5 


#My Review :

  • Tab mandi yang menyelamatkan Frank dan Casey dari robot-robot Nix. 

  • Kesemua robot termasuk Athena akan memusnahkan diri sendiri selepas kerosakan anggota badan. 

  • Walaupun Frank dah tua tapi rasa sayangnya pada Athena tak berubah selepas Frank di halau dari Tomorrowland. 

  • Tak sangka Eiffel Tower boleh terbelah dua keluar roket dari bawah. Hadoii

  • CGI dalam Tomorrowland memang cantik. 

21 May 2015

Terima Kasih Blogger Jari Manis

Salam Readers..


Alhamdulillah bertambah lagi koleksi dari blogger. Menjadi top komen di blog sis JM ! Mesti kenal kan dengan akak Jari Manis yang selalu travel ke Korea. Terima kasih daun keladi sis.. Ada rezeki kita ke Seoul ramai-ramai. Hehe :) 


Souvenir dar Korea !

20 May 2015

Cara Hidup Seorang Pelajar

Salam readers


Siapa rindukan zaman student life. Kesemua gambar ni pernah alami especially bab makan tu. Tunggu cuti sem nak bedal segala makanan yang diidamkan. Asal malam berjaga macam burung hantu, asal siang macam panda. Hahaa.. mana nak dapat pengalaman kalau tak rasa sendiri :)


Me? Sleep + No Sleep + Social Life + Good Grades . Acano tu

Zaman sudah berubah


Gini la kalau dah nama student full time


MARA Student mana? mana? haha

18 May 2015

Lelaki Nampak Macho Apabila Melipat Lengan Baju

Salam Readers..


Tertarik lepas baca entri Al Kisah pasal lelaki nampak macho apabila melipat lengan baju tak kira baju kemeja, baju melayu, baju renang, baju pijama etc. Aku tertarik sejak masuk zaman kolej. Maklum la skolah perempuan, kengkawan lipat lengan baju memang tak macho, serupa samseng kampung dusun adalah.


Lelaki melipat lengan baju


Bila start study, hari-hari tengok budak lelaki masuk kelas lipat lengan baju nampak cool. Tak dinafikan cair bak glasier. Hahaha.. Tak lawak tak payah gelak. Sehingga la tuan penulis ni bercinta-cinta, hari-hari nak cik abang lipat lengan baju dia kalau datang kelas.


Serius smart, hensem

Tuan blog pun nak lipat lengan baju, nampak macho tak? hehe


Melipat lengan kemeja bagi lelaki akan kelihatan seksi dimata wanita. Sangat seksi mata ini melihatnya. Ayah sendiri pun macho time ke solat Jumaat. Hehe.. Wanita akan melipat lengan baju ketika pergi kenduri kendara. Cheq bukan anak mami jadi tak beli gelang tangan lip lap lip lap kat kedai Pak Habib atau Pandora gitu. 

17 May 2015

Fakta Menarik Tentang Lesung Pipit

Salam Readers..


Fakta Menarik Tentang Lesung Pipit | Untung siapa yang ada lesung pipit tak kira adik beradik, suami, boyafriend. Kalau distalk pelakon lelaki Malaysia, banyak juga lesung pipit sebelah kiri ! Lesung pipit terjadi akibat variasi otot muka yang dipanggil Zygomaticus. Tulang ini membahagi kepada superior (bahagian atas tepi bibir) dan interior (bahagian bawah tepi bibir). 


Lelaki Malaysia banyak lesung pipit



Lesung pipit atau lekuk kecil yang ada di pipi seseorang memang boleh menambah kecantikan dan ketampanan. Ada yang memiliki lesung pipit yang dalam dan samar-samar. Fenomena lesung pipit dipengaruhi oleh faktor genetik dan diperlukan gen lesung pipit yang dominan.


Jika salah sorang ibu bapa memiliki lesung pipit, maka kemungkinan genetik akan diturunkan ke generasi berikutnya. Anak-anak yang lahir 25-50% akan ada lesung pipit. 


p/s: Jeles tengok lesung pipit Azrie dengan adik-adiknya dan anak-anak buah ada lesung pipit yang comel ! Rasa nak buat dorang gelak selalu :) 

15 May 2015

Review Filem Mad Max : Fury Road

Salam Readers..


Review Filem Mad Max : Fury Road | What's up girls ! Sesiapa yang tak layan movie 'gila-gila' dan 18X dilarang menonton. Tengok trailer dah cukup :P Bukan apa banyak sangat aksi dan aku rasa hero movie ni je yang normal. Lama tak tengok lakonan Charlize Theron. Siapa suka tengok dia dalam The Italian Job. Put your hand up.. Mad Max : Fury Road adalah filem ke 4 franchise Mad Max (1979)



Mad Max : Fury Road



Sinopsis :


Selepas perang nuklear, dunia menjadi tanah terbiar padang pasir. Max Rockatansky, yang masih hidup ditangkap oleh War Boys, tentera pemimpin zalim, Immortan Joe. Max dipenjara dan digunakan sebagai "beg darah" untuk seorang tentera sakit, Nux. Zaman dimana petrol dan air adalah komoditi yang terhad. 


Imperator Furiosa memandu trak War Rignya untuk mengumpul petrol. Furiosa mula mengubah haluan dan Immortan Joe mula menyedari 5 isteri (wanita yang dipilih untuk pembiakan) sudah hilang. Joe membawa seluruh War Boys mengejar Furiosa. Nux menyertai tentera dan membawa Max yang diikat depan bonet keretanya untuk membekalkan darah. Pertempuran bermula sehingga Furiosa memandu ke dalam ribut pasir. Nux cuba mengorbankan dirinya dan Max menahan plan gila Nux. 


Citadel
Max as blood bag
Gila la sanggup mati
Ribut pasir yang menyeramkan



Selepas ribut, Max melihat Furiosa membaiki Rig Warnya bersama 5 wives (Splendid, Capable, Cheedo, Toast dan Dag). Max merampas Rig, tetapi trak itu telah diset suis dan enjin mati. Max berat hati akhirnya bersetuju bergabung tenaga dengan Furiosa bersama 5 wives melarikan diri dari Joe. 



Furiosa memandu ke wilayah geng Bikers, dan bersetuju untuk memberi petrol. Malangnya, Joe dan War Boys menyerang dan Furiosa melarikan diri manakala Bikers geng meletupkan bukit untuk menyekat Joe. Ketika Joe cuba menembak Furiosa, Splendid yang sarat mengandung melindungi Furiosa. Akhirnya, Splendid terjatuh dari Rig kerana berlanggar dengan kereta Joe. Mereka ke 'tanah hijau'.


Kuat Tom Hardy angkat Nux 
1 tangan pun boleh punch muka Max
5 Wives yang seksi.. jangan tengok Zoe tu. Haha



Furiosa sampai ke tempat puaknya yang hanya padang pasir tanpa tanaman. Max memilih untuk membawa haluan sendiri dan membiarkan Furiosa, Nux, Wives dan puaknya menaiki moto tanpa arah tujuan. Selepas melihat vision anak perempuan yang telah mati, Max menyakinkan Furiosa dan geng kembali ke Citadel, yang mempunyai air dan tanaman yang mencukupi. Mereka kembali bertempur dengan Joe dan tenteranya.


Gilakan sibuk tempur tapi boleh main gitar


Macam mana Immortal Joe mati dan pertempuran mendapatkan Citadel tu tak boleh cerita. Nanti tak surprise :) Meh tengok trailer Mad Max. Layann..


4.3/5*


#My Review :


  • Immortal Joe kejam dan badannya terkena toksin sebab tu hodoh.

  • Mahukan anak dari kelima-lima isterinya yang bebas dari toksik dan sihat.

  • Macam mana Rosie Huntington preggy? Nampak real tau 

  • Joe marah bila Splendid dan anaknya mati

  • Theron pula cacat sebelah tangan. Hebat


  • Shooting sejak Julai 2012 di Namibia, lamanya baru sekarang released

  • Riley Keough, cucu kepada Elvis Presly bertemu suaminya semasa shooting filem ini. Main gitar tu ler. Kelakar part berperang sambil dengar lagu.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com