Salam Readers..
Novel Kurang Asam Punya Bos | Ada ke bercinta dengan bos sendiri? Hehe.. Dalam dunia realiti, pekerja dapat bermacam ragam bos. Alhamdulillah dapat bos baik. Hihi.. Meh nak review kisah Mat Singa bos yang ego & Miss Driver yang tomboy tetapi manja dengan keluarganya. Kerana ego dan lambat meluahkan cinta hubungan hampir musnah. Novel ni agak drama Queen sikit macam watak Sofea tu.
Sinopsis :
Elfira Amira Tan Sri Lukman Hakim atau L, gadis tomboy yang sangat sempoi dan tidak memandang pada darjat. Selepas tamat belajar di overseas, dan tinggal bersama kawan baiknya, Sofea. L mahu berdikari hingga Sofea merekomen L kerja dengan bosnya. Berkerja sebagai driver kepada Firuz Eidil Tan Sri Mikhail. Bosnya tidak tahu latar belakang L. Tetapi Firuz mahu dia berkerja sebagai pembantu rumah dan despetch sekali. L selalu dibuli Firuz dan memandang rendah kepada L yang kononnya tiada pelajaran tinggi.
Firuz dan L sentiasa bertekak tetapi mereka ada keserasian. Sehingga suatu hari tunang Firuz, Julia nampak adegan sweet mereka di rumah Firuz lalu memutuskan pertunangan. Selepas itu, Firuz menghina L, lalu L berhenti dan berkerja dengan ayahnya. Dia menggunakan nama Amira supaya tidak mahu mendapat layanan istimewa.
Syarikat L berkerjasama dengan syarikat Firuz untuk 1 projek di Cameron. L dan Firuz mula rapat kembali tetapi hati Firuz asyik teringatkan L. Dia baru sedar bahawa dia telah jatuh cinta pada L. Semasa majlis di rumah L, Tengku Quim terbocorkan siapa L sebenarnya secara tak sengaja. Firuz marah bila dapat tahu L dan Amira adalah orang yang sama lalu tinggalkan L. Firuz rasa dipermainkan L dan membawa diri ke rumah adiknya di Terengganu.
L dipaksa bertunang dengan Tengku Quim oleh ayahnya kerana Firuz mungkir janji dan tidak datang ke rumah L dan mengaku boyfriend olok-olok L. Quim pula bercinta dengan Julia sehingga mereka terlanjur dan Julia mengandung. Pada hari perkahwinan, L tidak mahu bernikah dengan Quim dan diganti oleh Julia. Senangnya ayah Quim tu setuju dengan pernikahan anaknya dengan Julia. L pergi memujuk Firuz di Terengganu dan kahwin. THE END
*3.4/5
hmmmm....
ReplyDeleterasa macam dah banyak kali baca novel dengan plot yang macam ni...
cuma adjust sikit2 je.....
ni ibarat macam hari2 makan nasi putih cuma lauk je berbeza... hahaha
kalau zaman sekolah dulu2, maybe akan bacalah... budak sekolah baru nak up katakan... hehehe..
tapi bila dah tua ni (tua ke?), rasa dah muak...
Mesti menarik isian lengkap novel ini...
ReplyDeleteAssalam nina,
ReplyDeletetittle novel ni iols loike he3
hmpr sm mcm novel hantu punya bos ;-)
ReplyDeleteTajuknya menarik sangat ^-^
ReplyDeletetajuk dah best ... cerita pun macam best :)
ReplyDeletehehehe macam2 laa..
ReplyDeletex boleh baca novel rasa nk tido huhuh
ReplyDeleteWow, superb blog layout! How long have you been blogging for?
ReplyDeleteyou made blogging look easy. The overall look of your web site
is excellent, let alone the content!