Assalamualaikum Readers
ZUS Coffee Sedap Juga! | Disebalik kisah vaksin bapa terpaksa cancel semalam. Geram punya pasal, tanya encik Ahmad nak kopi tak, dia onzzz. Here we go. Lama tak belanja dia. Segan jugak, asal balik jenguk parents lupa sebab dorang sibuk layan cucu. Pilihan menu di ZUS Coffee selain kopi, coklat, kek, roti, sandwich, ada muffin dan spaghetti.
 |
ZUS Gula Melaka (kanan) Nina - RM 8.90 & Spanish Latte (kiri) bapa - RM 10.50
Kedua-duanya signature di ZUS, selepas kacau air, memang sedap, rasa kopi yang tak kaw sangat, not bad |
 |
Packaging pun kemas dan tak menyusahkan customer. Btw ZUS tak macam Starbucks. Semua air dijual dalam size yang sama kecuali kalau dine in |
Branch ZUS Coffee ni baru buka setengah jam dari rumah mak. Anak beranak peminat kopi, ada geng nak cuba. 1st time minum not bad. Worth it 👌👌 Nina tak install apps, kalau tak boleh beli air percuma satu. Sokay, next time repeat dengan hubby pulak. Tunggu order pun sekejap saja, baru duduk dah dipanggil nama.
 |
Comel! |
 |
Biscoff Baked Cheesecake - RM 12.72 . Rasanya sedap! |
Overall, boleh dikatakan sedap walaupun tak cuba semua jenis flavour dan makanan. Boleh diterima tekak rakyat Mesia. Ini brand local bukan international. Dah banyak branch di semenanjung mostly di KL/Sel. Nanti cuba lah.