30 Jun 2021

Beli Cheese Mochi Bun, Nescafe Oat Latte Dan Ramen Di Family Mart

Assalamualaikum Readers


Apa yang best memborong di Family Mart? Syurga makanan tapi yang tak best bila tengok rak kosong. Orang Cina di Penang ni kalau pi FM memang tak teringat orang belakang 🤣🤣 habis borong makanan sedap. Tak kuasa nak pi FM branch lain walaupun dalam satu daerah.


Cheese Mochi Bun - sesuai untuk peminat cheese sebab rasanya keju masin

Nescafe ni sedap bila campur oat. Rasanya light, sesuai untuk orang yang kurang minum kopi

Sosej tu kalau 10 biji baru puas makan hahaha sebab ramen banyak, sedap makan panas-panas. Tak terlalu pedas


Selagi lockdown, memang entri blog ni pomot makanan 🤣 Nina memang lapar bila Harraz kuat menyusu, habis disedutnya zat-zat. Bila dah bekerja ni, kesian bila sampai pintu rumah tercari-cari Nina. Nasib hubby balik kerja awal, boleh melayan anak.

29 Jun 2021

NEW McDonald’s McFlurry Mangga

 Assalamualaikum Readers


NEW McDonald’s McFlurry Mangga | Aiskrim ini menu comeback dari McD tapi Nina tak pernah cuba lagi. Kalau beli McD, wajib ada aiskrim baru onzz 🤭 hang kata nak pantang makan ais tapi tak boleh kan! 🤣 setiap minggu mesti ada satu hari cheat day. Sebenarnya, mangga harumanis kawan MIL poskan dari loqstaq dah habis, itu pasal terorder aiskrim ni 😆


McDonald’s McFlurry Mangga - RM 7.08

Nampak tak krim mangga, isi mangga ada dibawah kena kacau baru sedap




Rasa aiskrim ni sedap dan manis. Ada krim mangga beserta hirisan buah mangga bersama serbuk oreo. Yang penting krim mangga dan buah mangga tu banyak heheh. Maceh McD tak kedekut. Puas makan aiskrim. Yang belum cuba cepat-cepat ke McD.

28 Jun 2021

Happy Birthday Abah (FIL)

Assalamualaikum Readers


Sedihnya bila lockdown sambung tapi memang dah agak. Agaknya lockdown ni sampai tahun depan pun tak habis. Birthday abah (FIL) harini tapi kami celeb hari sabtu sebab semua pi kerja. Yang tinggal di rumah Harraz, SIL bongsu, MIL dan mak tok 😬


Beli kek macam ni lagi bagus dari sebiji. Boleh rasa semua flavour. Ini antara kek Secret Recipe paling sedap

Happy birthday Abah yang ke 54 tahun. Duduk rumah tengok saham dan main dengan cucu. Rezeki Harraz jadi cucu tunggal


Alhamdulillah dapat bapa mertua yang penyayang dan tak berkira. Sayang menantu hehe. Nina bagi hadiah cucu 🤣 Adik-adik kongsi duit beli phone baru. Abah pun dah retired jadi manager Supply Chain di Bousted Penang Shipyard. Tak perlu naik bot setiap hari pi Pulau Jerejak. Kalau musim hujan memang mama risau, ombak kuat.


Fav abah suka makan Nandos. Walaupun Egg Tart hangit tapi sedap. Termonyeh-monyeh (gigih) nak habiskan ayam dan kek

Sorok kek dari Abah. Dah la staf SR cakap kek kena susun sendiri atas board. Pembaziran kotak betul.


Kami order kek dan nandos senyap-senyap sebab mama dan abah pi Giant. Nak beli belon pun kedai tutup 🤦🏻‍♀️ Bila lockdown ni, nak celebrate birthday, anniversary mesti tak perfect. Ala kadar janji setiap tarikh diingati. Sementara masih hidup ni kita raikan sebagai kenangan 💕

27 Jun 2021

McDonalds Pai Keju Yuzu

Assalamualaikum Readers


McDonald’s Pai Keju Yuzu | Sambungan dari ‘sandwich omelette’ ada order aiskrim dan pie baru free delivery. Order McD jimat thru restoran dari FP, GF rupanya dan lebih cepat. Sebagai duta tak rasmi McD, haruslah cuba sebelum kehabisan stok atau season.  


NEW McDonald’s Pai Keju Yuzu - RM 5.19


Janji tak over manis



Rasa pai keju yuzu ni sedap tak terlalu manis, krim keju yang light, tak bau krim keju yang kuat. Yuzu fillings lebih kurang rasa peach. Satu kombinasi yang perfect. Sedap dimakan panas-panas. Kalau belum cuba, order thru website ya.

 

26 Jun 2021

Durian Balik Pulau Sedap!

Assalamualaikum Readers


Durian Balik Pulau Sedap! | Menjadi kebiasaan kalau ke pekan kepala batas mesti singgah borong buah di Kompleks Dato Kailan. Murah dan fresh. Balik dari vaksin, borong buah oren, epal merah & hijau untuk MIL. Belikan anggur (tanpa biji) dan laici untuk mak.


Durian kampung Balik Pulau memang fames di Penang

Laici RM 16 & durian RM 16



Dah sampai rumah mak, buka pintu kereta semerbak bau durian orang jual 🤣 memang kempunan nak makan. Market area rumah Nina hari-hari ada orang jual tapi mahal. Kesian anak mengidam mak belikan sebiji, dorang tak makan sebab baru balik vaksin. Setahun tak makan durian 😂 Teringat SIL no 2 dengan bongsu hantu durian. Bapa belanja 3 biji dalam RM 80 untuk keluarga besannya.



Walaupun kecik isi not bad

Durian balik pulau ni isi kuning, berlemak dan wangi kuat. Hasil pokok atas puncak bukit dan menghadap laut. Bayangkan bawa balik durian ke rumah MIL, nak drive satu seksaan 😂


Walaupun kecik tapi ada 6 ulas durian . Makan 3 ulas saja takut badan Harraz panas lepas menyusu.



Hilang kempunan nak makan, tahun lepas musim durian tengah pregnant takut nak makan. Ada rezeki nak makan tak kemana 🤭 Harap beli durian tak kena cong (tipu) dengan peniaga lah. 


25 Jun 2021

Dos Kedua Vaksin Untuk Parents Selesai

Assalamualaikum Readers


Dos Kedua Vaksin Untuk Parents Selesai | Alhamdulillah semalam parents selamat terima vaksin kedua 🤲🏻 Tiada gejala setakat hari ini. Semoga mereka dilindungi. Nina masih menunggu untuk suntikan 😌 mungkin ibu-ibu menyusu lambat sikit.


Daddy girl! Alhamdulillah sihat walaupun umur dah 73 tahun

Selesai sudah, lindung diri lindung semua

Lama berkurung dalam rumah, belanja selfie satu



Untuk temujanji dos kedua ni, parents boleh masuk awal berdua. Tak ikut masa yang diberikan. Nina hantar dorang masuk pukul 1 pm (sejam awal). Masih tak ramai orang. Masuk pukul 2 pm, berpusu-pusu beratur.



Dapat certificate dah


Sementara menunggu 2 jam setengah sempat la qado tidur 😂😂 itu pun terganggu, kejap bunyi whatsapp bertalu-talu, kejap mak call, hubby call 🤣🤣 dos kedua ni tak dibenarkan makan panadol (sebelum), makan durian (sebelum & selepas). Selesai parents vaksin tak risau sangat. Otw balik hantar dorang, IV kerja thru call, lagi sikit nak sampai roadblock polis 😂 Alhamdulillah rezeki anak, dapat kerja. Semoga dipermudahkan urusan mencari rezeki.

 

24 Jun 2021

McDonald’s Omelette Cheese Sandwich

Assalamualaikum Readers


McDonald’s Omelette Cheese Sandwich Sedap | Hasil dari pembacaan di komen-komen majoriti kata sedap. Jadi ter-order lah bersama set aiskrim dan pie 🤪 Yang tu entri lain. Malas order McD guna FP, lebih baik order terus di website, rider McD yang hantarkan, caj delivery pun mur mur.


New McDonald’s Sandwich Omelette Keju - RM  8.96




Lama tak makan set breakfast. Bila tengok iklan terliur betul. Menari-menari di bibir. Sedap dimakan panas-panas. Keju dikepit bersama telur waduh sedap! Ngap 3 kali sudah habis 🤣 sedap bau cheese dengan telur tu.


Keju diapit telur




Yang belum cuba breakfast terbaru dari McD boleh order ya tapi tak berapa suka kopi pahit. Tak minum pun 😂


23 Jun 2021

Mengidam J.CO Donut And Coffee

Assalamualaikum Readers


Alhamdulillah menuju pantang yang ke 100 hari 😂 pantang makan tu ada yang dah langgar, kekadang minum air sejuk, makan ramen, fast food. Harap nak istiqomah konon memang terlajak makan tak boleh diundur terlajak order boleh cancel 🤣😂


J.Co donut 1 dozen


Betul lah orang kata menyusu anak ni dia punya lapar tu bagaikan tak makan sehari 🤦🏻‍♀️ Dah makan nasi penuh pinggan, nak kudapan pulak. Hari-hari tengok orang share makanan dalam blog, dalam ig. I is kennot 😌 terus jari jemari order donut. Belanja adik-adik ipar pulak. Biar dorang gemok dari Nina 😆

22 Jun 2021

Adalah Normal BCG Bernanah

Assalamualaikum Readers


Adalah Normal BCG Bernanah | Lengan Bayi Akan Bernanah Selepas Suntikan BCG | Alhamdulillah Harraz selesai inject vaksin 3 serangkai (2 bulan) minggu lepas dan tak demam hanya badan panas lepas kerap menyusu terus ok. Boleh refer khasiat susu ibu di buku pink okay mommy to be 😜


Suka buat muncung itik ikut mama dia haha

Nanah di lengan Harraz kena sentiasa lap kering selepas mandi, dalam seminggu dah baik

Bekas BCG dah ada tanda lepas nanah hilang



Dalam 2 minggu lepas bersalin. Maksunya perasan ada nanah di tempat inject BCG, terus whatsapp nurse. Rupanya normal nanti jadilah bekas BCG (Bacillus Calmette-Guerin) di lengan. Ia vaksin untuk penyakit Tuberkulosis (TB). Nanah akan pecah dengan sendiri dan kering begitu saja.


Tak pasti kenapa ambil gambar vaksin baby bulan 3 tahun lepas. Rupanya berguna untuk Harraz

Vaksin 3 serangkai - vaksin baru semua ni


Siapa tak risau baby zaman 2020 ni banyak penyakit dari baby zaman 90’an dan KKM dah sediakan rangkaian vaksin baharu. Alhamdulillah 🤲🏻 Ingat orang dewasa saja nak vaksin covid, baby pun nak jugak 😂🤣 


Luka cucuk BCG akan hilang selepas minggu ke 12

Cara jaga tempat cucuk vaksin BCG


Buat parents boleh research vaksin-vaksin yang dicucuk pada anak. Setakat ini Harraz kalau kena inject menangis kejap lepas tu boleh senyum. Dah lali dengan injection 💪🏼👶🏻 Semoga membesar dengan sihat. Aaminn


Segmen Blogwalking Dan Pencarian Bloglist


 

Meh ramai-ramai join segmen. Nina dapat jemputan dari tuan blog. Syarat-syarat pun mudah. Klik banner untuk join.


21 Jun 2021

Starbucks Green Tea Latte

 Assalamualaikum Readers


Starbucks Green Tea Latte | Semalam tengok apps starbucks ada duit maka lepas pi pos surat terus singgah beli air sebab teringin green tea latte 🤭 Dah puas minum maka lepas dah hajat.


Green Tea Latte always my fav! Amoi tulis Lina pulak 🤦🏻‍♀️ RM 15.90

Siapa tak suka green tea mesti tak nak cuba

Green tea latte sil belanja (tukar kepada oat milk pun sedap)

Petang pula tengah mandi, SIL jerit panggil nama, rupanya keluar pi starbucks. Belanja Nina air yang sama 😂 bergelen green tea dalam perut. Minum sikit selebihnya bagi MIL habiskan. Rasa perut tak selesa minum air teh hijau dalam amount yang banyak. Itulah ceritanya dah beli air lepas tu orang belanja air. 



Pencarian Bloglist Setengah Tahun 2021

 


Meh join segmen pencarian bloglist blog Syamimi. Support Mimi yang tengah mencari bloglist baru untuk blognya. Syarat-syarat pun mudah 😊 Klik banner untuk join. Tarikh tamat pada 25 Jun 2021.


SEGMEN : JOM REFRESH BLOGLIST


Meh ramai-ramai sertai segmen sempena bulan kelahiran blogger Nieza adakan segmen ini. Klik banner untuk join. 




Selamat hari lahir Nieza ❤️‍🔥 Semoga panjang umur, murah rezeki dan dalam lindungan Allah sentiasa. Aamin. Stay safe.

20 Jun 2021

Tong Garden Nutrione Baked Nuts And Fruit Medley

Assalamualaikum Readers


Tong Garden Nutrione Baked Nuts & Fruit Medley Sedap| Sejak pregnant memang suka mengunyah kekacang ni. Banyak khasiat untuk baby. Hubby suruh makan kismis dan pistachio, nanti anak cerdik 😂 Sebenarnya dalam satu pakej ni complete makanan sunnah.


Order dalam Pandamart - RM 9.50

Kismis, gajus, kacang cerdik, badam & buah tin


Dah habis pantang pun masih makan sebab Harraz cukup suka nenen (makanan mempengaruhi susu ibu). Baru 2 bulan, cerdik bukan main, mama yang penat anakku 😆 


Kekacang ni sedap dikunyah dan protein untuk badan. Orang kata minyak dalam badam tu buat awet muda. Paling best sebab ada buah tin, tak perlu dah nak pi cari yang raw time lockdown ni nak pi kebun buah tin pun tak boleh.


19 Jun 2021

Viral Buat Bodoh-Bodoh Prof Dr Muhaya

Assalamualaikum Readers


Viral Buat Bodoh-Bodoh Prof Dr Muhaya | Minggu lepas netizen marah prof sampai kena buat permohonan maaf dan kena explain erti ‘buat bodoh-bodoh baru dapat jodoh’ 😂 Kita sebagai perempuan kena pandai dan jangan jadi bodoh sebab lelaki tak kira dalam fasa couple, tunang atau kahwin.






Kahwin ni kita pertaruhkan masa depan tapi ingat jodoh itu Allah dah aturkan. Kalau dulu isi minyak kereta buat sendiri dah kahwin semua hubby buat, buka penutup botol minta hubby buka dan macam-macam lagi. Itu maksud bodoh-bodoh yang Nina tahu 🤭🤣 masa single semua buat sendiri, independent 💪🏼


Rasanya ni kategori apa? Haha


Walaupun bab isi borang hubby boleh buat contoh daftar borang nikah, daftar kelahiran anak tapi dia tetap buat ‘bodoh-bodoh’ suruh Nina buat 🙄🤪 tak perlu nak melenting. Fikir-fikir lah sendiri maksud yang prof Muhaya cakapkan tu.


Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com