18 Jun 2021

Selamat Ulang Tahun Perkahwinan Yang Pertama

Assalamualaikum Readers


Pejam celik dah setahun berumahtangga. Tak celebrate, tunggu birthday bulan depan celeb sekali. Cuma FIL perapkan daging dan harini Nina buat daging harimau menangis 🤭 Hubby kerja maka tinggal seketul Harraz Naufal yang kejap bangun ajak main, bersembang, kejap tidoq, kejap nak susu 😆 




Walaupun dah masuk setahun, kami dah adapt dalam rumah tangga tapi kekadang suka argue, gadoh (jadi habit) mesti salah sorang akan cari pasal 🤪 Lepas tu baik, manja ketaik (orang utara kata manja sangat)



Kalau dulu boleh dating sebelum pandemic, kerap selfie sekarang nak spent time berdua pun tak boleh 😌 Sembang sebelum tidur dan pastikan budak kecik tu dah benar-benar pengsan. Semoga Nina dan hubby tabah dan sabar dalam melayari rumahtangga dan membesarkan anak. Tahun pertama, kedua dan ketiga memang akan banyak dugaan dan air mata. 


28 comments:

  1. hepi 1st anniversary utk Nina & hunny :)
    semoga kekal bahgia hingga hjung nyawa

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah…Happy Anniversary Nina & suami 💐
    Berbeza pendapat dan gaduh manja…itulah rencah rumahtangga, barulah ceria. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ujie : terima kasih akak 🌹 betul kalau tak gadoh mcm tak lengkap hehe

      Delete
  3. Happy anniversary. Terpaksa la sambut 1st anniversary kat rumah.

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah. Murah rezeki Nina dan suami dapat anak awal. Semoga bahagia sampai ke Jannah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salbiah : alhamdulillah terima kasih sally 🤭

      Delete
  5. Selamat menyambut ulang tahun perkahwinan. Semoga terus berbahagia hingga ke anak cucu.. Biasalah dalam berkeluarga ada pahit manisnya, hadapinya dengan penuh tabah. Anggap semua itu ujian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fairus : terima kasih di atas ucapan. In shaa Allah akan terus bersabar dan tabah dalam berumahtangga

      Delete
  6. Selamat ulang tahun perkahwinan.Semoga bahagia kekal ke jannah❤

    ReplyDelete
  7. Tahniah..happy anniversary..

    ReplyDelete
  8. Happy Anniversary Nina..
    Hehe. Manja ketaik.. Dapat belajar ayat baru hari ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Naniey : Terima kasih. Hehe boleh guna nanti

      Delete
  9. Alhamdulillah..Happy first anniversary Nina dan husband. Semoga terus bahagia sampai syurga. Aaminn..

    ReplyDelete
  10. semoga berbahagia ke anak cucu, nina.
    lagi 2 bulan, ulangtahun perkahwinan aida ke 18, in shaa Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aida : terima kasih. Aaminn insha allah jika diizinkan Allah

      Delete
  11. Happy Anniversary Nina.. Semoga hubungan dan ikatan yang terjalin kekal hingga ke Jannah.. Sha doakan semoga Allah merahmati Nina sekeluarga.. Aamiin..

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com