30 May 2013

Ambil Lesen Memandu

Assalammualaikum.


Rasa harini paling letih dalam hidup. Alasan saja tu semua, macam la sebelum nie aku tak pernah letih teruk. Apa pun sekarang aku dah jadi student semula. Student yang memburu sekeping kad. Kad tu kalau sekali tunjuk kat abang JPJ atau abang Polis mesti lepas sambil kenyit mata. Boleh macam tu? Hehehee..
Jangan main-main kat penang abang-abang JPJ dengan Polis hensem-hensem tau. Terkenang peristiwa dikacau abang polis masa raya tahun 2012. Amboii, punya gatai, tahan mintak no fon bukan tahan mintak lesen. Cehh! Tak pasal-pasal dok fall in love tepi jalan pulak. Ohh bukan begitu niat aku tapi sedih sebenarnya tengok kawan-kawan sebaya dah cekap drive ke sana ke sini, tak payah tampal sticker P sedangkan aku baru terhegeh-hegeh belajar T___T. Sadisnya hidup, ini semua ayah punya keja. Kononnya sayangkan anak sampai tak bagi aku amek sebarang lesen. But, mak tetap jadi tukang backup. Lepas nie bila dah ada lesen, dah tak susahkan sesapa pun kalau nak kemana. Huuu ayat touching nie.



Mesti orang seberang perai tau driving school nie. Sebelah kanan litar moto, Ambil Lesen Memandu untuk kereta. Klik gambar ke website I.D.I



Harap-harap kelas latihan amali tak jadi mimpi ngeri buat aku. Seumur hidup tak pernah bawak manual. Kali nie mesti berebut cikgu Mama tu. Mama tu nampak baik, mesti tak garang. Banyak orang suka booking dia. Malangnya harini, lepas balik dari driving school. Aku kena balik naik bas. Ayah tak dapat amek. Huu.. Sampai di stesen bas, sambil jalan tu sambil pandang tempat aku dengan Mr. S makan buat kali pertama. Tempat kami duduk ada sepasang kekasih tengah makan, itu sebab mata tak tengok jalan sampai kaki terpelecok jatuh ke tanah. Aku dah tak tengok orang, terus bangun buat taktau walaupun ada budak lelaki panggil "Adik". Malunya tapi apa boleh buat kaki aku sakit. Siap kena kacau dengan orang gila kat KTM :( Sampai ke rumah terus sapu minyak gamat. Kalau lambat sapu minyak mesti kaki aku dah bengkak sekarang nie.


Semoga urusan berjalan dengan lancar. Kali nie kena buat betul-betul untuk dapat lesen kereta. Alahai esok ada keja pulak di Kedah. Kaki sakit pun kena pegi jugak, baju pun tak packing lagi. Bw korang nanti eh selepas 2 hari. Nak layan Saya Sebenarnya Isteri Dia episode 7. Minggu lepas miss, esok pun miss jugak rasanya. Tata ~~


p/s: Kejapnya masa berlalu 15.5.2012-15.5.2013, dah cukup setahun rupanya berkenalan :)

Dah banyak kenangan dalam berkawan...

29 May 2013

Souvenir From Vietnam

Assalammualaikum.


Baru harinie dapat tengok souvenir dari Vietnam yang dikirimkan oleh pak ngah semasa dia singgah pada hari pendaftaran kazen aku di Matrik Selangor aritu. Rupanya ada ole-ole untuk kami. Selalunya kalau mereka pergi bercuti atau ada kerja di dalam atau luar negara memang wajib belikan something untuk saudara mara. Alhamdulillah bertambah rezeki bila jiran beri coklat dari Langkawi untuk aku dan mak jang belikan pulak tudung dari Banting. Sejak aku start pakai tudung, dia rajin belikan bermacam jenis tudung. Hehee.. penuh koleksi dalam almari. Nampak gayanya tahun nie mak tak payah beli baju kurung sebab kain sutera Vietnam dah ada. Dompet tu aku sayang nak pakai. Simpan buat pekasam jelah :)








Tengs Syafiq ! Teringat toblerone yg aku belikan di Langkawi tahun lepas lettew.

28 May 2013

Amanina Ahmad Itu Isteri Orang

Assalammualaikum.


Selamat malam semua, alhamdulillah malam nie sejuk sikit. Hujan rahmat turun. Dah lama tak hujan. Jangan terkejut bila baca entry nie sebab pengantin ini bukan lah tuan blog tetapi kembar yang berkongsi nama dan kami ada iras-iras. Memandangkan harini nina janji nak upload gambar wedding dia di fb jadi aku boleh publish entry nie. Hehee. Oke, ahad lepas kenduri kembar aku di Changkat Jering, Taiping. Dia jemput tapi sayangnya aku tak dapat pegi memandangkan kenduri kawen kawan skolah. Semoga bahagia sehingga ke akhir hayat. Kenduri kawennya sangat simple dan dibuat ala kampung. Mesti meriahkan. Dapat tengok gambar pun jadi lah. Jom tengok gambar Amanina Ahmad bersama hubby. Wedding dengan tema merah biji saga. Hehee. Maaf cilok dari fb dia  ^____^






Selamat Pengantin Baru
Amanina & Shaquef 

* Tuan blog lambat lagi. Hehehe
Klik sini "Story Part 1"

26 May 2013

Selamat Pengantin Baru Azah

Assalammualaikum.


Bulan nie banyak betol orang jemput makan kenduri kan. Kat rumah kad kawen dah bermacam kaler dan mak boleh pulak buat list makan nasi minyak mengikut tarikh. Hahaa. Biasanya kalau time cuti skolah mesti time tu menjadi musim orang kawen. Masjid kat rumah selalu jadi tempat orang akad nikah sampai pasangan pengantin lebih dari 2. Semoga tok kadi sihat walafiat kerana besar tanggungjawab nak nikahkan ramai orang serentak dalam 1 hari. Aku jugak tak terkecuali makan kenduri, malangnya kenduri kembar aku di Changkat Jering tak dapat pegi. Sob.. sob.



Dari tengahari sampai ke petang hanya habiskan masa berjalan. Walaupun kenduri kawan skolah aku tu still dalam Penang tapi jarak rumahnya dengan rumah aku tersangat la jauh. Dalam sejam lebih baru sampai. Harini bermulanya penggembaraan 2 orang gadis menjejaki rumah pengantin beratus kilometer. Seyes jauh sebab sebelum tu banyak tempat yang kami singgah. Cik Tinie menjemput dirumah bersama Damia (anak kazen dia). Lepas tu hantar budak tu balik ke Lunas. Bayangkan kami taktau jalan nak ke Kuala Muda. Berhenti di simpang 3, tengok signboard Lunas-Kulim-Padang Serai-Butterworth. Nak pilih mana 1 pun tak pasti. Kesiankan kalau blurr di tengah jalan.


Kuala Muda, here we come !



Sesampainya di Padang Serai, nampak signboard sama jugak. Last-last baru makcik tu nak tengok GPS guna fon dia. Memang seronok menghabiskan minyak T___T. Dengan GPS, baru nampak signboard Tasek Gelugor. Itu tandanya aku dah tau jalan sampai ke tempat praktikal. Ngeh..ngeh. GPS tu pandai tunjuk jalan short cut. Tengok sepanjang jalan sawah padi yang menghijau. Cantik viewnya :)


Kampung Bakau Tua & Pasir Gebu? Haaa


Tak sangka masuk kampung jumpa signboard nama unik. Seronok berjalan tengok suasana kampung. Maklum la aku dah terlalu jauh dari rumah. Masuk daerah lain jadi agak jakun sikit. Betol tak tipu. Dalam perjalanan tu boleh lagi menjerit, 2 kali nampak bangkai biawak mati tengah jalan. Sempat jugak sembang pasal kawan aku nie. Sebelum dia dengan hubby kawen, mereka pernah putus tunang. Itu lumrah dan jodoh mereka tetap ada.


Yaya & Tinie.. Pinky ladies


Bila sampai rumah pengantin, aku sedar betapa jauhnya dia ulang-alik rumah dengan skolah dulu. Bapak jauh sangat, Butterworth-Kuala Muda. Sanggup skolah jauh-jauh. Yang penting dapat jumpa pengantin. Dari skolah sampai sekarang tak berubah. Still mantain kecil molek. Dah macam reunion walaupun ada kawan yang dah balik. Jom tengok gambaq gedik sampai muntah. Maaf terlebih banyak daripada biasa.


Meqelit muka kena matahari.. sunburn la tu

Ini tengah buat iklan pencerahan Fair & Lovely..  cerah, sederhana dan gelap. Mengong mamy

Eh..eh kami lagi


Maaf tak dapat nak bersanding atas pelamin. Kawan aku takda majlis bersanding cuma makan beradab saja. Jadi anak-anak gadis, mak gadis kena tertonggek atas katil pengantin. Kesian, katil pengantin dipijak-pijak. Haha. It's oke janji happening dan pengantin sporting.


Atotot sweetnya

Senyum kambing tak ikhlas

Candid !


Selamat pengantin Baru 
Azah & Ony




Layan disebalik tabir.. video sweet like candy


25 May 2013

Gambar Perkahwinan Blogger Lynda Roslan Dan Aizul Marcello

Assalammualaikum.


Selamat malam semua, ada yang dah tidur ke? Selamat dibuai mimpi ya, malang bagi aku keadaan rumah riuh dengan lagu joget lambak India. APTB ! Memang bising dan cannot do anything melainkan kejap lagi tidur pakai earphone :)


Malam nie nak share gambar majlis perkahwinan blogger dan blogger. Siapa Lynda Roslan dan Aizul Marcello nie? Mereka ialah pasangan abang dan kakak ipar kepada blogger Irine Nadia Marcello. Tahniah diucapkan kepada lynda yang sah bergelar isteri pada hujung minggu lepas. Bertuah sungguh blogger Aizul kerana mendapat isteri yang bukan cantik tetapi seorang pelakon dan model tudung. 






Lynda Roslan, lawa tak lawa tak?? memang cantikkan. Suka tengok dia jadi model tudung Radiusite. Dia juga seorang blogger kalau nak tau dan selalu menghiasi majalah Dara.com
Kalau perasan dia pernah berlakon dalam Adnan Sempit 3, aku tak tengok lagi movie tu. Haha.. Lynda mungkin bakal mengikut jejak langkah Hanis Zalikha. Lynda atau nama sebenarnya Siti Maslinda Roslan, 24 merupakan anak ke 2 daripada 5 beradik dan pemegang Ijazah Sarjana Muda dalam jurusan Seni Bina Landskap, UiTM Shah Alam





Pasangan nie lebih kurang macam blogger Maria Elena dengan adik iparnya Fatin Liyana. Semua dari family blogger. Semua sepadan dan mungkin jodoh blogger bertemu blogger. Aizul dan Lynda berkenalan semasa majlis perkahwinan Irine lagi. Memang tak disangka. Lepas nie ada lagikah blogger berkahwin dengan blogger?? Tunggu dan lihat. Mesti ohsem ! Mata pun dah ngantok nie. Selamat malam readers ^___^

23 May 2013

Baucer Buku Terakhir

Assalammualaikum.


Tak tau macam mana nak mulakan. Maaf kalau takda masa nak bw semalam, banyak keja yang kena selesaikan. Walau penat tapi hati rasa puas dan bersyukur. But why? Oke, firstly let me tell.. acece ter-engelish pulak :P  Semalam aku tolong packingkan barang-barang budak tu, bersedekah dan membelanjakan baucer buku habis-habisan maknanya itu last baucer buat student final year macam aku nie. Selamat membelanjakan baki baucer RM 150. Keluar shopping barang-barang untuk anak buah yang akan jadi budak matrik Selangor pada 27 Mei nie. Tahniah diucapkan, tak pernah berpisah dengan keluarga last-last pisah jauh terus. Harap-harap dia boleh berdikari. Itu lumrah student, memang wajib buat sendiri semua perkara. Selamat bermain dengan kalkulator ya selama setahun :) Tahniah juga buat adik ipar Myra J di matrik Johor.




Sebenarnya banyak barang yang dapat dibeli guna baucer macam buku ulangkaji PMR dan buku latihan, pen, kamus dan buku novel 4 buah lagi buat aku. Jadi tak rugi kalau aku guna sorang. Lepas tu luggage pulak rosak jadi mak cakap bagi terus jelah luggage aku sebab kat rumah ada 2. Simpan beg banyak-banyak pun tak guna. Beg galas ala skolah pun aku sedekahkan. Nanti senang nak balik raya boleh letak lappy. Yang penting dapat jimatkan duit, tak membazir.


Muntah hijau baca buku novel 7 buah nanti c(: Resit panjang gila dan dapat kad baru, baucer rm 10


Bagi aku, tak perlu nak kedekut nak berkira sangat sedangkan my mak njang dah beli macam-macam kat aku dari kecik sampai masuk study dulu. Jadi tiada istilah mengungkit cuma ini saja cara nak menolong. Patut la hati aku rasa sayang sangat nak perabiskan baucer tu kat ipoh dan hati nak sangat beli luggage kat Langkawi aritu walaupun banyak barang aku kena angkut masuk feri. Semuanya bersebab rupanya. Ini rezeki buat atin :) 


PPG Pacific Megamall Prai


Rasanya part paling bangang bila pilih baju kat budak 10 tahun tu. Dia cakap kat aku nak pi tengok baju PPG. Haa apa tu PPG?? Bongokkan bila jadi orang tua nie. Rupanya dia nak baju PowerPuff Girls. Yelah mana aku tau PPG tu apa. Haihh.. budak-budak sekarang dah maju sama macam orang dewasa. Budak-budak pun dah guna short form short cut segala bagai. Pening lalat jadinya. Itu sajalah cerita untuk hari ini.

22 May 2013

Contoh Kek Pelik

Assalammualaikum.


Selamat pagi eh dah tengahari rupanya. Matahari dah menegak atas kepala. Patut perut aku berkeroncong mintak makan. Sementara menunggu makanan siap dimasak, dapat online kejap dan publish entry nie. Jadi jom layan gambar kek yang unik dan pelik. Agak-agak ada orang nak makan tak? Herher..


#1

#2

#3

#4

#5

#6

21 May 2013

11 Things About Me

Assalammualaikum.


Pagi nie agak rajin nak update blog kejap memandangkan subuh tadi bangun untuk bersahur. Harini tuan blog ganti puasa. Lagi 2 hari tapi baru sekarang free nak gantikan. Oke la, tanpa buang masa *acece. Nak jawab soalan-soalan yang ditag oleh cik Uni Meowmeow. Selama ni tengok blogger-blogger kena tag. Seronok gak baca pasal peribadi masing-masing. Last-last aku kena tag jugak. Hehehe..



11 Things About Me




Syarat2:
- Kena post peraturan ni.
- Tulis 11 perkara tentang diri anda.
- Jawab soalan2 yang ditag, jawab jangan tak jawab.
- Buat 11 soalan baru untuk orang yang bakal anda tag pula.
- Pilih 11 blogger untuk di tag dan buat link diorang kat post anda.
- Tak dibenarkan tag balik! wee ~~


Soalan daripada nina:

1. Paling suka makan apa?
2. Mana lagi best FB, Twitter, Blog?
3. Lahir tahun berapa?
4. Suka lelaki taff atau berisi? (soalan cepumas. *tingtong)
5. Pandai menganyam ketupat?
6. Anak yang ke berapa dalam keluarga?
7. Apa tema/kaler baju raya tahun ni?
8. Nama manja?
9. Paling takut kena gigit apa?
10. Pandai main batu seremban? Haa..
11. Nama penuh apa?


Bila dah jawab habis kena tag orang pulak.. Herher. Jadi nak tag SKA, Anies, Khairul, Nabihah, Alea, Hafizah, EtuzaReen, Condoriano, Wawa, BudakCute, Lily. Bak kata cik meow, benda nie suka-suka dan tiada paksaan kalau tak nak join ^_____^

20 May 2013

Final Year Hangout

Assalammualaikum.


Kali nie entry agak panjang daripada biasa. Harap tak letih membaca. Maklum la aku dah malas nak story banyak-banyak cuma gabung menjadi 3 in 1. Haa jimat masa.. Bermulanya alkisah dalam hidup dan jumaat, 17 Jun 2013 tamat sudah bergelar pelajar jurusan Multimedia. Hari presentation yang jatuh pada hari mulia dan Alhamdulillah semua berjalan lancar dan tak perlu menunggu giliran terlalu lama. Aku present sorang dan tak present bersama "mereka". Yelah, malas nak story tapi dapat nama "kerek" but it's oke sorang lagi senang dan sangat gembira segala penat lelah menyiapkan report setebal 53 m/s akhirnya berbaloi. Semua menceritakan tugasan yang dibuat semasa LI. Dalam hati terdetik juga "Eh, asal report orang lain tak tebal macam aku pun, eh biar la janji lecturer sporting". Sedihnya kad matrix kena pulangkan semula. Terima kasih kepada Wawa dan Izzuan sudi teman. Jumpa konvo nanti.



Finally ! Freedom ! Seronok ! 
After this no need to see the annoying faces. Lol !


Jadi petang tu setelah selesai bala.. Ini semua bala berkaitan yuran dan ATM yang telan duit, selepas 2 hari pegawai col mak dan cakap duit dah bank in akaun aku. Terima kasih ye ayah sebab bagi anakmu duit ganti untuk bayar yuran. Maka MERDEKA dan tak payah ingat buku lagi. Haha.. kejamnya. Alang-alang dah dapat baucer buku lepas present, maka beramai-ramai menghabiskan baucer di Popular, Aeon Station 18, Ipoh. Kami ber 3 showping dan hangout together-gether sebelum berpisah. Cewahh, ayat gedik dah mai. Tahun depan tak dapat nak merasa baucer buku cuma dapat guna kad diskaun je :(


Alhamdulillah.. RM 250

3 buah novel tangkap jiwang melelah, 5 batang pen, sebuah buku masakan, 
buku kaler & tabung

  
Setelah berjam-jam duduk di Popular mencari novel yang berkenan di hati akhirnya dapat novel-novel yang dikatakan laris especially Saya Sebenarnya Isteri Dia. Mesti ramai blogger dah baca habis buku tu tinggal aku baru terhegeh-hegeh nak baca. Buku masakan tu kiranya nak belajar memasak, kita tengok aku rajin ke tak. Pen cuma 5 je sebab dah tak jadi student, tabung dan buku kaler tu kena ambil untuk cukupkan RM 100. Ngeh..ngeh. Adakah tabung tu penuh menjelang raya. Buku kaler tu beli kat adik sepupu. Jangan lekat sticker kat kucing sudah ye dik. Nina sayang kucing parsi tu. 


Oke back to story, dah habis beli buku singgah kejap Each A Cup, hilangkan dahaga. Time tu aku fly beli hadiah cup kek kat Wawa. Walaupun bufday dia 26 April lepas, baru sekarang dapat bagi hadiah dan tak lupa juga kepada blogger Ayu yang menyambut bufday pada 14 Mei aritu. Tengok sini


Happy Birthday to Farah Wahida, 21 & Noor Alina Ayu, 24

Ini bukan sebarang cup cake.. Ia sangat wangi.
*Ini cup kek tipu tau


Sebelum balik ke rumah Wawa, sambung berfoya-foya kat taman depan mall. Mentang-mentang haritu orang tak ramai jadi mengambil kesempatan untuk terbang. Haa.. jangan tertipu memang buat-buat terbang.


I'm fly :)

Wawa & Nini



Malamnya pula sebelum start menonton Saya Sebenarnya Isteri Dia.. Sempat pegi beli burger bakar bawa balik rumah. Serius besar gedabak, kira murah dengan harga RM 8.50. Makan tak habis. Hilang kempunan suda. Kehkeh..




19 May 2013

Ole-Ole Dari Yogyakarta

Assalammualaikum.


Hyep, sebenarnya tak tau nak cakap macam mana tapi entry nie khas buat mereka berdua. Selama ini kami cuma berhubung di dunia maya bukannya dunia nyata tetapi aku rasa mereka baik sangat walaupun tak pernah jumpa, tak pernah bersua muka, berbual atau pun mendengar suara kecuali Elie, sempat jugak tengok video dia kat Korea. Apa pun nina nak ucapkan terima kasih sangat-sangat kat Kak Lisa dan Elie kerana mereka susah payah poskan barang dan kad jemputan kat nina. Dah la masing-masing duduk jauh-jauh. Hehe.


Buat kak Lisa

Terima kasih ye susah-susah poskan hadiah nie. Pulak tu kak
sabar tunggu nina emailkan alamat. Maaf sebab ambil masa lama
sangat nak bagi email. Time tu tengah busy dengan report.
Semoga ikatan ukhwah tak terputus ya. Sayang nak guna FM ni :)


Penghargaan buat Top Commenters :)
Cerita selebihnya di sini


Buat Elie

Terima kasih juga poskan kad jemputan kawen kakak elie tu.
Tahniah diucapkan.. Minta maaf sangat sebab nina tak dapat datang.
Harap Elie tak kecil hati ya. In Shaa Allah kenduri Elie..
Mesti datang.. Hehe

Umur panjang boleh jumpa time nina konvo nanti ya.
Elie Fibreze

Putrajaya.. Bandar Taman, Bandar Bestari

Assalammualaikum.


Hyep, ye malam nie tiba masanya untuk publish story lepas-lepas. Eh tak basi lagi, biasanya kalau ada lappy tak kira dimana mesti tengok blog tapi 3 hari tak tengok blog aku rasa bagaikan 3 tahun. Oke, tipu. Hari khamis aritu sampai Ipoh ingatkan boleh rehat-rehat ke, lepak-lepak ke tapi sekali berjalan sakan sampai ke selatan. Berapa ribu batu kilometer la. Walaupun penat tapi excited punya pasal, penat tolak ke tepi. Haha. Tujuan utama datang Putrajaya bukannya apa, cuma teman mak angkat pegi Bangunan JPA untuk urusan pencen. Lepas tu apa lagi, jalan-jalan cuci mata sebelum balik semula ke Ipoh memandangkan pagi jumaat tu aku ada presentation LI. 


Gunakan terowong SMART memang tak jammed
Nampak tak style sengih aku ni..haha



Walaupun tak sempat nak singgah taman botani makan otak-otaknya tapi tak apa la tunggu bulan 10. Aku tawan lagi PICC.. kehkeh. Masuk kali ni dah 3 kali ke sana, seronok jugak ada mak saudara tinggal kat Presint 9. Boleh stay lama-lama sambil mengagumi reka bentuk bangunan kat sana. Seyes rasa sangat seronok dapat snap gambar guna baby nipon aku nie. Patut berbangga dengan Wilayah Persekutuan nie sebab ia hasil idea Tun Mahathir dan juga menjadi tempat pelancongan. Balik pulak dalam keadaan nak tercabut nyawa hingga tertweetnya begini:






Nak tau sejarahnya..


Wilayah Persekutuan Putrajaya ialah pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan 
menggantikan Kuala Lumpur pada 1999. Ia adalah wilayah Persekutuan ke 3 selepas
KL dan Labuan. Dari sebuah tempat terpencil yang dikenali Prang Besar, kawasan ini
membangun mulai 12 Oktober 1994. Berbanding dengan Kuala Lumpur, sebuah bandar
tinggalan penjajah, Putrajaya dibangunkan oleh anak bangsa sendiri dengan bercirikan budaya
tempatan. Ia akan menjadi bandar setanding dengan Tokyo dan Yokohama. 


Putrajaya Holdings Sdn Bhd adalah pemaju utama dan pemegang-pemegang sahamnya 
adalah Petroliam Nasional Berhad (Petronas), Khazanah Nasional Berhad dan
Kumpulan Wang Amanah Negara. Bagi pelancong asing yang melawat Putrajaya, ia
seakan-akan Washington di US, Canberra di Australia dan Brasilia di Brazil.
Senibina mengingatkan kita kepada Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj,
Perdana Menter Malaysia yang pertama. 




p/s: suka subjek Sejarah.. SPM dapat B+ dan Pengajian Malaysia A.. Fuhh
Selamat Hari Guru buat guru dan lecturer aku. Sob..sob
Teringat time skola, tak siap latihan dia cubit pusat.. huhu

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com