26 May 2013

Selamat Pengantin Baru Azah

Assalammualaikum.


Bulan nie banyak betol orang jemput makan kenduri kan. Kat rumah kad kawen dah bermacam kaler dan mak boleh pulak buat list makan nasi minyak mengikut tarikh. Hahaa. Biasanya kalau time cuti skolah mesti time tu menjadi musim orang kawen. Masjid kat rumah selalu jadi tempat orang akad nikah sampai pasangan pengantin lebih dari 2. Semoga tok kadi sihat walafiat kerana besar tanggungjawab nak nikahkan ramai orang serentak dalam 1 hari. Aku jugak tak terkecuali makan kenduri, malangnya kenduri kembar aku di Changkat Jering tak dapat pegi. Sob.. sob.



Dari tengahari sampai ke petang hanya habiskan masa berjalan. Walaupun kenduri kawan skolah aku tu still dalam Penang tapi jarak rumahnya dengan rumah aku tersangat la jauh. Dalam sejam lebih baru sampai. Harini bermulanya penggembaraan 2 orang gadis menjejaki rumah pengantin beratus kilometer. Seyes jauh sebab sebelum tu banyak tempat yang kami singgah. Cik Tinie menjemput dirumah bersama Damia (anak kazen dia). Lepas tu hantar budak tu balik ke Lunas. Bayangkan kami taktau jalan nak ke Kuala Muda. Berhenti di simpang 3, tengok signboard Lunas-Kulim-Padang Serai-Butterworth. Nak pilih mana 1 pun tak pasti. Kesiankan kalau blurr di tengah jalan.


Kuala Muda, here we come !



Sesampainya di Padang Serai, nampak signboard sama jugak. Last-last baru makcik tu nak tengok GPS guna fon dia. Memang seronok menghabiskan minyak T___T. Dengan GPS, baru nampak signboard Tasek Gelugor. Itu tandanya aku dah tau jalan sampai ke tempat praktikal. Ngeh..ngeh. GPS tu pandai tunjuk jalan short cut. Tengok sepanjang jalan sawah padi yang menghijau. Cantik viewnya :)


Kampung Bakau Tua & Pasir Gebu? Haaa


Tak sangka masuk kampung jumpa signboard nama unik. Seronok berjalan tengok suasana kampung. Maklum la aku dah terlalu jauh dari rumah. Masuk daerah lain jadi agak jakun sikit. Betol tak tipu. Dalam perjalanan tu boleh lagi menjerit, 2 kali nampak bangkai biawak mati tengah jalan. Sempat jugak sembang pasal kawan aku nie. Sebelum dia dengan hubby kawen, mereka pernah putus tunang. Itu lumrah dan jodoh mereka tetap ada.


Yaya & Tinie.. Pinky ladies


Bila sampai rumah pengantin, aku sedar betapa jauhnya dia ulang-alik rumah dengan skolah dulu. Bapak jauh sangat, Butterworth-Kuala Muda. Sanggup skolah jauh-jauh. Yang penting dapat jumpa pengantin. Dari skolah sampai sekarang tak berubah. Still mantain kecil molek. Dah macam reunion walaupun ada kawan yang dah balik. Jom tengok gambaq gedik sampai muntah. Maaf terlebih banyak daripada biasa.


Meqelit muka kena matahari.. sunburn la tu

Ini tengah buat iklan pencerahan Fair & Lovely..  cerah, sederhana dan gelap. Mengong mamy

Eh..eh kami lagi


Maaf tak dapat nak bersanding atas pelamin. Kawan aku takda majlis bersanding cuma makan beradab saja. Jadi anak-anak gadis, mak gadis kena tertonggek atas katil pengantin. Kesian, katil pengantin dipijak-pijak. Haha. It's oke janji happening dan pengantin sporting.


Atotot sweetnya

Senyum kambing tak ikhlas

Candid !


Selamat pengantin Baru 
Azah & Ony




Layan disebalik tabir.. video sweet like candy


33 comments:

  1. selamat pengantin baru..kahwin muda..warna biru.. hehe ^^ moga berkekalan

    ReplyDelete
  2. memang skrg byk jemputan kawen. musim cuti. biaselah kn? hihi.

    ReplyDelete
  3. Cantikkk baju pengantin. Gabungan warna tu naik serinya. Hihi. Btw. Selamat pengantin baru buat pasangan ini

    ReplyDelete
  4. sweet kwn2 nina nie..pengantin lagilah sweet..selamat pengantin baru utk diorang..semoga bahagia ke akhir hayat..

    ReplyDelete
  5. hu3..best tol dpat jalan2 mkan knduri =) bgus btol xbersnding..smple je..lg dberkati majlis tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehee..memang best makan angin sambil makan kenduri =)
      Yelah bersanding pun cost bertambah..huhu

      Delete
  6. Musim cuti sek nie byk knduri kawen kan, mggu dpn ade 6 mjlis..x taw nk g mne satu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yelah.. wahh banyaknya majlis. kena buat list tu. hehe

      Delete
  7. Ramai yg dah ambil pendekatan tak nak bersanding, selain berjimat bukan juga tuntutan... meriah juga kakak tengok:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehee.. ikut keperluan tp yg penting akadnya kan kak :)

      Delete
  8. jauh mengembara makan kenduri. takpa la bukan selalu..bermusim ja ni. bakau tua, pasir gebu..semua jalan menuju kuala muda. truely kampong. akak pun tak pandai jalan belah sana..selalu pi main cerodong ja, tapi sampai la..alhamdulillah.

    selamat pengantin baru buat pasangan mempelai..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehee.. jauh perjalanan luas pengalaman. kalau selalu jenuh jgk..
      Harapkan GPS, kalau ikut signboard memang tak sampai.
      Jauhnya kak pi main smpai sana. Alhamdulillah.

      Delete
  9. suka tgk pengantin...sempoi je...
    btw SELAMAT PENGANTIN BARU AZAH & ONY!

    ReplyDelete
  10. wah bestnyer...selamat pengantin baru buat kedua mempelai..

    ReplyDelete
  11. selamat pengantin buat pasangan , cantik warna biruuu ;)

    musim cuti sekolah nie ramailah yg kawin kan .. apa lagi gantung kuali ekeke ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe..terima kasih ;)
      Yelah, rumah sndiri pun gantung kuali ;)

      Delete
  12. selamat pengantin baru semoga bahagia

    ReplyDelete
  13. skrg mmg musim khwn la.. rasa nak khwn jugakk laaa... hahhaha xD tapi xde calon lagi.. adeh!! ekkekek.. smga mereka bhgia sllu..

    *pss.. iklan fair n lovely tu mmg berkesan kut!! ehhehhe xD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yelah.. cuti skolah 2 minggu ramai yg buat kenduri.
      Carilah calon cepat2..hehe. Aminn..semoga berkekalan.

      p/s: heheehe.. cerah berganda pulak

      Delete
  14. selamat pengantin baru..
    wah, cantik sangat baju dorang :)

    ReplyDelete
  15. selamat pengantin baru..

    Memang asal cuti sekolah je penuh dengan jemputan kan ;D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehee..selamat sudah.
      Yelah, pakat2 makan kenduri :D

      Delete
  16. Hehehe.. rugilah kalau macam tu
    Selamat buat mereka :)

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © 2025 cik sukα taip Designed by azhafizah.com