17 May 2013

Kolej Matrikulasi Pulau Pinang Dalam Ingatan


Assalammualaikum.

Akhirnya tamat sudah internship buat aku selama 5 bulan setengah di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang, Kepala Batas or KMPP. Serius sangat best dan environment yang selesa buat student's. Macam2 kemudahan ada dan jangan risau buat pelajar baru yang mendaftar di matrik Penang ni. Sengaja buat entri yang mungkin boleh membantu serba sedikit untuk bakal student yang tengah godek2 google mencari info tentang matrik ni.



Entrance matric Penang
Logo kolej matrikulasi Pulau Pinang
Dewan yang banyak digunakan pelajar
Tempat perhimpunan pelajar
Cantikkan bulan pada waktu pagi



Budak intern diwajibkan untuk update info2 terbaru ke dalam website matrik jadi terpaksa la tawaf kawasan matrik yang luas tu. Kalau jalan kaki mau penat, nasib baik ada abang guard yang baik hati dan pinjamkan basikal. Staff dan lecturer di sini pun baik2. Senang nak communicate kalau ada subjek yang tak faham. Aku siap tidur lagi dalam asrama dan rumah staff akauntan. Haaa.. Dapat pula adik2 angkat sorang akaun dan fizik. Agaknya dorang dapat U mana kan. 



kolam ikan dan tempat dating. Hihi
Dewan Al-Farabi
Tempat ulangkaji pelajar

Padang yang luas


Di sini ada semua kemudahan seperti gym, ATM, padang bola yang luas, surau, nak beriadah tu takda hal la, koperasi pula menjual segala barang, kedai potostat, mesin basuh (sediakan duit syiling), balai cerap, makmal, cafe D'Pongsu dan tentang makan pula ada 4 cafe kot kalau tak silap untuk setiap blok kediaman pelajar. Jangan risau kalau nak outing hari weekend, boleh je sewa teksi ke pekan ataupun Mydia Bertam Perdana. Baru buka tahun 2015. Kalau nak tahu, bekas pengarah amat menjaga kebajikan pelajar. Mana taknya, dalam tahun 2013 ada jemputan penyanyi Najwa Latif dan bila ada perlawanan bola, pelajar boleh lepak sambil tengok kat tapak perhimpunan.  



Kantin setiap blok disediakan
Library utama.. ada tingkat di atas juga
Rindu pula kat ayah angkat ni. Banyak peminat
Pemandangan dari Laboratory Lab
Koperasi a.k.a kedai runcit
Surau yang luas juga
Setiap blok ada mesin basuh

Setiap bilik ada 4 orang


Harap2 student baru tak risau sangat. Nak balik cuti sem atau raya pun pihak kolej juga yang uruskan tiket bas atau train. Nak tahu lebih lanjut boleh refer ex-student KMPP kat sini atau tengok di Official website Kolej Matrikulasi Pulau Pinang :) Selamat maju jaya ! 


9 comments:

Yun Sing said...

Bestnya :D Permandangan cantik pulak tuh :D

Anonymous said...

assalamualaikum, nk tanya.. kita kena bawak bantal sendiri ka memang dah disediakan? tq😊

Amanina Mads said...

Anony : Waalaikumussalam.. disediakan tp kalau seeloknya bawa juga sebiji utk keselesaan sendiri

Siti Nurain Amanina Ahmad said...

Wahh..kebetulan nama kita sama. Nama saya pun amanina baru diterima kemasukkan ke kmpp jugak. Alhamdulilah.

Siti Nurain Amanina Ahmad said...

Wahh..kebetulan nama kita sama.Nama saya amanina jgak.Alhamdulilahh diterima masuk ke kmpp. Nak tnya student bleh bwak kenderaan sendiri x?

Amanina Mads said...

Amanina : kongsi nama ayah yg sama.. alhamdulillah dan tahniah ke KMPP. rasanya tak dibenarkan kalau kereta, moto tak pasti. apa2 boleh tanya masa pendaftaran

VanillaJiah said...

kak, nak tanya.. budak pdt dengan pst boleh duduk satu bilik tak? or pst satu bilik pdt satu bilik...?

Nina Mads said...

Vanilla : Dik student pst dgn pdt campur2.. ada juga course acc atau sains. all the best

Izzah Aqilah said...

Assalam mmg tiket blik raya pihak matrik uruskan k ?

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com