29 Oct 2021

Resepi Daging Dendeng

Assalamualaikum Readers


Resepi Daging Dendeng | Mungkin ini masakan last yang Nina masak sebab isnin ini start kerja, anak cirit birit tak baik lagi, blog mungkin weekends baru dapat tengok. Bertabah lah. 1st time masak dari resepi mak. Laku keras tak sampai malam dah habis lauk 😅


Daging Dendeng


Bab masak daging ni agak malas sikit sebab nak masak daging hingga empuk dulu. Sejenis tak suka makan daging liat. Daging dendeng berasal dari Indonesia. Kalau tak ada idea nak masak boleh try. 


Cili kering boleh tambah kalau makan pedas

Air rebusan daging boleh simpan buat stok untuk goreng nasi, mee, bihun


Bahan-bahan :


1 kilo daging

4 ulas bawang merah

3 ulas bawang putih

4 tangkai cili kering

*bawang dan cili kering diblend

1 cm halia

Garam & gula secukupnya

1 sudu besar sos tomato

2 sudu besar kicap manis

2 biji buah keras - ditumbuk halus




Cara Memasak :


1. Rebus daging sehingga empuk dan toskan.


2. Panaskan minyak dan tumis bahan yang diblend.


3. Masukkan daging, sos dan kicap masak sehingga pekat. Siap untuk dihidang.

28 Oct 2021

Selesai Vaksin Pfizer Dos Kedua Di Setia SPICE Convention Centre

Assalamualaikum Readers


Selesai Vaksin Pfizer Dos Kedua Di Setia SPICE Convention Centre | Sambungan kisah 'dos pertama' dan akhirnya rasa legaaa sebab Nina dan hubby akhirnya berjaya fully vaccinated! Alhamdulillah. Terima kasih staf KKM Komtar tolong selesaikan masalah. Nina antara batch dos kedua terakhir sebab bulan ni banyak PPV Penang akan ditutup.



Ada orang cakap lepas inject vaksin anaknya dah tak nak menyusu. Alhamdulillah, Harraz menyusu macam biasa



Untuk appointment kedua ni, bangunan lain dan terbahagi kepada 2 gate untuk Pfizer dan AZ. Smooth sahaja dalam masa 30 minit dah selesai. Tak perlu SIL bongsu tunggu Nina lama. Parents budak sekolah pun tak bawa 1 kampung dah. Tak sesak sangat. 





Dos kedua ni agak kuat sikit, tak ada simptom demam macam 1st dose tapi yang kekal pening kepala, lengan bengkak 2 hari dan naik bintik-bintik merah di kedua belah kaki, gatal. Harap minggu depan hilang lah. Walaupun dah cukup 2 dos tapi masih takut nak keluar ke tempat sesak apatah lagi bawa Harraz jalan-jalan masuk Mall. 



Bagi Nina masuk ke mall dan kawasan tertutup amatlah bahaya sebab virus mudah tersebar, kalau open air boleh berjaga-jaga etc ke pantai, taman. Password MySejahtera sila tukar dan kalau terima apa-apa link jangan tekan sebab account kawan ada scammer cuba 'ambil' acc dan ia dari golongan anti vaksin. Sila take noted.


27 Oct 2021

Walls Cornetto Love Rose Ice Cream

Assalamualaikum Readers


Walls Cornetto Love Rose Ice Cream | Aiskrim viral ni asal nak cari habis, ini pun SIL bongsu beli di 7E. Sebelum ni perasan aiskrim ni dijual di Thailand sebelum Malaysia. Harga tak pasti berapa. Yang pasti bentuknya seperti bunga rose. Ada jugak bunga rose yang boleh dimakan 🤣😅


Cornetto Love Rose sedap



Seperti yang tertera di pembalut, perisa peach. Rasanya terbahagi kepada 3 bahagian. Bunga rose rasa peach, vanila dan bawah sekali rasa coklat pekat. Boleh makan sekali sekala, kalau kerap mengundang penyakit 😆


26 Oct 2021

Beli Minyak Wangi Di Go Shop

Assalamualaikum Readers


Beli Minyak Wangi Di Go Shop | Go Shop, Go Shop Go Away! Please do not watch go shop everyday or your money fly away. Apa yang menarik sangat entah rancangan ni. Haritu, mak nyaris nak terjebak suruh order blender walhal dah ada. Ini mak tok pulak, hari-hari tengok go shop lastly suruh SIL no.2 order parfume buy 1 free 1 🤣🤣



Go Shop buat promosi beli 1 percuma 1 dengan harga RM 99 . Kalau harga asal RM 400++ . Malangnya kuantiti parfume ni sikit, pakai 5 hari bekerja dah habis


Majoriti yang beli barang-barang go shop ni mesti orang veteren yang ada pencen ataupun duit simpanan lebih. Sorry mak kalau bagi duit suruh beli pun takkan beli sebab membazir beli barang yang sama last-last 'sayang nak guna' 🤦🏻‍♀️😅


25 Oct 2021

Review Telefilem : Penunggang Agama 2

Assalamualaikum Readers


Review Telefilem Penunggang Agama 2 | Siapa dah tengok yang pertama boleh proceed tengok yang kedua ni. Ahad lepas berkumpul tengok sampai pukul 12, gara-gara tunggu Nina dan hubby keluar beli makan. Overall, yang 1st lagi gempak. Apa pun, kedua-duanya sarat dengan pengajaran, hentam penunggang agama yang bersepah di Mesia ni. Boleh baca 'Penunggang Agama' baru faham ceritanya.




Bersambung kisah Amir dan Anna yang diganggu oleh Huda akibat dendam lama. Seorang anak murid Anna bernama Hanim, hilang secara tiba-tiba selepas pulang dari kelas mengaji. Kedua ibu bapa Hanim meminta bantuan Amir dan Anna untuk mencari anak mereka.





Amir mula obses dengan kerja sampingannya, merawat penyakit dan gangguan makhluk halus kerana ganjaran lumayan yang diterima dan selesa dengan panggilan ustaz.






Anna sedar perubahan suaminya yang berubah menjadi seorang yang gilakan duit dan gelaran. Muncul Father Michael yang membantu mencari Hanim. Amir mula rasa dengki dengan paderi itu. Apa yang terjadi selepas itu dan siapakah Datuk Fawwas dan watak Anna Jobling, kena tengok. Filem ini mengajar kita bahawa kawan yang dah kenal lama pun boleh fitnah kita. Inikan pula yang baru kenal dua tga hari. Hati-hati!


Peringatan bersama dendam dan iri hati akan menyesatkan anak-anak Adam - Nabi Noh 


Harraz Si Gigi Sebatang

Assalamualaikum Readers


Mimpi ngeri bakal menjelma selepas ini 🤣🤪 Bagi mak-mak yang menyusu harap tak bertukar jadi mak kau hijo. Banyak benda nak hapdate especially 2nd dose vaksin tapi kita bagi laluan kisah Harraz dulu buat tatapan pembaca.  






Masuk 6 bulan, geram betul budak ni semua benda dia nak gigit termasuk pipi dan jari Nina 😅 Disebabkan excited buat puree baru perasan 'eh anak aku dah tumbuh gigi bawah?' 😁 Hari-hari nak sengih tunjuk gigi dia dengan bahasa alien. 


Ada orang cakap tumbuh gigi nanti anak kerap demam. Risau pulak kalau dalam masa terdekat dapat kerja. 2 minggu lagi, Harraz nak masuk umur 7 bulan dah. Masih terbayang saat bersalin, sekejap anak dah besar.


22 Oct 2021

Pokka Honey Lemon

 Assalamualaikum Readers


Pokka Honey Lemon | Mesti readers blog ni akan kata eh apasal Nina asyik promote air Pokka, biasalah sekali sekala perasan jadi duta makanan apa salahnya. Siapa macam Nina nak beli sesuatu mesti baca review pengguna dulu, sila komen. 




Pokka Honey Lemon ni kalau air kopi memang tak heavy sangat. Jujur rasanya lepas ni memang beli air Pokka size 500ml sebab berbaloi untuk diminum dan sesedap rasa. Ini minuman rare dari Pokka dan minuman terakhir sebelum Nina resign. Rasa dia masam-masam manis. Kena try! 


21 Oct 2021

Vaksin Penggalak Covid 19 Untuk 60 Tahun Ke Atas

Assalamualaikum Readers


Vaksin Penggalak Covid 19 Untuk 60 Tahun Ke Atas | Bila dapat info ni dari group whatsapp family semalam, harini terus call klinik kesihatan (call merata), nasib KK Seberang Jaya angkat. Sekarang banyak berita palsu, kena confirmkan betul-betul.




Kalau parents Nina bawah umur 60 tahun tak kisah sangat. Disebabkan mereka layak, anak-anak kena alert. Kata nurse, buat masa sekarang vaksin penggalak anak diberikan pada frontliner terlebih dahulu. Untuk orang awam, nanti akan diberitahu dalam MySejahtera untuk tarikh temujanji vaksin penggalak. Apa pun sabar menunggu ya.



20 Oct 2021

Creamy Cheese Spicy Chicken Burger McDonald's

Assalamualaikum Readers


Creamy Cheese Spicy Chicken Burger McDonald's | Dah cuba menu terbaru dari McD. Kelakar baca review sebab ramai kata sedap ada juga komen menu rotate dari McD. Alhamdulillah branch yang Nina order ni, dorang letak krim keju tu banyak. Kalau tak, jadi spicy chicken mcdeluxe 😆😅


Creamy Cheese Spicy Chicken Burger







Bila buka memang betul sebiji spicy chicken mcdeluxe yang membezakan krim, keju dan sayur. Suka tengok bentuk roti burger ni, gebu dan rasa tak sabar-sabar nak makan ditambah aroma burger yang sedap. Terdapat juga pilihan telur. Kalau belum cuba dapatkan sebelum beralih musim. 


19 Oct 2021

Pokka Premium Cappuccino

 Assalamualaikum Readers


Pokka Premium Cappuccino | Bersambung edisi promote kopi Pokka. Kalau perasan sebelum ni, waktu masih bekerja di B Braun, setiap hari boleh cuba minuman secara percuma. Peminat kopi 'light' boleh cari. Yang penting rendah lemak. Tak risau kalau minum banyak.


Sesuai di minum untuk hilangkan mengantuk bekerja waktu siang


Pokka Premium Cappuccino ni sangat sesuai dibawa ke mana saja dan sesuai untuk semua peringkat usia. Setakat ni tak jumpa lagi orang gemok mengaku minum kopi. Berat badan naik ni kadang bukan sebab makan nasi banyak tapi gemok disebabkan gula berlebihan dalam badan. Rasa cappuccino yang tak pekat, jangan risau masih boleh tidur malam. 


15 Oct 2021

Review Drama Korea Squid Game (2021)

Assalamualaikum Readers


Review Drama Korea Squid Game (2021) | Berjaya tengok 1st drama k-pop 🥳 Viral di Netflix sampai hubby buat notification fon lagu squid game. Tak sesuai untuk tontonan kanak-kanak. 




Squid Game mengisahkan Seong Gi Hun (Lee Jung Jae), seorang penganggur yang dikelilingi hutang. Gi Hun bergantung hidup pada emaknya yang tua, nak beli hadiah untuk anak sendiri pun tak ada duit sehingga dipandang rendah suami bekas isterinya.


Suatu hari, Gi Hun mendapat jemputan untuk menyertai Squid Game. Tiada siapa yang tahu organisasi yang menganjurkan game tersebut malah lokasinya dirahsiakan. Sebanyak 456 peserta menyertai Squid Game. Kesemua mereka mempunyai persamaan iaitu jumlah hutang yang banyak dan hadiah wang tunai jika menang game ini sebanyak 45.6 juta Won. Walaupun ada yang give up ketika game pertama, tapi memilih untuk kembali bermain game ini.





Dalam Squid Game ada 6 permainan. Permainan yang dimainkan oleh kanak-kanak Korea, tapi dalam Squid Game, ia mencabar sebab nyawa mereka jadi taruhan. Siapa yang kalah dalam setiap pusingan akan ditembak mati. 





Semua peserta tak akan diberitahu game yang seterusnya, ada yang gigih buat bermacam cara nak tahu game yang seterusnya padahal jawapan ada di dinding tempat mereka melepak. Memang tak perasan sebab terlindung dengan katil. First game Red Light Green Light, game ni siapa gerak dia kalah terus kena tembak mahu panik. Seterusnya game honeycomb, tarik tali, main guli, lompat atas papan kaca dan squid game macam galah panjang or teng teng.




Satu lagi watak Detektive Hwang Joon Ho (Wi Ha Joon) yang menyelinap masuk ke tempat Squid Game untuk mencari adiknya yang hilang. Senang detektive nak menyamar sebab semua staf pakai topeng. Nak tahu kena tengok sampai habis siapa mastermind dalam Squid Game ni.


14 Oct 2021

Pokka Kopi Susu

   Assalamualaikum Readers


Pokka Kopi Susu| Fakta utama yang perlu tahu minuman Pokka tiada bahan pengawet, pewarna tiruan, real brewed dan paling penting mendapat pengesahan sijil halal. Terdapat banyak variasi minuman antaranya Asian Tea, Western Tea, Coffee, Milk Range dan Fruit Juice. Memenuhi citarasa semua lapisan masyarakat tak kira kanak-kanak mahupun orang dewasa. 




Rasa kopi susu yang dibrewed segar dan buat mata ni bertahan untuk buat kerja-kerja rumah sebab bila ada anak kecik ni jangan harap nak dapat beauty sleep 😂😂 Rasa kopi susu yang tak terlalu pekat, goncang sebelum minum ya.


13 Oct 2021

Resepi Air Bunga Telang Lemon Madu

Assalamualaikum Readers


Resepi Air Bunga Telang Lemon Madu | Siapa kata bunga telang hanya boleh buat nasi kerabu sahaja? Dengan bunga telang boleh buat air, roti, roti jala dan lain-lain ikut citarasa sendiri. Macam orang utara kureng sikit bab nasi kerabu ni tapi boleh la makan sekali sekala. Baca 'kebaikan bunga telang'.


Air bunga telang Lemon Madu


Nampak ada 2 jenis kelopak bunga telang

Jangan confuse antara bunga telang dan morning glory, petunia . Jauh beza bentuk bunga

















Kalau rajin nak buat roti jala bunga telang, mesti cantik 😅 Ok resepi air ni sangat mudah, dah bagus diamalkan sebab bunga telang salah satu anti kanser untuk tubuh badan. Dah boleh bercucuk tanam pokok ni. Di rumah ada 2 jenis bunga telang. Best diminum sejuk-sejuk.




Bunga telang dah bertukar jadi putih dan air biru. Lepas perah lemon air bertukar ungu. Cantik!



Bahan-bahan :


10 kelopak bunga telang

2 helai daun pandan (simpul)

Ketulan ais

2 sudu gula

1 biji lemon

1 sudu madu

Nata de coco

2 sudu besar biji selasih (direndam dalam air suam)

1 tin laici


Caranya :


1. Basuh bunga telang dan rebus bersama daun pandan selama 15-20 minit (sehingga warna bunga tukar putih).


2. Tapis air rebusan bunga dan masuk ke dalam jag.


3. Masukkan kesemua bahan ikut citarasa dan siap untuk diminum.


11 Oct 2021

Ergobaby Baby Carrier Wajib Ada

 Assalamualaikum Readers


Ergobaby Baby Carrier Wajib Ada | Dah plan nak beli kalau ada yang berkenan. Tengok parents bawa baby dan guna jenama Ergobaby. Rupanya mesra baby, ada banyak jenis dan harga. Terima kasih tok anjang Harraz belikan, dapat bermacam barang 🥰 Mudah nak bawa anak jalan-jalan. Selain carrier, car seat dan stoller baby kena beli dan ajar anak guna dari awal.


Semalam 1st time bawa Harraz pi pantai. Ombak kuat pulak. Praktis nak pi cuti nanti 😂 Tak lah nangis tengok ombak


Berapa kali ajar duduk dalam car seat dah behave (keluar tanpa mama dia). Kalau ada Nina, kalau tak Harraz tak nak duduk. Duduk car seat mesti tidur

Kalau nampak Stroller kemain seronok sebab tahu nak bawa jalan. Budak-budak sekarang cerdik tak boleh bawa bincang. Haha


Elok beli seawal usia anak 3 bulan (bila badan dah keras). Ajar dari awal tak susah. Macam Harraz usia 5 bulan baru guna, memula memang nangis la sebab tak biasa. Gayat pun satu hal. Dah praktis baru ok. Hubby yang carry, Nina tak pernah lagi. Lama dah tak galas beg travel. Sah-sah anak lagi berat dari backpack 🤣🤣


Semoga murah rezeki tok anjang. Selain belikan carrier, stroller, car seat. Pampers dan baju pun beli. 


Harga boleh tengok dalam Shopee atau lazada. Murah sikit dari kedai. Pastikan original. Mudah nak pakai sebab ada tutorial cara pakai di youtube. Orang memberi, kita merasa. Rezeki Harraz semua ni. Alhamdulillah.



8 Oct 2021

Pokka Melon Milk

  Assalamualaikum Readers


Pokka Melon Milk | Pokka dah banyak keluarkan minuman perisa terbaru selain kopi dan buah-buahan ada juga teh hijau. Ramai feedback kata bagus, menarik untuk cuba semua jenis minuman keluaran Pokka. Pokka mengeluarkan lebih 60 jenis minuman dalam pelbagai bentuk packaging yang di keluarkan di Malaysia dan Singapura.




Rasa air Pokka Melon Milk ni atau tembikai susu sedap manis-manis buah! Air dia wangi bau melon dengan warna hijau campuran susu yang menarik. Sesuai diminum sejuk. Dah berkotak-kotak Nina minum. Hehe.. yang belum cuba boleh cari.


7 Oct 2021

Kek Pandan Gula Melaka McDonald’s

 Assalamualaikum Readers


Kek Pandan Gula Melaka McDonald’s | Sambungan dari entri 'Apple Crumble' . Memandangkan time Nina beli kek ni order sekali dengan Apple Crumble Cheesecake. Hehe.. Alang-alang drive thru kita sauk 2 kek sekali gus. Makan sampai muak. Kek pandan gula melaka ni made by Secret Recipe tapi kalau masuk SR memang tak pernah ada. 


Kek Pandan Gula Melaka McDonald’s





Setakat ni memang pandan gula melaka memang viral. So far menepati citarasa Nina dan tentulah sedap! Rasa pandan dilapisi 2 layer gula melaka bersama topping kelapa parut. Setakat ni 3 kali dah repeat order kalau terjah McD. Jangan lupa try tapi kek ni bukan limited edition, jangan risau 😆😋


6 Oct 2021

Coconut Gula Melaka Milkshake

 Assalamualaikum Readers


Coconut Gula Melaka Milkshake | Area rumah ni banyak betul orang jual kelapa, bila ada kelapa mesti ada coconut shake kannnn.. Musim panas yang sekejap hujan lebat on off macam ni memang akan cari air memanjang. Salah satu kedai air kelapa yang baru Nina cuba menu air yang ada antaranya coconut shake campur gula melaka. 







Rasa coconut shake gula melaka ni sedap, cuma itulah sirap gula melakanya sikit sangat. Tak puas minum hehe.. Dengan setiap pembelian boleh collect cop. Selain flavour yang Nina pilih ni ada lagi cuma belum ada masa nak cuba. Lokasi area Taman Tun Sardon, Gelugor, Penang. Kalau otw nak naik Penang Bridge tu boleh la singgah nanti.


Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com