25 Oct 2021

Review Telefilem : Penunggang Agama 2

Assalamualaikum Readers


Review Telefilem Penunggang Agama 2 | Siapa dah tengok yang pertama boleh proceed tengok yang kedua ni. Ahad lepas berkumpul tengok sampai pukul 12, gara-gara tunggu Nina dan hubby keluar beli makan. Overall, yang 1st lagi gempak. Apa pun, kedua-duanya sarat dengan pengajaran, hentam penunggang agama yang bersepah di Mesia ni. Boleh baca 'Penunggang Agama' baru faham ceritanya.




Bersambung kisah Amir dan Anna yang diganggu oleh Huda akibat dendam lama. Seorang anak murid Anna bernama Hanim, hilang secara tiba-tiba selepas pulang dari kelas mengaji. Kedua ibu bapa Hanim meminta bantuan Amir dan Anna untuk mencari anak mereka.





Amir mula obses dengan kerja sampingannya, merawat penyakit dan gangguan makhluk halus kerana ganjaran lumayan yang diterima dan selesa dengan panggilan ustaz.






Anna sedar perubahan suaminya yang berubah menjadi seorang yang gilakan duit dan gelaran. Muncul Father Michael yang membantu mencari Hanim. Amir mula rasa dengki dengan paderi itu. Apa yang terjadi selepas itu dan siapakah Datuk Fawwas dan watak Anna Jobling, kena tengok. Filem ini mengajar kita bahawa kawan yang dah kenal lama pun boleh fitnah kita. Inikan pula yang baru kenal dua tga hari. Hati-hati!


Peringatan bersama dendam dan iri hati akan menyesatkan anak-anak Adam - Nabi Noh 


6 comments:

  1. wah..sal tak tengok lagi cerita ni. Ingatkan macam filem Munafik je

    ReplyDelete
  2. Belum tengok lagi yang 2 ni. Bagus cerita ada pengajarannya kan.

    ReplyDelete
  3. Belum sempat tengok lagi yang kedua nih!

    ReplyDelete
  4. Mcm pernah tgk yg first.. Tp kene recall balik. 1st yg ada nasir bilal Khan tu kan?

    ReplyDelete
  5. Ada cuba nak tengok tapi tak berjaya.. kikiki

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com