28 Jun 2020

Cara Permohonan Nikah Di Pulau Pinang

Assalamualaikum Readers


Cara Permohonan Nikah Di Pulau Pinang | Pengantin PKPP 2020 | Alhamdulillah semuanya dipermudahkan hanya dalam masa 2 bulan persiapan di buat semasa PKP. Entri ini nak share pengalaman Nina menjadi pengantin dan segala urusan dipermudahkan Allah dalam keadaan negara masih fight dengan Covid-19. Tips ini mungkin mudah bagi pasangan dalam negeri yang sama 😚 Semoga entri ni dapat membantu dalam masa yang akan datang. Meh kita mulakan. Sepatutnya dijangka nikah 26 September 2020, kita hanya merancang Allah yang menentukannya. Alhamdulillah, selamat bernikah 😀



21 Mei 2020 - Hantar borang nikah pihak lelaki di Pejabat Agama Islam Daerah Timur Laut (KOMTAR) terus interview nikah sebab submit borang completed

Selesai interview dengan pejabat agama, pihak lelaki akan dapat borang ini untuk datang tuntut borang kebenaran berkahwin (pihak perempuan kena bawa bila submit borang). Bayaran RM 5

Patuhi arahan SOP, tak boleh bawa satu kampung



Bila mula PKPB, terus rasa nak settlekan hal penting ni. Allah gerakkan hati kami untuk percepatkan proses nikah. Masa tu, nak bergerak ke sana ke sini tak jumpa roadblock polis dah. Di bawah Nina share step by step:



1. Borang permohonan nikah bagi lelaki dan perempuan boleh buat secara online di e-munakahat Pulau Pinang (klik) . Nina buat start PKPB sebab pejabat agama dah buka. Kesemua borang boleh print berwarna atau hitam putih


Cara Permohonan Nikah Di Pulau Pinang




2. Print borang senarai semak, jadi tak ada masalah bila nak submit borang nikah di pejabat, kalau tak lengkap tak boleh interview. Sebelum submit borang sila check satu-satu dokumen yang diperlukan dulu ok. Boleh print di sini .



3. Print borang saringan HIV siap-siap untuk lelaki dan perempuan. Hanya boleh buat ujian di Klinik Kesihatan Kerajaan. Boleh refer link yang tertera, kat situ ada senarai klinik kesihatan kerajaan. Print borang di sini







4. Dah siap buat permohonan secara online dan buat HIV test, boleh prepare dokumen yang lain.



5. Buat pengantin lelaki dan perempuan, sediakan salinan IC (2 salinan) setiap seorang (IC sendiri dan pasangan). Potostat sijil kursus kahwin (bawa asal juga), borang HiV test, Nina bawa juga sijil nikah parents, IC dan surat beranak wali, borang wali wakalah (side Nina tak perlu tapi bergantung kepada pejabat agama)



6. Akhir sekali print borang untuk buat kad nikah pintar. Sediakan salinan IC pengantin perempuan dan lelaki sekeping sahaja bersama gambar ukuran passport (background putih). Boleh klik sini .







Next, lepas dah collect borang kebenaran nikah side lelaki di komtar, Nina terus ke pejabat agama daerah Seberang Perai Utara (SPU) di Penaga. Dah settle interview dan buat bayaran RM 5, akan diberikan tarikh untuk collect borang kebenaran nikah perempuan dan no telefon jurunikah (tok kadi) untuk buat temujanji tarikh dan masa yang akan nikah. Bergantung kepada SOP dan tarikh free ustaz. Kami tak boleh nikah Jumaat sebab ustaz ada program. Boleh nikah dari hari Isnin-Khamis (pagi sahaja) antara 9.30 pg-10.30 pg-11.30 pagi. Hanya di pejabat agama daerah SPU. Pejabat agama lain tak pasti. 




4 Jun 2020 - Pi pejabat agama side lelaki untuk betulkan no IC Nina yang salah taip

Kursus kawen kena cop, yang ambil di negeri lain wajib kena interview

Borang oren ni akan dihantar ke pejabat agama side perempuan bersama borang lain

16/6/2020 - Ambil borang kebenaran nikah Nina

Selepas akad nikah akan dapat borang ni (untuk sementara) sehingga sijil nikah original siap.

Dibacakan dihadapan tok kadi dan 2 saksi


Statistic setakat tarikh 28 Jun 2020

Sepatutnya kad nikah siap selepas 3 bulan dan pejabat ‘janji’ akan call bila siap 🙄 Dah lebih 3 bulan tak call. 6 Nov 2020 pi ambik di pejabat. Alamat rumah pun tulis silap



Buat bakal-bakal pengantin, semoga entri Nina dapat bagi info dan semoga Allah permudahkan urusan pernikahan. Buat Nina dan suami, kami hanya interview dengan 3 soalan saja. Tak complicated dan cepat. Nikah pun hanya 30 minit sahaja. Kalau bukan musim Covid mungkin, suasana tak sama. Apa-apa soalan boleh drop komen okay.


86 comments:

  1. Mulai 01 julai dah boleh buat majlis keramaian
    Urusan nikah pun dah lebih mudah

    ReplyDelete
  2. Terperinci.
    Selamat pengantin baru.

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah.. n tahniah .. n welcome to the married life.. bykkan bsabar ye :p

    ReplyDelete
  4. Selamat pengantin baru Nina :)

    ReplyDelete
  5. Wah nina tahniah..dipermudahkan segala urusan..

    ReplyDelete
  6. Bagusnya perkongsian Nina.. details..

    ReplyDelete
  7. Apa soalan kena tanya ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1. Mengucap 2 kalimah syahadah
      2. Baca Al-fatihah
      3. Berselawat

      Delete
    2. Askum sy nak Tanya sy botany semua complete Kami masing2 pernah berkahwin sebelum ni Dan Kami jugak daerah yg Sama..Cara mcmana boleh Kami buat akad nikah sedangkan akad nikah Di Penang ditangguhkan ..boleh tak tjuk jalan2 lain untuk Kami nikah

      Delete
    3. Selagi lockdown di Pulau Pinang dan pejabat agama tak buka memang tak ada cara lain untuk bernikah. Harap bersabar ya, kes covid tengah naik turun :)

      Delete
    4. Kalau saya maustatin area bukit mertajam..takperlu ke komtar kn..trus ke pjabat daerah bukit mrtajam ?

      Delete
    5. Komtar tu utk daerah timur laut sahaja. Boleh ke pejabat agama BM

      Delete
  8. Untuk yang ambil kursus kahwin luar negeri, banyak ka soalan yang dia tanya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sepanjang tempoh PKPB ni soalan yg di tanya tak lebih dr 6 soalan.. bergantung kepada setiap jabatan agama islam negeri

      Delete
  9. Alhamdullilah terjumpa entri pn nina. Sekurang2nya kukuhkan lg pengetahuan saya.

    Saya ada soalan, saya dah amik kursus tahun 2008 masa zaman belajar di Uni. Masih boleh diterima pakai kah? Atau saya akan diinterview jugak? Dan nak dptkan chop utk sijil kursus tu dengan siapa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nur Fazilah : Sijil kursus masih boleh guna. IV terpulang pada pejabat agama sebab ambil dr 2008.

      Sijil kursus akan di cop selepas submit borang nikah yg lengkap.

      Delete
  10. Oh boleh print hitam putih ya. tahniahhh selamat sudah semua. Doakan urusan saya dipermudahkan jugak untuk nikah 12/3/2021 di PAD. Harap2 tak ada dikenakan PKP dalam masa terdekat ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah terima kasih.. Semoga urusan cik dipermudahkan Allah. Aaaminnn

      Harap2 bulan Mac tak ada PKPB/PKPD

      Delete
    2. Assalamualaikum Nina, jika pasangan (lelaki) dari selangor dan saya penang, macam mana ya prosedur nya?

      Delete
    3. Zen : Waalaikumussalam.. Prosedur lebih kurang sama. Pihak lelaki kena apply borang online dan IV dengan pejabat agama di Selangor.

      Bila side lelaki dah dapat borang kebenaran, boleh pos borang asal ke Penang untuk pihak perempuan submit borang pula.

      Delete
  11. Nak tanya, wali kena ikut sekali ke masa hantar ke penolong pendaftar untuk iv? sebab ada baca dekat jaipp yang wali kena iv.

    ReplyDelete
  12. Berguna sangat entry ni. Saya nak tanya, wali kena ikut sekali ke masa hantar dokumen dekat penolong pendaftar untuk sesi tembubual? sebab baca kat jaipp wali kena iv.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zulaikha : Tahun2 sebelum 2021 wali tak perlu kena iv, hanya pengantin saja. Tak pasti kalau jaipp buat prosedur baru tahun ni. cuba call pejabat tanya

      Delete
  13. Assalamualaikum sis .. nak tnya utk borang permohonan kahwin klaw nama pasangan silap taip mcm mn nak edit .. borang sy dah submit .. sis boleh bagitau apa yg perlu sy buat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yazal : Assalamualaikum.. pergi ke pejabat agama dan minta staf betulkan nama sebelum pejabat keluarkan borang permohonan nikah warna oren tu.

      Delete
  14. hi nina.. masa kita submit semua borang, bakal suami pun kena ikut sekali ea ? sbb dalam list tu kena submit original ic.. and kalau kena ikut, dia kena iv juga tak ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eda : Hi.. bakal suami boleh ikut sekali. Hanya submit salinan ic pengantin perempuan dan lelaki sahaja. Kalau awak berdua tinggal di daerah yg sama, bila submit borang dua2 orang kena iv.

      Delete
  15. Hi sis , saya nk tanya kalau surat cerai ibubapa hilang ? Kena terus pergi pejabat agama ka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Adik, surat cerai kalau hilang kena ke pejabat agama dan bg tau cara nk buat

      Delete
  16. Assalamualaikum...boleh saya tahu kalau saya dan bakal suami dari daerah yang kena hantar borang sekali ka? Then perlu bawa wali sekalikan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Kalau dua2 dr daerah sama kena hantar borang sekali. Bawa wali sekali

      Delete
  17. Assalam si. Trima kasih atas perkonhsian. sysa nak sikit. Step dia lebih kurang mcm nih erk.

    1) Isi borang perkhawin secara online dalm website emnukahat (lelaki&prempuan)
    2) buat HIV test
    3) Completekann dokumen diperlukan ic, etc
    4) submit ke pjbat agama.

    Betul tak ? ke ada yg tertinggal.

    Ada 1 lagi masa p Buat HIV TEST kena bwak apa² borang atau dokumen tak selain borang kesihatan. Thank you sis

    ReplyDelete
    Replies
    1. Izzat : waalaikumussalam. Sama-sama.

      Ya betul macam yang sy kongsi step by step.


      Buat HIV test tu bawa juga borang permohonan nikah incase staf klinik kesihatan nak tengok details pengantin.

      Delete
  18. Askum sy nak Tanya borang complete semua complete Kami masing2 pernah berkahwin sebelum ni Dan Kami jugak daerah yg Sama..Cara mcmana boleh Kami buat akad nikah sedangkan akad nikah Di Penang ditangguhkan ..boleh tak tjuk jalan2 lain untuk Kami nikah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selagi lockdown di Pulau Pinang dan pejabat agama tak buka memang tak ada cara lain untuk bernikah.

      Delete
  19. Assalam sis. sya nk tanya. masa hantar borang kebenaran berkhawin tu. wali dgn pasangan kena ada skali ka atau mcm mana masa nk submit borang tu. Terima kasih sis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Izzat : waalaikumusslm. Masa submit borang tak perlu wali pun hanya pasangan yg bakal berkahwin sahaja. Sama2

      Delete
  20. Salam hye sis..nak tanya..masa iv haritu soalan apa ya sis kena jawab??banyak tak??and lama tak sesi IV tu..?masa submit borang nikah tak perlu bawa wali kan..?hanya bakal pengantin sahaja kan datang submit borang..terima kasih sis

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalm. Hi sis

      Kena jwb 3 soalan saja. Sesi iv hanya 30 minit. Submit borang bawa pasangan sahaja tak perlu wali.

      1. Mengucap 2 kalimah syahadah
      2. Baca Al-fatihah
      3. Berselawat

      Delete
  21. Assalamualaikum, saya nk tnye, mcm mana kalau saya dri melaka dn psngan saya dri penang, step die still sama ke lain ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Barakah : waalaikumussalam.. pejabat agama melaka mungkin proses permohonan lain.

      Pihak lelaki boleh apply borang nikah ikut step ini dah selesai baru pos borang ke melaka

      Delete
  22. Salam Nina .. nak Tanya kursus kahwin penang nk daftar kat mana ? Kalau tgk dlm penang penuh la smpai September 2021 .. kalau online sah ke ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. nisa : Waalaikumussalam. Kursus kahwin boleh buat secara online tp kena tanya pejabat agama dulu sebab prosedur dh lain

      Delete
    2. Assalamualaikum nina. Maksudnya kena call tanya pejabat agama dulu ya? Kursus kahwin ganti dengan temuduga kan? Lepas temuduga dapat sijil ke kena masuk kursus online dulu?

      Delete
    3. Syuhada : Skrg dh mudah.. buat kursus online di penang nk hantar borang nikah tak ada temuduga

      Delete
  23. salam nina nak tanya proses nak dapat tarikh dekat pejabat agama bm lama ka , lepastu nak hantar borang kena temujanji ka kami nak pi dah haritu nasibbaik call dulu lepas tu dia kata kena temujanji

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zaty : Waalaikumusslm.. sbb pkp nk hantaq borang kena bt temujanji dulu. Lps dh habis iv, tanya tok kadi tarikh apa yg dia ada slot kosong.

      Delete
  24. assalamualaikum, nak tanya kalau pasangan perempuan bermastautin di selangor tapi asal dari kedah. jadi di borang permohonan online tu di bahagian negeri bermastautin kena letak selangor, and then bahagian alamat kat bawah tu kena letak alamat tetap di kedah ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hazira : Waalaikumusslm.. ya, letak alamat tetap ikut IC. Kalau boleh rentas negeri nanti mesti nk balik nikah di Kedah kan

      Delete
  25. Assalamualaikum, nak tanya untuk iv jika ambil krusus kawin luar penang tu hari yang sama pihak perempuan hantar borang atau kena isi temuduga dalam website? Ada sebarang caj ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam.. kursus kawin negeri lain kena iv di pejabat agama.

      Isi borang nikah dlm website free saja

      Delete
  26. Salam sis, nak tanya untuk borang perwakilan wali dan wakalah perlu isi juga ka even wali boleh hadir waktu nikah nanti? Dan masa nak submit borang wali perlu ikut juga atau tak perlu ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumuslm.. borang perwakilan wali tak perlu isi jika wali masih hidup dan pasangan nk nikah saja yg submit borang

      Delete
  27. Assalamualaikum nina. Alhamdulillah terjumpak gak posting nie. Dok tgk tips perkhawinan tu smua mcm susah jaa, beza dgn apa yg di dengaq dlm khusus khwin. Mungkin negeri lain2 kot. Nak tnya, sya mcm konfius sikit. Permohonan berkhawin tu, lelaki dan perempuan kena isi ka salah sorang ja? Pasangan saya pemaustatin dkt penang, sama daerah jugak dgn saya. Nnty cuma sya lengkapkan borang pemaustatin dan e qaryah jaa kan?Kalau dri pahaman saya salah sorang jaa isi. Hntaq pun boleh sekali. Kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam.. borang nikah wajib isi lelaki dan perempuan. Bila nk hantaq boleh pi sekali dan iv sekali jugak.

      Delete
  28. Alhamdulillah. Jumpak posting nie. Bila masuk group tips perkhawinan jadi pening mungkin sbb lain2 negeri kot. Mcm susah plak prosedur tuu. Haih. Saya nk tnya. Pasangan saya bermaustatin dkt penang, satu daerah jgk dgn sya. Sya cuma perlu lengkapkan borang pemaustatin utk dy dan eqaryah je kan? Pastu kan pasai borang. Salah sorg ja kena hntaq ka dua2 skli? Kalau ikut pahaman saya mcm salah sorg jaa. Dan seeloknya perempuan yg settle sebb ada slot wali tuuu. Btul dak? Pstu an borang hiv utk penang x dak kan no rujukan apa smua? Risau plak bila dok bca kat group tuu. Heheheh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pihak lelaki kena settle borang baru boleh proceed hantaq borang nikah perempuan pulak.

      Borang hiv boleh print kt link yg ada di website. No rujukan nanti klinik akan bagi. Jangan refer group sebab setiap negeri proses nikah tak sama

      Delete
    2. Ohhh ye ke. Kira dy kena memohon jugak laaaa. Faham2. Nk buat hiv tu kan sis nak kena bwk apa jaa? Borang pdf permohonan khwin tu kena ada ka? Sbb hritu sya dftr pstu tersilap so saya cancel la permohonan tu sbb x boleh edit kan sis? Klau kena bwk sya nk buat permohonan baru nie haaa.

      Delete
    3. Ya borang nikah kena ada kedua-dua belah. Buat test HIV bawa borang nk bt test dan borang nikah, ic.

      Segala details dlm borang nikah kena betul dan tak ada salah ejaan sebab nanti nk bt kad, dan sijil nikah original.

      Delete
    4. Ooooo. Centu. Emmm sis, gmbaq dy nk latar blkg putih kaa biruuu? Ke better buat dua2 ja? Nk berapa keping eh!??

      Delete
    5. Latar belakang putih sahaja. Sekeping

      Delete
    6. Sorry nina. Nak tnya lagi. Penolong pendaftar pnya cop tu mcm mna ya? Dya ada dekat borang pemohonan berkhawin kita. So, Kita kena pegi cari dy ka cena? Pstu an, cena nk cri yaa? No fon pn xda. Sya cuba google, tpi mcm x dak jwpn. 😅😅

      Delete
    7. Cop penolong pendaftar tu nanti pejabat akan cop bila borang nikah dh submit

      Delete
  29. Assalamualaikum awak.. Saya ada perasan yg tarikh akad nikah paling awal dan paling lewat tuh mesti kena ikut kaa.. Kalau lebih dari tarikh yg dibagi boleh tak yaaa..

    ReplyDelete
  30. Assalamualaikum nina.. Saya nak tanya pasal tarikh akd nikah paling awal dan paling lambat tuh mesti kena ikut kaa.. Kalau lebih dari tarikh tersebut tak boleh ke yaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam.. tarikh tu ikut slot tok kadi. Kena confirm sebab tak boleh tukar tarikh banyak kali

      Delete
  31. Assalamualaikum nina. Saya nak tanya kalau nak daftar kursus nikah penang kita kena call pejabat agama ke? Atau boleh buat kursus nikah online dekat mana2 je?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syuhada : Waalaikumussalam.. ya tanya pejabat agama nk buat kursus nikah online macam mana

      Delete
  32. salam sis...saye org pahang, ade jodoh orang penang...kalau nak nikah tu nikah kat penang dan ikut prosedur kt penang ke? terima kasih sis

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zack : Waalaikumussalam.. ya nikah di penang dan ikut prosedur JAIPP. Borang nikah pihak lelaki sahaja boleh ikut prosedur pejabat agama pahanag

      Delete
  33. Assalamualaikum Nina saya nk tnya Klau ambik kursus kahwin di negeri Kedah . Kena temuduga jugk ka? .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam.. kalau kursus luar negeri pulau pinang kena temuduga

      Delete
  34. Hi nina , nak tanya .. sewaktu hantar borang nikah tu , kena letak siap2 ka date untuk akad nikah? Atau tidak perlu ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Syeraa.. ya kena letak date nikah siap2. Dan mintak no tok kadi untuk confirmkan

      Delete
  35. Assalammualaikum. Saya nk tanya. Borang permohonan online tu lelaki kena isi lepastu hantar n tunggu lulus baru boleh print kan. Lepastu dah settle . Pompuan pun kena isi n tunggu lulus jugak baru boleh print kan? Tapi saya satu daerah boleh tak isi skali. Lepastu hantar ja . Tunggu lulus terus print? Takyah tunggu laki buat dulu. Buat terus sama'2 . Boleh tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam.

      Borang permohonan online dh isi kena terus print baru hantar ke pejabat agama. Kalau sama2 satu daerah, lelaki dan perempuan hantar borang sekali

      Delete
  36. Salam sis. Dua org saksi yg perlu isi dalam borang tu ialah orang masjid? Adakah dia ialah saksi pada waktu nikah nanti ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. 2 org saksi ialah staf pejabat agama dan saksi pada waktu nikah

      Delete
    2. Maksodnya sis, masa isi online saya kosongkan dulu ruangan saksi lepas tu print and bawa borang ke pejabat utk isi details saksi?

      Delete
    3. Ya betul.. bahagian saksi kosongkan nanti staf pejabat agama akan isi lepas nikah

      Delete
  37. salam sis. Saya nak tanya
    1.Maklumat saksi 1 dan 2 tu perlu isi juga ke sebelum print? Kita kena cari dulu ke?
    2. Boleh ke isi dulu maklumat pihak perempuan walau pihak laki x settle lagi sebab berlainan negeri?
    3. Boleh ke buat ujian HIV jika mohon lagi. Print borang ujian HIV dulu dan g KK daerah?

    Terima kasih 😀

    ReplyDelete
  38. Salam sis.saya nak tanya
    1. Bahagian saksi 1 dan 2 perlu isi ke sebelum klik submit? Nak ken cari dulu?
    2. Sementara pihak laki isi permohonan dalam sppim dan x settle lagi sebab beza negeri..saya boleh isi dlm e-munakahat x?
    3. Jika saya x isi permohonan online, boleh ke sy print borang ujian hiv dulu dan g KK daerah?
    Terima kasih ��

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam..

      1. Bahagian saksi kosongkan, tak perlu isi dan terus submit. Pejabat agama akan isi.

      2. Ya pihak perempuan boleh isi borang siap2 asalkan semua maklumat ejaan betul

      3. Isi permohonan online dahulu dan bawa ke KK daerah bersama borang ujian HIV

      Delete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com