14 Jun 2020

Rumah Sewa Bebas Makhluk Halus

Assalamualaikum Readers



Rumah Sewa Bebas Makhluk Halus? Lama tak update blog, busy dengan hidup yang messy, rambut pun messy lama tak potong. Nak nikah bulan ni macam-macam dugaan dah kami tempoh, duit hantaran hangus beli pekakas rumah, Allah dah tulis, kami jadi pengantin PKPP, jadi tak payah serabut fikir nak buat kenduri, itu ini. Terima dengan hati yang terbuka dan syukur dengan apa yang ada. Syukur tak bayar apa-apa lagi untuk kenduri. 



Selamat tinggal rumah seram, tak dapat tengok view komtar


Rumah ni akan rasa seram lepas maghrib. Pernah stay sampai malam, sebelum pukul 10 mesti cabut



Nak dijadikan cerita awal bulan 5, tunang dapat tau abang kawan dah pindah rumah jadi dia ambil alih sewa rumah tu dengan harga RM 500 (rumah area tengah bandar George Town) hampa rasa? Gila boleh dapat rumah semurah tu di Penang. Tanpa usul periksa, tunang bayar duit sewa untuk 2 bulan sekali (tanpa deposit). Hal ni, Nina tak salahkan dia sebab sama-sama excited nak stay berdua nanti. Jujurnya, dah 30% barang rumah dah beli. Sampai lah minggu lepas, tunang bawa pakciknya untuk scan satu rumah. Tiba maghrib, dia kata bilik utama ada ‘benda’ 😟😱 Terus rasa seram dalam masa yang sama tak rela nak cari rumah lain sebab kawasan strategik 😭😭 



Hi rumah baru, atas bukit, ada monyet liar yang jinak, malam-malam tak payah buka aircond memang sejuk


Fully furnished dan tuan rumah friendly. Dapat tilam Vono sorang satu. Patah pinggang kemas satu rumah


Nak cari lagi sebuah almari tapi kayu jenis ni tak tahan lama walaupun cantik


Ni pun sama, almari hasil serbuk kayu yang dicompress. Harga pun dah 1k++



Alhamdulillah, tak ada ‘benda’ ikut kami semua balik. Cuma adik bongsu tunang dia boleh rasa benda tu. Rumah sewa sebenarnya dah lama jadi rnr syaitan walaupun dekat dengan masjid. Cari punya cari jumpa lah satu rumah dekat dengan rumah mak mertua. Jogging 3km dah sampai 😅 Kesimpulannya buat bakal pengantin, kalau jumpa rumah murah tu jangan jadi macam kami. Bukan tak baca berita tapi excited lupa habis. Berpindah harini dari apartment ke kondo. Semoga selamat semuanya, rumah kedua ni dah kena scan dan tunang dah pagar dengan ayat-ayat. 



Tipsnya, rumah kena sentiasa buka ayat-ayat suci al-quran, solat dan jangan lupa angkat kain di jemuran dan tutup pintu/tingkap sebelum maghrib 😉😉



13 comments:

  1. Seram pula. Ingatkan tajuk bebas makhluk tu macam makhluk perosak macam lipas ke, tikus ke.
    Habis duit sewa hangus ke? Camne orang sebelum tu boleh tinggal rumah t? Isk banyak pula persoalan.
    Selamat menempuh dalam rumah tangga.

    ReplyDelete
  2. Fuhhh lega juga dah pindah dari rumah sewa sebelum tu. Takut nak memikir nak stay dengan perasaan seram.

    P/s: Tahniah bride-to-be. Baru nak tanya tak nak ajak datang kenduri ke hehe. Tapi dah pkpp kan. Semoga semuanya selesai dan berjalan lancar.

    ReplyDelete
  3. alamak tgok gambar tu mcm boleh rasa keseramannya

    ReplyDelete
  4. kalau awal dah tau ada benda... mmg la elok dielakkan... seramm

    ReplyDelete
  5. Selamat pengantin baru nina.. ummi masa nak cari rumah sewa pn xde scan ke ap.. sb mmg nk sewa rumah xingt lah benda2 cmni kn. cume ms nk masuk tu kitorang khatam surah al baqarah..alhamdulillah xde pengalaman rumah seram.klu seram2 ni nk duduk pn xtenteram.. smoga rumah br ni xde ap3

    ReplyDelete
  6. Adoiii! baca pun seram...
    Takpelah buat yang wajib dulu wedding of the year boleh je hold dulu.

    ReplyDelete
  7. Selamat Pengantin Baru PKPP @ 18/6

    ReplyDelete
  8. uiiiish seram weh !! lagi2 yang dapat rasa ni..
    kena survey elok2 dlu na.. wah dah x lama la ni nak majlisnya..

    ReplyDelete
  9. assalamualaikum... hi everything! ;-) sihat ke tu? maaflah... baru laa ni dapat memunculkan diri. bukan sebab kuarantin tapi... err malaslah nak cakap hahaha... tak tau nak cakap apa. just harap lepas ni kita dapat bertegur sapa lagi macam dulu2... jgn lupa jenguk2 blog sy tu. sy dah bersihkan segala habuk dan sawang2 hahaha...see ya!

    ReplyDelete
  10. kalau ada benda atau something yang tetiba harga dia murah giler, always expect something fishy. kalau takde apa2 fishy, then okay la. if ada, at least kita dah ready.

    ReplyDelete
  11. Selamat duduk sendiri berdua... Jangan gaduh2😝😝😝

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah.. Akhirnya dapat rumah yang okay..
    Part mengaji, solat tu memang kena amalkan supaya tak jadi persinggahan mereka kan Nina..

    ReplyDelete
  13. Seramnya baca.. huhuuu. Lepas ni kalau tiberr ada rumah murah sewa ni kena berhati-hati nampaknya ya

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com