29 March 2018

NEW Starbucks Macadamia Cocoa Frappuccino Chip

Assalamualaikum Readers 😃

Starbucks Macadamia Cocoa Frappuccino Chip | Dengar pun sedap apatah lagi kalau dah minum separuh mesti puas. Suka betul kunyah-kunyah taburan kacang macamdamia. Kenapa lah limited edition 😑


Starbucks Macadamia Cocoa RM 22.60

Juling mata tengok macam best air rama-rama tu haha


Ada 3 perisa baru untuk dicuba dalam bulan Mac, tak sure promotion sampai bila. Wajib try semua sebelum habis promosi. Hehe. Kalau rajin topup card seronok lah sebab tak payah keluarkan duit 😅😅


Alhamdulillah rezeki tahun ni


2 hari lepas, sign surat confirm walaupun tak cukup 6 bulan lagi ☺☺ Boleh lah coti-coti.. Maaf lah tak sempat nak pos hadiah top komen, driver ofis busy hantar barang. Kesian nak minta ke pejabat pos.


26 March 2018

Makan Sedap @ The Table Penang

Assalamualaikum Readers 😁

 
Tempat Makan Sedap di The Table Penang | Spaghetti Buttermilk Chicken memanggil-manggil, nasib tak melambai dalam mimpi.. Hahaha. Kalau orang luar Penang, mengidam la ko 😅😅 Bisnes orang kita, sapa lagi nak support khen khen.


Spaghetti Buttermilk Chicken oh oh sedap


Boleh tengok entri ni "Dinner @ The Table" . Kalau ikutkan banyak lagi menu best-best, tiap bulan usha IG 😅😅 Bila dah usha tu, terliur la jawabnya. Hantu cheese kalau mai Penang, masuk dalam list okay.


1 Chicken Grill Black Pepper - RM 15
1 Chicken Buttermilk - RM 17
1 7up - RM 5
1 Ice Honey Lemon - RM 7.50

TOTAL = RM 44.50

*Harga tak berubah, makanan tetap sedap dan no gst

22 March 2018

Lunch @ Secret Recipe Autocity Juru

Assalamualaikum Readers 😃

Lunch Di Secret Recipe Autocity Juru | Buat yang pernah sampai utara, Autocity ni pit stop untuk ternak lemak sebelum gerak balik KL (raya season). Tempat ternak lemak sebab banyak resto boleh pilih 😆😆 Hehe..


Secret Recipe dengan menu telan air liur.. Haha


Promosi di Secret Recipe, menu hanya RM 18.90 free air jadi Nina plan belanja kengkawan lama yang banyak beri tolong itu ini. Cewahh. Tak sure promosi tu ada lagi ke tak tapi kek flavor baru banyak 😋😋


Harga for 3 of us :

1 Choco Brulee - RM 11.13
1 Set A (Koayteow Sup) -RM 16.89
2 Set B (Nasi) @ RM 18.77 - RM 32.54

Service Charge 10% - RM 6.56
GST 6% - RM 4.33

SUBTOTAL : RM 76.45


*makan sekali sekala di SR ni boleh pejam mata, kalau tiap-tiap bulan kopak purse


20 March 2018

Pasport Malaysia Ke 6 Paling Berkuasa Di Dunia


Assalamualaikum Readers 😀


Pasport Malaysia Ke 6 Paling Berkuasa Di Dunia | Vangga ler sikit buat kaki travel bila baca ni. Luaskan kakimu dan luggagemu 🤭😃 2 kali ada dalam artikel paper Kosmo. Berdasarkan Laporan Index Pasport 2018 yang dikeluarkan oleh firma perunding kewangan global, Arton Capital yang berpangkalan di Montreal, Kanada 🇨🇦🇨🇦🇨🇦


Pasport Malaysia merah ang ang


Semua pasport yang diberikan penarafan berdasarkan jumlah negara yang boleh dikunjungi dan dilawati bagi rakyat sesebuah negara tanpa visa. Pasport Malaysia memenuhi garis panduan yang ditetapkan oleh Pertubuhan Penerbangan Awam (ICAO) dan boleh digunakan di 157 negara tanpa visa. 


Pasport paling berkuasa di dunia adalah Singapura & Korea Selatan (162 negara tanpa visa). Passport ke 2 paling berkuasa adalah Jerman & Jepun (161 negara tanpa visa). Pasport paling lemah adalah Afghanistan di kedudukan 96 apabila hanya boleh digunakan tanpa visa di 26 negara.


19 March 2018

Birthday Treat Boat Noodle @ Sunway Carnival Mall


Assalamualaikum Readers 😃


Birthday Treat Boat Noodle @ Sunway Carnival, Seberang Jaya | 2 hari sebelum birthday, Nina dah belanja anak buah. Lama kami berdua tak makan Boat Noodle jadi bila tengok ada menu baru terus ON 😆😆


Orang Siam tak sah kalau tak makan pedas. Hujung tu menu baru Prosperity Yum!

Best partner makan2 tapi orang sebelah senang gemok. Haha


Apa menu baru tu? Nama Prosperity Yum, rasa macam nak jilat mangkuk sebab sedap. Engkau Nina kalau bab makan no 1, tidur no 2 bab lain belakang kira. Gumbira dan bahagianya hidup dan badan tak gemok 😅😃 


Happy Birthday Lokman Bin Khodziri
Dah 24 tahun dan semoga kuat, tabah. Kaka doakan semoga urusan dipermudahkan Allah. Alhamdulillah dah kerja. Lepas ni kena berdikari. Parents nak balik menetap di Surabaya. 


Total makan berdua : Harga Boat Noodle tak banyak berubah


1 Yum Mama - RM 8.96
2 Chicken Thai Rice Noodle - RM 3.76
Beef Thai Rice Noodle -RM 1.88 
1 Prosperity Chicken Thai Rice Noodle - RM 1.88
1 Beef Springy Noodle -RM 1.88
2 Thai Iced Green Tea - RM 16.04
1 Thai Iced Lemon Tea - RM 8.02


SUBTOTAL : RM 42.42
SERVICE CHARGE 5% : RM 2.12
GST 6% : RM 2.67
TOTAL : RM 47.20


Seorang yang manja tau. Bukan semua orang sondol. Ini namanya student lepak Starbucks bukan buat asiment 😑



18 March 2018

Kenangan CNY 2018

Assalamualaikum Readers 😁

CNY 2018 Si Staf Baru yang meriah dari sebelum ni. Cerita basi dah, orang lain dah taip entri CNY aku je tak, tak sempat nak update, bila dah rasmi bantal baru terus update 😅😅 24 Feb lepas, bos lanje staf lunch di Light Hotel, Seberang Jaya. Bertuah badan.


Feeling Alicia Keys . Sebenarnya ngantok ni dah makan 3x round

Last round rasa sengkak perut dan pernafasan. Maceh bos untuk lunch treat 

Sedap bantal ni, nasib bangun Subuh.. Haha


Sebagai staf baru memey tak harapkan apa pun dan tak confirm lagi. Lama tau 6 bulan uoolsss tapi bos manyak baik hati kasi angpau, lunch company, bonus, cabutan bertuah. Hmm bahagia 😍😍 


9 March 2018

15 Jenis Fon Paling Banyak Radiasi


Assalamualaikum Readers 😉

Yang ada anak tu berhati-hati ok. Founder iphone pun tak benarkan anak-anak main fon. Huhu.. Ada yang tak boleh hidup kalau tak ada menatang (benda alah) ni 😅😅 


Fon sendiri pun termasuk tapi bukan semua epal takda radiasi. Brand China tangga teratas. Nampak tak?


7 March 2018

Himalaya Herbals Purifying Neem Face Wash


Assalamualaikum Readers ☺


Himalaya Herbals Purifying Neem Face Wash | Salah satu daily face wash selain Clinelle. Sebab suka bau neem. In bahasa daun semambu. Memang pokok fav orang India. Sesuai untuk muka berjerawat, boleh cuba mana tahu sesuai. Made in India. Brand Himalaya bukan saja facial tapi untuk rambut juga. Harga RM 30.88 150 ML.


Himalaya Herbals Purifying Neem Face Wash

Baca sebelum membeli. Jangan risau tiada bahasa Tamil haha


Guna dan picit seketoi sudah cukup sebab buihnya banyakkk. Tonyoh di muka dan bilas. Biar kering sendiri dan rasa kulit gebu dan licin 😆😆 Rasa nak try beli scrub pula. Biar habis daki-daki di muka, kalau ada. Haha


Mulut tak terlalu luas. Picit pun pot keluaq seketoi. Tak meleleh

Hijau pucuk pishang 


Boleh refer website Guardian untuk promosi produk Himalaya atau brand lain. Jimat dan boleh borong. Hehe.. Senang boleh juga beli on9 di Guardian. 


5 March 2018

Samyang Hot Chicken Ramen Cheese


Assalamualaikum Readers 😃


Samyang Hot Chicken Ramen Cheese | Antara 6 jenis perisa, suka lagi perisa cheese ni. Balik kerja terus masak dan makan. Teringat dari ofis balik nanti nak makan apa sambil tengok drama kul 7 tu 😅😅 Semangkuk comel ni RM 6.95.


Samyang Hot Chicken Ramen Cheese

Haruslah angkat banyak. Suka kumpul chopsticks kayu


Entah kenapa suka lagi makan Samyang dari Maggi dan seangkatan. Pengaruh usia gamaknya. Haha.. Packaging pun kelakar nak dibandingkan Maggi Mesia. 


Serbuk cheese pun buat terliur

Kacau sebati

Tadaa rasa cheese lebih. Hantu cheese suka lah


Yang belum pernah try makan, try makan sekali memang nak lagi. Jangan ikut tuan blog ni, dia memang kaki makan. 

2 March 2018

Season Ice Peach Tea

Assalamualaikum Readers 😃

Season Ice Peach Tea | Lately cuaca panas ya amat.. Kalau tak kuat mau pengsan di ofis dengan keadaan aircond on tapi tak sejuk. Jadi nak hilangkan dahaga maka Nina angkut air tin season ni 1 bundle. Panas-panas memang legaaa dapat minum benda sejuk.


Season Ice Peach Tea RM 1.20 . Beli 6 biji jimat. 

Ofcos warna teh. 1 tin tak cukup


Suka perisa Ice Peach Tea sebab tak manis dan bau peachnya kuat. Suka bau 😍 Beli buat simpanan. Hehe


Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com