29 Mar 2017

Perbezaan Siput Lala, Remis, Sedut Dan Kupang

Assalamualaikum Readers 🙈


Perbezaan Siput Lala, Remis, Belitung Dan Kupang | Dalam entri "Resepi Sup Siput Remis" ada orang tanya siput remis dengan lala bukan sama ke? Memang tak sama pon. 


Kesian budak-budak zaman sekarang tak kenal, tak reti nak makan atau cari siput-siput ni. Syukur mak jenis 'introduce' kalau nampak ada jual terus beli. Susah nak cari di kedai2 makan yang jual siput2 ni. Sedap sangat makhluk Allah jadikan. Alahaii terliur 😂😂😂



 
Siput Lala


SIPUT LALA


Dikenali sebagai siput retak seribu di utara Malaysia. Sejenis moluska dwicangkerang yang boleh dimakan.



SIPUT REMIS

Spesis lala kecil, bentuk seakan lala tapi saiznya lebih kecil. Hanya ada sekitar bulan Jun-Disember setiap tahun. Kulit remis ada pelbagai corak unik dan berjalur, ada tak punya corak. Remis juga ada warna seperti hitam, putih dan coklat.




Siput Remis


Nak mencari hanya perlu korek tanah sedalam 1 meter dan dekat gigi air laut.



SIPUT SUDU @ KUPANG


Terdapat di kawasan air tawar seperti tasik dan sungai dan di kawasan pasang surut di pinggir laut. Siput sudu menjadi makanan laut popular di Belanda dan Belgium, biasanya dimakan dengan kentang goreng atau fries. 


Siput Sudu atau Kupang



Di Itali, siput sudu dimakan bersama makanan laut lain atau masak bersama pasta. Di Turki pula digoreng dengan tepung dan dimakan dengan kebab 'Midye Tava' atau dimakan sejuk + nasi 'Midye Dolma'. 


 
Siput Sedut atau Belitung



SIPUT SEDUT @ BELITUNG


Sejenis siput air tawar yang banyak dijual di pasar tani. Pokok bakau minyak, kurap dan api2 tempat habitat siput ini. Sumber makanan siput sedut dari bahan organik yang dibawa air sungai dan laut.

28 Mar 2017

Tips Cuci Berus Make Up

Assalamualaikum Readers..


Tips Make Up | Brush Make Up Harus Cuci Sebelum Dipakai Terbeli set brush by Kylie dari blogger. Ada sesetengah berus tak tahan lama, next entri nak review set berus. Beli berus baru jangan terus pakai, bersihkan dulu ya.


Cuci berus makeup dulu


Bila make up, berus kena bersih. Banyak sebab kenapa kita kena bersihkan sebelum pakai atau makeup kan orang. Antaranya :


  • Kalau bersihkan brush akan lebih tahan lama

  • Takkan nak makeup muka guna brush yang dah berhabuk atau kotor dengan sisa make up dulu

  • Takkan nak makeupkan muka orang lain dengan brush tak bersih / ada sisa makeup orang sebelumnya?

  • Brush baru biasanya akan ada bau macam gam. Bila basuh barulah wangi


STEP 1

Untuk makeup baru beli rendam dalam air. Lepas 1/2 jam tengok balik air tu bersih ke tak? Hikhik


Berus Kylie ni baru beli, kita rendam untuk hilangkan au gam


STEP 2

Rendam dalam air sabun, guna syampo baby Johnson. Tak ada boleh pakai gel mandian. Biar berbuih dan rendamkan berus sambil kacau dan nyanyi. Eh


STEP 3

Dah banyak kotoran keluar, kalau masih lagi keluar kotor ulang step 1 sampai bersih. Nina senang saja, ku tenyeh-tenyeh berus dengan buih hingga bersih.


STEP 4

Basuh sebersihnya dan keringkan. Lipat dalam tuala


Keringkan berus makeup guna tuala muka


p/s : Berus guna powder perlu basuh seminggu sekali, berus guna cecair kena basuh 3 hari sekali


27 Mar 2017

Medan Indonesia 2017 : Membeli Belah Di Podo Seneng Dan Kedai Paten

Assalamualaikum Readers..


 MEDAN INDONESIA 2017 : PODO SENENG II & KEDAI PATEN (DAY 2)


Seawal jam 7 pagi, Pak Adi pick up di hotel. On time, disebabkan perjalanan ke Danau Toba selama 5 jam (jika tak jammed). Sebelum gerak, singgah dulu ke kantor Pak Adi, bayar duit upah tour guide dan jumpa Pak Herry (bos). Punya lama main dengan anak ayam + selfie, jakunnya 😂😂😂


Pak Adi, supir yang drive laju

Comel anak ayam ni. Ada 4 ekor bela dalam kotak

Hi purple chick

Anak lah ayam
Anak ayam ada empat ekor
Anak ayam geramnya kat kau ♬♫♪♩


Sambung nyanyi versi RAP. Settle payment, gerak ke Podo Seneng II. Lebih kurang gerai-gerai tepi jalan. Semua kerepek nampak sedap tapi tak beli takut balik Mesia jadi punah harapan nak makan 😂😂


Kedai Podo Seneng II

Dodol perisa pandan

Bermacam jenis biskut. Rugi pulak tak beli biskut ni

Tak beli pun sebab nak terjah kedai kek sedap di bandar Medan

Kita tengok macam jalan biasa tapi ini highway bagi mereka

Bersih tapi berdebu

Bermacam jenis kerepek ada. Semua sedap

Pisang Salai Rp 10.000 . Nina beli ini saja, sedap

Van kami sepanjang 4 hari di Medan. Model pun ado

Demi mencari rejeki


KEDAI PATEN @ KEDAI KACANG TUMBUK DI MEDAN



Kedai yang menjual kacang tumbuk dan sangat fames di Medan. Kalau ke Medan, wajib singgah sini ya. Yang unik, setiap produk ada nama TengTeng, TingTing, TangTang, TungTung etc short form nama anak tokey. Lokasi kedai terletak di Permatang Siantar. 



Entrance kedai. Lala Maira cam belangkas

Biskut bermacam jenis

Berkotak-kotak kacang tumbuk

Tokey tengok jelah kami habiskan tester haha.. yang mana sedap yang tulah diborong



Kat sini bukan hanya ada jual kacang tau tapi macam-macam ada. Harga sekotak cuma Rp 25.000 saja. Beli snek yang mana fames di Medan, yang tak sedap tak beli. Hehehe



Tandas bersih dan ada penjaga handbag

Kawasan luar kedai paten ni luas. Pandai tokey cat pasu bunga kertas

Nina beli dodol hitam tanpa santan (lembut), kacang tumbuk 3 jenis. Sampai sekarang rasa rugi tak beli 10 kotak hahaha


Selesai membeli kami ke restoran dulu. Isi perut yang separa lapar ni sebelum gerak ke Danau Toba. Bersambung next entri 😃😃😃😃


25 Mar 2017

Shokubutsu Shower Foam Sakura Whitening

Assalamualaikum Readers..
 
 
Shokubutsu Shower Foam Sakura Whitening | One of my fav shower foam! Saja nak kong c dengan korang. Since kes gatal-gatal dan dah tau side effect jadi kena make sure sebelum try new product/make up etc free from SLS. Apa tu SLS? Next entri ok. 


Shokubutsu Shower Foam Sakura
 
Shokubutsu Shower Foam Sakura Whitening Refill

100%  dari tumbuhan 



Shokubutsu Shower Foam ada pelbagai jenis bau dan pilih saja. Hanya Sakura jadi pilihan dari dulu sebab wangi! 😁😁😁 Haha lepas mandi kulit wangi dan lembut bak baby. Tak pecaya sila try. Sangat jimat juga sebab buih-buih cinta banyakk. Harga untuk pack refill cuma RM 6.90 saja.



Jumlah yang diguna, sikit sudah cukup


Nak kulit seperti wanita Jepun? Jadilah feeling macam di Jepun, ada bunga sakura, sushi. Tekster shower foam yang ringan dan sedikit saja sudah cukup untuk badan.

 

24 Mar 2017

Pringles Honey Butter

Assalamualaikum Readers.. 


Pringles Honey Butter | Sejak kes Mister Potato hangat-hangat ajet hot tapi tak, terus mata terpandang bahagian Pringles dan ting! i found you, i found you Honey Butter yang tinggal lagi 2. Alhamdulillah rejeki dapat rasa. Sedappp memang terasa butter + honey, perfect combination! 😏


Pringles Honey Butter


Pringles Honey Butter dengan rasa manis-manis madu makan tak berhenti. Rugi tak kutip perabis 😂😂😂 Siapa belum try, pi beli cepat takut habis stock. Harganya RM 4.15 saja. Pringles ternyata suci dan murni 😋😋



Kepingan kuning muda 

Bahan-bahannya, tak pernah baca, ngap saja



23 Mar 2017

Medan Indonesia 2017 : Wisma Sederhana Budget Hotel

Assalamualaikum Readers..


 MEDAN INDONESIA 2017 : WISMA SEDERHANA BUDGET HOTEL


Bagi korang yang plan nak stay Medan untuk 1 malam dan pagi-pagi terus gerak ke Danau Toba, elok sangat book hotel-hotel bajet macam ini. Sebab nak tidur je kan, kami book 2 hotel berasingan di Medan. Next hotel nina review k.


Dah nama pun hotel bajet mesti ada "worst things" tapi no worries, bukan jadi isu besaq untuk gegadis ber 3. Janji toilet bersih dan tilam empuk! Nasib Lala dan Maira bukan jenis cerewet 😍😍😍 Haha. Ajak sembang bagai, aku pukul 9 malam (waktu Indonesia) dah terbungkang. 



Hadapan hotel

Tak sure berapa tingkat tapi ada lif

Receptionist
Jalan menuju ke lif di sebelah kiri dan tempat makan berhadapan receptionist

Ruang agak sempit


Kawasan hotel kami dalam China Town. Lagipun hotel kami orang Cina Medan punya, banyaklah amoi malam-malam kat area hotel. Kelakar dengar dorang cakap Indonesia. Ermm sama macam cina Mesia. Sapa penah ke Medan mesti tau malam serupa krik-krik, pekan koboi, bunyi train, NO mat rempit etc.


Bilik bersih, tilam empuk asik bangat

Ini namanya almari. Motip aircond letak tepi jamban? nasib bilik sejuk

Meja cinonet sangat

Toilet bersih jangan risau siap toiletries



Kemudahan yang disediakan, LIF (muat 3 orang)WiFi gelong/sendu (each floor ada, tak dapat on9), heater, air cond berfungsi, safety locker, towel, kettle, tong sampah, selipar, receptionist 24H dan provide breakfast. Kekurangan hotel ni :


  • Tak ada penunjuk arah kiblat
  • Tak ada tingkap di bilik
  • Hanger kede
  • Deco sangat simple sampai tak ada wardrobe
  • Cermin avail di toilet saja, jenuh kami berebut
  • Setiap bilik berbeza saiz dan ruang, family sangat sempit. Bilik untuk 3 orang lebih selesa.


Muat sorang bila jalan

Bilik sebelah lif

Nice words

Nudenyee
Info menarik di Medan
Ini jelah breakfast, janji kenyang (tea panas + bubur nasi (sedap! tambah 1x), telur goreng dan roti pandan)
Kira duit untuk bayar tour guide Rp379.000/seorang

Senang nak cari lokasi, cari tangki air ni



Mungkin ada yang ok ada yang tak lepas baca review hotel. Terpulang, cari dalam Trivago bermacam hotel ada. So far bukanlah haunted room/hotel 😊😊😊

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com