30 Nov 2020

Resepi Ayam Goreng Bread Crumb

 Assalamualaikum Readers


Resepi Ayam Goreng Bread Crumb | Sesuai untuk ibu-ibu di luar sana yang tak tahu nak masak apa bila WFH ni dan terperap dengan anak-anak. Makan panas-panas dengan nasi kosong pun sedap. Masa masak ni makan dengan sambal tumis udang. Berselera makan 👍🏼😋


Ayam goreng bread crumb


Nak masak isi ayam boleh buat nipis atau tebal tapi isi tebal tak ranggup sangat dan bread crumb susah nak melekat. Nina akan potong nipis dan ketuk bagi leper. Apa pun terpulang ikut citarasa masing-masing. Bahan penyediaan pun mudah saja.



Bahan-Bahan :


8 ketul isi ayam bahagian dada

1 cawan tepung goreng ayam (any brand)

2 sudu besar tepung jagung

Air untuk gaul

2-3 cawan serbuk roti


Caranya :


1. Basuh ayam dan toskan. Nina akan basuh guna tepung gandum untuk buang bau hanyir ayam.


Ayam dah siap bersih dengan tepung gandum

Gaul kesemua dan perap

2. Masukkan ayam, tepung gandum, tepung goreng ayam ke dalam bekas. Gaul sebati dan perap selama 18-20 minit.






3. Panaskan minyak dan sediakan serbuk roti. Salut ayam dengan serbuk roti.


4. Goreng sehingga kekuningan dan sedih untuk dihidangkan. Siap! Makan panas-panas memang ranggup.


28 Nov 2020

Langkawi Day 3 : Cable Car Dan Sky Bridge

 Assalamualaikum Readers


Langkawi Day 3 : Cable Car Dan Sky Bridge | Bersambung entri last, honeymoon di Langkawi bulan 7 lepas. Hari ke 3 dan ke 4 digabungkan sekali 😄😏 Pagi tu lepas breakfast, Ika dah kata nak pi cable car. Kami pun join walaupun Bani dan bini malas nak keluar. Bayangkan tengahari ada kat atas sky bridge. Mau hitam kami laki bini, nasib pakai sunblock. Nak kata ramai orang tak juga, tapi penuh dengan pelancong-pelancong local.


Mata tak tahan panas

Pulau yang tengah tu Paradise 101, yang tak best pun

Kami dapat vitamin D yang cukup

Marilah kita pulang, dah jadi satay atas ni



Benda ni yang kami main. Pening kepala



 Orang gayat memang takkan berani jalan


Konon keluar pagi tak nak crowded. Sangkaan meleset, masuk di kaunter tiket orang dah beratur panjang. Sementara tunggu turn kami naik cable car, ada lah beberapa tempat yang tak best kami masuk. Orang dah belanja, layan saja. Cable car ni tak macam dulu masa mula-mula Nina pi, sekarang ada macam-macam aktiviti walaupun sesuai untuk kanak-kanak dan harga tiket yang semakin melambung. Rasa tak berbaloi kalau guna duit sendiri 😅😅


Candid

2 couple pengantin baru. Haha

Air terjun telaga 7

Laksa ikan sekoq

Cendol ceroi, laksa pun ceroi (cair), tak berapa cukup rasa. Mak masak laksa lagi pekat

Mandi pool puas-puas. Entah bila nak stay sini lagi

Sepasang dugong

Kit Kat, Cadbury, Hershey's dan M&M untuk family. Total RM 231.50


Balik dari Cable car, singgah makan laksa ikan sekoq yang kononnya sedap di Langkawi. Maaflah tak menepati expectation kami ber 4 yang memang layan laksa Penang. Ingatkan sedap rupanya tak berapa. Balik dari makan, aktiviti kami diteruskan dengan laut dan pool. Mandi puas-puas sebab keesokkannya nak balik dah. Hari last, kami checked out hotel dan pi bersarapan sebelum terjah Haji Ismail Group nak borong coklat, adik-adik ipaq dah order sorang satu tapi sangkaan kami meleset. Banyak stok coklat yang tak ada !! Kinder Bueno langsung tak ada. Hanya beli Cadbury, Ferrero Rocher dan Hershey's 😒 Adios Langkawi, entah bila nak jejak lagi. Sebab bila border buka memey keluar oversea laaaa. 


27 Nov 2020

Maybelline Fit Me Concealer

 Assalamualaikum Readers


Review Maybelline Fit Me! Concealer | Rupanya banyak barang makeup yang Nina tak review lagi tapi dah berzaman habis 😄😅 Ini salah satu concealer yang masih dipakai, tinggal sikit lagi. Apa kegunaan concealer? Ia lebih kurang hide jerawat dan bekas jerawat lepas apply foundation. Produk ni sangat sesuai sebab tekstur yang ringan dan tidak melekit di wajah.


 Maybelline Fit Me! Concealer

Shade - 25 Medium


Apa yang best produk ni bila pakai cepat menyerap dan dari jenis cecair yang hampir sama kandungannya apabila apply foundation dari brand yang sama. Jangan risau Maybelline pasti akan mengeluar warna shade yang hampir sesuai dengan pengguna di Malaysia. Brush juga mudah diapply. 


Berus concealer Maybelline macam lipgloss

Suka pakai di bawah mata. Tak nampak macam mata panda


Review :


  • Size yang kecil dan mudah dibawa

  • Harga pun murah, hanya RM 26.00

  • Botol yang ringan dan transparent ini memudahkan pengguna untuk nampak isi dalaman. Cara buka pun mudah hanya putarkan penutup concealer.

  • Warna shade lebih dari 8 jenis yang boleh sesuai dengan kulit pengguna.

  • Ekstrak chamomile yang bermanfaat untuk memudarkan kawasan gelap di bawah mata, menyamarkan redness di muka dan melembapkan kulit. 

  • Produk ini tidak sesuai untuk kulit sensitif kerana mengandungi sulfate dan paraben.

  • Teksturnya tidak terlalu cair dan terlalu pekat sehingga membuatkan kulit jadi crease. Dapat dijadikan highlight dan eyeshadow base. Bila apply eyeshadow tu jadi lebih pigmented dan tahan lama.

26 Nov 2020

Langkawi Hari 2 Dan 3 : Tengok Fire Show Di Kalut Bar, Pantai Chenang

Assalamualaikum Readers


Langkawi Hari 2 Dan 3 : Tengok Fire Show Di Kalut Bar, Pantai Chenang | Malam hari kedua lepas dinner terus ke sini. Masa sampai tu tak ramai orang dan show baru nak start. Dapat port baik punya. Hubby kata tahun lepas lagi ramai orang. Mungkin disebabkan covid, pelancong luar negara pun tak ada jadi tak crowded sangat. Hari ke 2 dan ke 3 kami pi tengok fire show ni, Nina masukkan dalam satu entri senang. Layan video-video fire show di tepi laut. Memang happening! 


Kan dah kena jadi mangsa

Berapa lama agaknya nak pandai main api ni




Banyak lagi video tapi yang ini paling pendek untuk di upload 😁


Fire show di Kalut Bar ni bukan macam oversea dan jika ada fire show tempatnya mesti lah open. Jangan fikir macam masuk bar/club malam 🤣😂 Hanya jual minuman dan snek sahaja. Minuman dari halal hingga haram. Haha.. Show tu mostly dari anak-anak muda Langkawi, kerja part time cari duit. 2 malam kami pi, 2 kali kami bagi tips. Bantu sikit, ingat beli diesel dan minyak gas guna daun 😬 Geram tengok yang datang lepak saja tak bagi tips 🙄 Kami ber 6 buat sampai blah macam tu 😆


Memang cantik bila berpusing

Boleh terasa bahang panas di muka




Suasana Kalut Bar

Official instagram


Fire show berlangsung dari pukul 8-10 malam tak silap. Tak ada lah sampai tengah malam. Tak pasal kena saman. Harap pemain-pemain fire show tu boleh survive time pandemik ni. Semuanya mengharapkan pelancong saja. Tunggu next entri, tak habis lagi cerita honeymoon. Kalau singgah ke Langkawi, jangan lupa support bisnes orang kita.  

25 Nov 2020

Bath And Body Works : Wild Rose And Apple Body Scrub

 Assalamualaikum Readers 


Bath & Body Works : Wild Rose & Apple Body Scrub | Antara produk BBW pertama yang beli di JPO tahun 2018. Dah habis guna pun. Sambungan dari K FRY 🤪 Lama-lama peram boleh jadi jeruk. Produk-produk bath & body works semua wangi.  Setakat ni masih pakai body scrub dan shower gel. Habis pakai, akan review 😬


Bath & Body Works : Wild Rose & Apple Body Scrub

Bau kombinasi rose dan apple. Wangi! Nina beli RM 83, kalau sale harga drop RM 50 ke bawah


Wild Rose & Apple body scrub ni antara produk yang cepat sold out bila ada sale. Setiap bulan ada sale untuk semua produk. Bath & body work body scrub, betul-betul buat kulit lembut, wangi dan cerah. Selepas guna, kulit terasa macam baru lepas ke spa. Nina tak pernah ke spa untuk buang segala daki-daki, semuanya buat sendiri di rumah tak kira sebelum atau selepas covid.


Rindu nak shopping kat JPO dalam keadaan aman, tak ramai orang

Lotion ni pun wangi. Bau soft - RM 24.10 after discount (harga asal RM 61)

Guna scrub tanpa basahkan kulit lebih mudah daki-daki degil keluar

Lepas sental biar seketika sebelum bilas bersih

Perbezaan lepas guna body scrub


Tips untuk beli haruslah tunggu sale. Kena cari personal shopper BBW, mostly staff. Nina pun ada PS, bini kawan hubby. Kerja di Queensbay Mall, nak beli apa tunjuk saja 😆 Ada sales tak perlu beratur panjang. Wasap saja nak yang mana 😉👍🏼 


Susu Nilofa Perisa Mangga, Sedap Ke Tidak?

Assalamualaikum Readers


Susu Nilofa Perisa Mangga, Sedap Ke Tidak? | Last minum susu nilofa perisa pisang. Sejak dari itu, dah tak minum. Nasib adik ipar belanja. Tekak tak boleh terima bau pisang yang kuat 😅 Teringat susu pisang Korea punya 😋 Diam tak diam dah 4 flavour air dikeluarkan. Durian dan kurma+pisang tu nampak tak menarik. Hehe.. Takut tekak tak boleh terima. Susu kurma farm fresh dihatikuuuu.


Susu Nilofa perisa mangga RM 35 (incl postage)

Sedap diminum sejuk. Terlajak sedap bila separa frozen (kes nak cepat sejuk sampai lupa)


Nina beli 1 kotak dulu, nasib baik sedap! Lepas ni boleh order lagi untuk adik-adik ipaq kesayangan. 3 orang tu mendorong Nina menjadi gemok. Order di instagram dan pos jer, malas nak keluar berCOD bagai. Sekarang bahaya betul duduk rumah 5 hari tak keluar, buka socmed ramai pos gambar makanan.


Rasanya tak terlalu manis, just nice, bau wangi dan air warna kuning 

Nina order dengan Diana. Area berdekatan boleh COD


Susu nilofa perisa mangga ni rasanya just nice, tak terlalu manis i loikkee, bau dia wangi, zat mangga dalam air ada tapi sikit. Jangan lah over expectation macam minum jus mangga asli. Dapatkan di agent, dropship atau Shoppe. Harga tak sama, pandai-pandai cari.


23 Nov 2020

McDonalds Green Tea McFlurry Sedap

 Assalamualaikum Readers


McDonalds Green Tea McFlurry Sedap | Kalau perasan perisa ni dah banyak kali keluar tapi tak pernah cuba beli. Disebabkan hari ini ada hal jadi order dengan food panda. Alhamdulillah kali ni McDonald’s dah upgrade rasa aiskrim ni dan kurangkan serbuk matcha tak macam dulu. Rasanya sedap dan manis, rasa lebih kurang minum air Starbucks green tea. Rasa green tea balance dengan vanila 😍😋


Green Tea McFlurry McDonald’s

Green tea dan vanila . Dah tak ada serbuk matcha


Sebagai peminat McDonald’s dan penggemar aiskrim, setiap bulan mesti order. Seronok meneroka kelazatan aiskrim McD setiap bulan. Ada saja perisa baru. Yang belum cuba Sea Salt, jangan sedih sebab restoran dah stop pengeluaran. Promosi hanya sebulan sahaja.


Hanya RM 7.08


Apa pun aiskrim McDonald’s yang bertakhta di hati mestilah durian, cheesecake dan hershey’s. Sebenarnya banyak lagi tapi tulah lain orang lain seleranya. Yang belum cuba boleh singgah ke McD dan order aiskrim matcha bersama chocolate pie. Kedua-dua menu ni dah comeback hanya untuk sebulan sahaja.


Install Truecaller Untuk Elak Jadi Mangsa Scammer

 Assalamualaikum Readers


Install Truecaller Untuk Elak Jadi Mangsa Scammer | Sejak hubby install apps Truecaller di fon dua tahun lepas, dah tak risau nak jawab panggilan walaupun no tak dikenali. Selalunya yang call tu posmen, kurier service dan rider food panda. Kalau perasan yang jadi mangsa scammer ketika pandemic ni lagi banyak. Modus operandi orang-orang scam ni berjaya la 😃😂 Scammer ni memang tak guna, lepas call guna no office tak berjaya, guna no fon pula. Haha.. 



Install apps Truecaller untuk elak jadi mangsa scammer


Mengambil kesempatan di kala ramai yang kehilangan kerja. Pecayalah yang call tu, orang kita juga. Semoga dapat taubat sebelum waktunya yaa. Rasanya semua fon ada apps untuk install. Nanti free boleh install. Senang hidup bila tak ada gangguan dari mana-mana termasuklah bank dan orang-orang insurans ni. Semak hidup, hari-hari call. 


22 Nov 2020

Resepi Bayam Brazil Goreng Ikan Masin Dan Khasiat Bayam Brazil

 Assalamualaikum Readers


Resepi Bayam Brazil Goreng Ikan Masin Dan Khasiat Bayam Brazil | Dekat rumah mak sekarang ada 2 pasu pokok bayam brazil. Lepas dah kawen, dorang masak meggi goreng letak bayam brazil 😂😋 Dengar pun dah terliur. Katanya malas nak masak style kailan ikan masin. Kerap makan ikan masin, darah tinggi pula. Satu pasu lagi, Nina bawa ke rumah MIL. Dah daun lebar nanti nak goreng begitu saja sebab MIL tak pernah makan.



Bayam Brazil Goreng Ikan Masin

Style resepi ni ala kailan tapi lebih sedap sebab tak kecut lepas dimasak. Masak sayur tanam sendiri boleh jimat belanja dapur. Bayam brazil ni boleh masak pelbagai jenis tau, bukan hanya di buat ulam. Banyak lagi manfaat dan kebaikan dari bayam brazil yang ramai tak tahu.




Bahan-Bahan :


Semangkuk bayam brazil - dibersihkan

3 cili padi (kalau suka pedas boleh lebihkan)

3 ulas bawang merah

2 ulas bawang putih

3 sudu besar cili boh

1 ekor ikan masin (digoreng & diramas isi)

Gula dan perasa secukupnya


Cara Memasak :


1. Goreng ikan masin terlebih dahulu.


2. Tumbuk bawang merah dan putih sehingga lumat. Kalau potong begitu saja pun boleh.


3. Tumis bawang dan cili padi yang telah dipotong. Masak hingga naik bau.


4. Masukkan cili boh dan tambah sedikit air. Untuk elakkan hangit. Biar sehingga mendidih kemudian masukkan gula dan perasa.


5. Dah cukup rasa, masukkan ikan masin dan sayur bayam. Gaul hingga rata dan biarkan seketika sebelum sedia dihidang.


________________________________________________________________________


Khasiat Bayam Brazil :


Khasiat bayam brazil

- Melawan kanser

- Mengekalkan kesihatan mata

- Mengandungi vitamin K

- Menguatkan tulang

- Menurunkan berat badan

- Meningkatkan sistem imuniti badan

- Membantu sistem penghadaman

- Mengelakkan sembelit

- Melancarkan darah dan mencegah anemia

- Mengatasi masalah gusi dan kesihatan mulut

- Mengekalkan kesihatan ibu mengandung


Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com