8 Nov 2020

PKPB Dan Mengidam

 Assalamualaikum Readers


Nak hadap balik PKPB ni pun rasa tak sanggup, apatah lagi 4 minggu 😂😂 Kesian lah rakyat macam kami ni. Nak balik jenguk parents pun tak boleh walaupun satu negeri, tetap keluar daerah lain. Harap keluarga dilindungi Allah. Nasib baik parents sejenis tak suka merayap or jenis tak ikut SOP. Boleh dikatakan educated jugak bab-bab jarak sosial ni. Alhamdulillah bab itu. Harini, ambil kesempatan balik sekejap, selepas ni lepas rindu dengan call jelah. Alhamdulillah, malam ni dapat publish komen-komen yang beratus 😅😆 dan siapkan job review PG Mall. Lama rasanya tak blogging guna PC. 


Lepak di ofis hubby sambil layan blog. Orang laki start main game jangan harap nak stop


Sebelum start PKPB, layankan tekak yang mengidam

Beli BR mesti pilih Quart 700g (RM 59.50) tu sebab boleh add on 2 flavour - Macadamia Nuts ' n Cream + Pistachio


Start kes naik mendadak, Nina dah tak berani nak ke mall. Serius! Semuanya thru online, beli barang sampai lah ke order makanan. Kalau ke pasaraya, mesti pi pagi sebab tak ramai orang lepas tu terus balik rumah. Pishanggg lah kat rumah. Nasib baik rumah in law dekat. Boleh Nina buat aktiviti berkebun. Pokok roselle dah nak tumbang sebab buah dah besar. Bila PKPB ni, mood masak ke laut lah. Kadang-kadang, order food panda pun bosan jugak. Mesti gagahkan diri masak makanan simple. Tak sampai hati, sebelum balik kerja mesti hubby call tanya masak apa. Duduk berdua tak masak banyak, membazir. 


Comel pulak tengok box ni tapi dah buang


J.Co Donut ni kalau beli di mall, mesti flavour yang nak tak ada. Bila order dalam Food Panda, ada pulak


Food Panda pun satu hal, kadang order air sejuk yang sampai air panas. Sekali sekala layan fast food okay, kalau hari-hari mau jemu tengok menu yang ada. Duit tu tak tahan, delivery charge pun mahal 😪😤 Semoga seorang Nina, rajin masak dalam 4 minggu ni. Haha.. dah tak tau nak masak menu apa. Harap boleh dapat ilham bila baca blog 😁😆


12 comments:

  1. Itulah tidak sangka kena PKPB di Melaka ini. Harap tidak dilanjutkan. Semalam pergilah pusat beli-belah beli barang-barang penting dan barang untuk kemas rumah.
    Ahaks kemas rumah sahaja kalau tiada benda hendak buat.

    ReplyDelete
  2. Lama tak masuk sini...tau- tau dah ada hubby...hehehe...akak WFH ikut rotation...rimas uiiii.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suria Amanda : Jadi bini dari bulan 6. Hehe

      Delete
  3. Kene rajin2 tgk blog yg cerita psl masak baru ngidam nak makan masakan dimasak hehe 🤪 tp tu la kalau dlm foodpanda ni blh 1order boleh order byk2 kedai best sikit blh suruh abg foodpanda round 1 mall sb saya nk donut jco kemudian air tealive last abg pg beli aiskrim BR haha best kan kalau blh cm tu? 😝

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ma : kalau boleh order 1 mall, food panda dh bankrup. Hahah

      Delete
  4. Betul tu, x blh order hari2, mahal. Especially kalau order sikit2 ja...

    ReplyDelete
  5. Jenuh jugak nak duduk umah je lagi 4 minggu.Dah lah tak boleh balik kampung. Rindu dah kat mak ayah kat kampung huhuhu .Moga wabak ini cepat pergi ;)

    Selalu jugak terjah blog rakan-rakan blogger cari idea nak masak hehehe

    ReplyDelete
  6. sugar craving nih..lama tak makan donut J&co ni, makan masa viral dulu2..

    ReplyDelete
  7. Tengok vlogger korean depa masak simple2 pun nampak sedap.. Esok buat sup ayam cendawan ja.. Sebab da mals

    ReplyDelete
  8. omo memang time pkpb lah ngidam mcm mcm . nampak donut nak donut pulak eh ?? hahaha . saya perempuan pun tpi suka tau main game hehe

    ReplyDelete
  9. Samalah. Lama x gi mall. Gi supermarket je beli groceries. Tp terbalik dengan Nina. Time pkp segala mak nenek resepi keluar

    ReplyDelete
  10. bila duduk rumah memang buntu fikir nak masak apa setiap hari.. huhuhu

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com