26 Nov 2020

Langkawi Hari 2 Dan 3 : Tengok Fire Show Di Kalut Bar, Pantai Chenang

Assalamualaikum Readers


Langkawi Hari 2 Dan 3 : Tengok Fire Show Di Kalut Bar, Pantai Chenang | Malam hari kedua lepas dinner terus ke sini. Masa sampai tu tak ramai orang dan show baru nak start. Dapat port baik punya. Hubby kata tahun lepas lagi ramai orang. Mungkin disebabkan covid, pelancong luar negara pun tak ada jadi tak crowded sangat. Hari ke 2 dan ke 3 kami pi tengok fire show ni, Nina masukkan dalam satu entri senang. Layan video-video fire show di tepi laut. Memang happening! 


Kan dah kena jadi mangsa

Berapa lama agaknya nak pandai main api ni




Banyak lagi video tapi yang ini paling pendek untuk di upload 😁


Fire show di Kalut Bar ni bukan macam oversea dan jika ada fire show tempatnya mesti lah open. Jangan fikir macam masuk bar/club malam 🤣😂 Hanya jual minuman dan snek sahaja. Minuman dari halal hingga haram. Haha.. Show tu mostly dari anak-anak muda Langkawi, kerja part time cari duit. 2 malam kami pi, 2 kali kami bagi tips. Bantu sikit, ingat beli diesel dan minyak gas guna daun 😬 Geram tengok yang datang lepak saja tak bagi tips 🙄 Kami ber 6 buat sampai blah macam tu 😆


Memang cantik bila berpusing

Boleh terasa bahang panas di muka




Suasana Kalut Bar

Official instagram


Fire show berlangsung dari pukul 8-10 malam tak silap. Tak ada lah sampai tengah malam. Tak pasal kena saman. Harap pemain-pemain fire show tu boleh survive time pandemik ni. Semuanya mengharapkan pelancong saja. Tunggu next entri, tak habis lagi cerita honeymoon. Kalau singgah ke Langkawi, jangan lupa support bisnes orang kita.  

9 comments:

  1. Bestnya Nina boleh gi Langkawi. I is jeles. Tengok free tu memang tak patut. Main api ni pkai skill, bertahun2 belajar. Semoga industri pelancongan di Langkawi dan Malaysia pulih semula

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salbiah : Ke Langkawi bulan 8 lah. Sekurangnya ada la income budak2 tu.

      Delete
  2. wow ingat pantai kat Thailand je ade persembahan api camni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Raz : Malaysia pun dh ada termasuk di Perhentian dan Redang

      Delete
  3. waah da macam kat Perhentian.. cantiknya !! yang berpusing2 tu lawa..

    ReplyDelete
  4. Teringin nak tengok fire show in real. Tapi dalam masa yang sama seram pulak tengok. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Azhafizah : Di redang dan perhentian pun dh ada fire show ni. Dari sebelum pandemik lg

      Delete
  5. Hebatnya orang yang pandai buat show ni. Mesti sangat mahir dan memakan masa juga buat latihan.

    ReplyDelete
  6. Kita pn honeymoon langkawi 🙃

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com