30 November 2020

Resepi Ayam Goreng Bread Crumb

 Assalamualaikum Readers


Resepi Ayam Goreng Bread Crumb | Sesuai untuk ibu-ibu di luar sana yang tak tahu nak masak apa bila WFH ni dan terperap dengan anak-anak. Makan panas-panas dengan nasi kosong pun sedap. Masa masak ni makan dengan sambal tumis udang. Berselera makan 👍🏼😋


Ayam goreng bread crumb


Nak masak isi ayam boleh buat nipis atau tebal tapi isi tebal tak ranggup sangat dan bread crumb susah nak melekat. Nina akan potong nipis dan ketuk bagi leper. Apa pun terpulang ikut citarasa masing-masing. Bahan penyediaan pun mudah saja.



Bahan-Bahan :


8 ketul isi ayam bahagian dada

1 cawan tepung goreng ayam (any brand)

2 sudu besar tepung jagung

Air untuk gaul

2-3 cawan serbuk roti


Caranya :


1. Basuh ayam dan toskan. Nina akan basuh guna tepung gandum untuk buang bau hanyir ayam.


Ayam dah siap bersih dengan tepung gandum

Gaul kesemua dan perap

2. Masukkan ayam, tepung gandum, tepung goreng ayam ke dalam bekas. Gaul sebati dan perap selama 18-20 minit.






3. Panaskan minyak dan sediakan serbuk roti. Salut ayam dengan serbuk roti.


4. Goreng sehingga kekuningan dan sedih untuk dihidangkan. Siap! Makan panas-panas memang ranggup.


14 comments:

  1. Bagus untuk hidangan anak-anak ni. Biasanya anak-anak kurang gemar makan ayam bahagian dada, tapi kalau dah begini cara gorengannya, dah tak nampak rupa dada ayam dah. Yang nampak ayam goreng bread crumb yang sangat sedap dan crispy!

    ReplyDelete
  2. baca entri ni sambil berpuasa.. hahaha..

    ReplyDelete
  3. sedapnya, makan panas2 sisah sos..nak2 ada pulak coleslow hehehe

    ReplyDelete
  4. sedap. makan panas2 tauk cheezy pulak fuhhh!

    ReplyDelete
  5. Bt sos garlic mcm 4fingger sdp niii

    ReplyDelete
  6. bila rajin inilah hasilmya...

    untung anak-anak dapat ibu yang rajin hehehe

    ReplyDelete
  7. Replies
    1. Salbiah : Macam nyanyi lagu Gardenia. Harga roti naik dh

      Delete
    2. Ada bread crumb terus saya teringat chicken chop.

      Delete
  8. Sedap cara Nina masak ketul dulu bagi leper. Salut bread crumb ni lagi sedap crunchy dia kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Azhafizah : Sebab nk lebih sedap crunchy. Bila leper senang nk mengoreng

      Delete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com