22 Nov 2020

Resepi Bayam Brazil Goreng Ikan Masin Dan Khasiat Bayam Brazil

 Assalamualaikum Readers


Resepi Bayam Brazil Goreng Ikan Masin Dan Khasiat Bayam Brazil | Dekat rumah mak sekarang ada 2 pasu pokok bayam brazil. Lepas dah kawen, dorang masak meggi goreng letak bayam brazil 😂😋 Dengar pun dah terliur. Katanya malas nak masak style kailan ikan masin. Kerap makan ikan masin, darah tinggi pula. Satu pasu lagi, Nina bawa ke rumah MIL. Dah daun lebar nanti nak goreng begitu saja sebab MIL tak pernah makan.



Bayam Brazil Goreng Ikan Masin

Style resepi ni ala kailan tapi lebih sedap sebab tak kecut lepas dimasak. Masak sayur tanam sendiri boleh jimat belanja dapur. Bayam brazil ni boleh masak pelbagai jenis tau, bukan hanya di buat ulam. Banyak lagi manfaat dan kebaikan dari bayam brazil yang ramai tak tahu.




Bahan-Bahan :


Semangkuk bayam brazil - dibersihkan

3 cili padi (kalau suka pedas boleh lebihkan)

3 ulas bawang merah

2 ulas bawang putih

3 sudu besar cili boh

1 ekor ikan masin (digoreng & diramas isi)

Gula dan perasa secukupnya


Cara Memasak :


1. Goreng ikan masin terlebih dahulu.


2. Tumbuk bawang merah dan putih sehingga lumat. Kalau potong begitu saja pun boleh.


3. Tumis bawang dan cili padi yang telah dipotong. Masak hingga naik bau.


4. Masukkan cili boh dan tambah sedikit air. Untuk elakkan hangit. Biar sehingga mendidih kemudian masukkan gula dan perasa.


5. Dah cukup rasa, masukkan ikan masin dan sayur bayam. Gaul hingga rata dan biarkan seketika sebelum sedia dihidang.


________________________________________________________________________


Khasiat Bayam Brazil :


Khasiat bayam brazil

- Melawan kanser

- Mengekalkan kesihatan mata

- Mengandungi vitamin K

- Menguatkan tulang

- Menurunkan berat badan

- Meningkatkan sistem imuniti badan

- Membantu sistem penghadaman

- Mengelakkan sembelit

- Melancarkan darah dan mencegah anemia

- Mengatasi masalah gusi dan kesihatan mulut

- Mengekalkan kesihatan ibu mengandung


6 comments:

  1. Suburnya bayam brazil! Sedap betul tu masak dengan ikan masin.Belakang dapur Kak Amie ada 3 pasu bayam brazil, tapi jarang jengok pula. Agaknya kalau selalu dipetik pucuk dia, lagilah cepat muncul pucuk baru yang lebih lembut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amie : Rajin siram dengan air bilasan beras seminggu sekali. Kalau selalu dipetik
      pucuk memang cepat tumbuh pucuk yg baru.

      Delete
  2. Sedapnya goreng pedas2 macam ni. Kailan dah biasa kan, pakai bayam brazil baru international gitu

    ReplyDelete
  3. Fiza pun ada sepasu bayam brazil. tapi tak rimbun sangat. Kena tukar pasu besar agaknya lah. Sedap bayam brazil. Tak pernah lagi masak bayam brazil ikan masin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Azhafizah : Kena tukar pasu besar sikit baru pokok bayam brazil merimbun dan rajin kutip daun akan keluar besar-besar.

      Delete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com