24 May 2025

Resepi Daging Goreng Kunyit

Assalamualaikum readers


Resepi Daging Goreng Kunyit | Antara resepi yang mudah dan menjadi favorite sekeluarga. Lagi banyak bawang lagi best. Goreng bawang sampai ranggup. Kalau makan di kedai tomyam, wajib order hehe.. nak dekat hari raya haji, mestilah banyak resepi daging kena cuba.




Bahan-bahan :


Setengah kilo daging

2 sudu serbuk kunyit

1 sudu garam

2 ulas bawang putih

Setengah bawang holland

1 biji bawang merah

4 ulas cili padi

Air


Cara-Caranya:


1. Gaulkan serbuk kunyit dan gaul sehingga sebati kemudian rebus. Rebus hingga daging lembut/empuk dan air rebusan kering.




2. Masuk 1/2 minyak untuk menggoreng.


2. Masuk bawang putih, bawang merah atau bawang holland. Masak hingga garing dan ranggup.



4. Last step masuk cili padi, siap!

Selamat Mencuba ☺

7 May 2025

Resepi Udang Goreng Telur

Assalammualaikum readers


Resepi Udang Goreng Telur | Antara menu yang dimasak pada bulan ramadhan yang lepas. Menu simple untuk berbuka, nak buat bekal untuk ke pejabat dan bekal suami pun boleh. Ada udang lebih boleh cuba 😄




Bahan-bahan :


16 ekor udang

1 sudu kecil garam

1 sudu perasa

1 sudu tepung jagung

4 biji telur

2 ulas bawang putih

2 tangkai daun bawang


Cara-caranya :


1. Perap udang bersama garam, perasa dan tepung jagung.




2. Tumis bawang putih, masukkan udang. Setelah udang hampir masak masuk telur yang telah dikacau.



3. Lastly, masuk daun bawang. Siap untuk dihidangkan. Sedap makan panas-panas dengan nasi putih.

26 Apr 2025

Resepi Puding Roti Kastard (Air Fryer)

Assalammualaikum readers


Resepi Puding Roti Kastard (Air Fryer) | Lama tak buat dessert, untuk bulan puasa lepas Nina sempat buat untuk menjamu sepupu-sepupu yang berbuka di rumah. Banyak variasi resepi puding roti tapi yang ini diolah terutama suhu air fryer. Banyak brand air fryer dan suhu pun berlainan. Nina guna brand TEFAL.



Yang tak pernah makan atau cuba masak, boleh ikut resepi ini. Lebih mudah berbanding bakar guna oven, sebab oven bakar lebih lama.


Bahan untuk puding :


10 keping roti Gardenia

Buttercup

Susu Dutch Lady full cream

4 sudu gula

2 biji telur

Sedikit esen vanila

Chocolate chips atau kismis



Caranya :


1. Sapu butter di roti dan potong roti kepada 4 segi kecil dan susun ke dalam acuan.


2. Masukkan 2 cawan susu full cream, 4 sudu gula, 2 biji telur dan sedikit esen vanila. Mixed semua bahan dan tuang ke dalam roti yang telah di potong.


3. Biarkan adunan roti seketika sebelum tabur chocolate chips atau kismis.




4. Bakar adunan roti dalam air fryer, suhu 150°c selama 15 minit. (TIPS : cucuk dengan garfu, kalau tak melekat, maknanya puding roti sudah masak, kalau belum masak, bakar semula dalam 5-10 minit).


Siap bakar (atas tak keras, bawah roti tekstur lembut)


Bahan sos kastard :


1 tin susu cair (Carnation lebih sedap)

1/2 cawan air

1 sudu gula

1 sudu tepung kastard

Mixed semua bahan dan kacau di atas api sederhana selama 5 mminit. Dah siap masak, simpan dalam fridge. Nak makan buang tuang atas roti. 


SELAMAT MENCUBA

23 Apr 2025

Resepi Udang Daun Kari

Assalammualaikum readers


Resepi Udang Daun Kari | Untuk menu bulan puasa tahun ini, disebabkan letih + malas, lauk berbuka dan sahur adalah sama. Janji suami dan bapak tak kisah. Hari-hari masak menu simple supaya tak membazir, kiranya masak mesti akan makan hingga habis, tiada pembaziran.



So resepi ni paling mudah nak masak, janji ada udang. Makan dengan nasi putih, letak telur gedik, marveles. Makan nasi bertambah. Nak lauk tu tahan lama, pastikan masak hingga pecah minyak.


Bahan-bahan :


12 ekor udang

2 tangkai daun kari

2 ulas bawang merah (ditumbuk)

2 sudu cili kisar

2 sudu kicap manis

2 sudu sos tomato

Sedikit air asam jawa

1 sudu garam

Perasa secukupnya


Cara Memasak :


1. Goreng udang hingga separuh masak. Toskan.



2. Masukkan daun kari dan bawang merah. Tumis sekejap. 


3. Masukkan cili kisar, masak sehingga pecah minyak.


4. Apabila sudah pecah minyak, masukkan sos tomato dan kicap manis. Masak hingga pecah minyak lagi, kemudian masuk air asam jawa.



5. Masukkan garam dan perasa, lastly masuk Udang yang digoreng tadi. Siap!

15 Dec 2024

Resepi Loaded Nachos Viral

 Assalamualaikum readers


Resepi Loaded Nachos Viral | Resepi yang viral di TikTok bulan lepas dan hampir setiap hari bila scroll laju keluar resepi ni. Ada yang jual mahal ada yang murah, resepi bermacam jenis sampai dah ubah resepi asalnya dari Mexico. Sedap gila Loaded Nachos Cheese ni. Nina guna resepi asal wajib ada Guacamole.


Loaded Nachos Cheese Viral


Prefer buat sendiri sebab tak baik untuk kesihatan bila makan dalam plastik nachos tu. Makanan dah sihat tapi makan dalam plastik keropok macam tu saja. Buat sendiri kadar kebersihan tu terjamin. Yang penting boleh makan berulang kali sambil layan Netflix. Hehe.. Resepi untuk 2-3 orang makan.


Nachos jangan beli Twisties punya macam support Zionis. Boleh beli nachos di kedai bakery atau brand Mission Tortilla Chips.



Bahan-bahan :


400gm daging cincang

1 sudu kecil garam

1 sudu blackpepper

1 sudu garlic powder



Sos putih :


2 sudu plain yogurt

4-5 sudu mayonis

3 ulas bawang putih

1 sudu kecil garam

1 sudu kecil lada hitam

Sedikit jus lemon & serbuk/daun parsley



Sos hijau :


1 biji avocado

1 batang daun ketumbar

4 sudu besar mayonis

Sedikit air

2 batang cili padi

1 sudu jus lemon



1 biji tomato & bawang merah potong dadu

Nampak tak gabungan sos putih & hijau btw mayonis boleh tukar dari Lady's Choice ke brand Telly.


Resepi ni sesuai untuk kudapan secara sihat, memang nak galakkan readers kurus dan sihat. Hehe.. Selamat mencuba!

18 Dec 2023

Resepi Ayam Bawang Ala Mamak

Assalamualaikum readers


Resepi Ayam Bawang Ala Mamak | Percuban masak pertama kali berjaya! Hubby tambah 3 kali, ini bukan nak memuji diri tapi dia sejenis suka masakan mamak. Kawan mamak banyak dari kawan melayu 😅 Atau pun sebab Nina dah lama tak masak sejak kandungan ada masalah.


Ayam bawang ala mamak


Ayam bawang ni mudah nak masak cuma kena goreng ayam dengan bawang dulu lah. Agak makan masa di situ. Yang tak ada idea nak masak ayam boleh cuba, sedap makan panas-panas dengan telur mata kerbau 😋


Bahan-bahan :


Ayam

1 ulas bawang merah

3 ulas bawang putih

1 inci halia

(Semua dikisar)

1 sudu cili kisar

1 helai daun pandan

1 batang serai

4 sekawan

2 helai daun kari

Gula

Kicap manis

Sos tiram

Sos cili

Sos tomato


5 ulas bawang merah (untuk tabur di atas ayam)


Cara-caranya :


1. Goreng bawang merah untuk tabur dahulu.



2. Goreng pula ayam yang telah diperap dengan serbuk kari + garam, guna minyak yang sama.


3. Guna minyak goreng ayam untuk tumis bahan kisar.


4. Masukkan daun pandan, serai, daun kari & 4 sekawan



5. Masukkan ayam dan kesemua sos termasuk gula. Biarkan sebati. Bila semuanya secukup rasa boleh tabur bawang goreng.

10 Dec 2023

Resepi Sosej Roll Dengan Paratha

 Assalamualaikum readers


Resepi Sosej Roll Dengan Paratha | Kat rumah wajib ada stok paratha, sebab boleh terciptanya bermacam jenis resepi. Menu paling Harraz suka sebab ada sosej 😂 Susah nak bagi budak 'picky eaters' ni makan. Nasib MIL cakap mewarisi peeelll bapaknya masa kecik.


Sosej rolls tanpa cheese


Sebelum ni share resepi guna tuna. Memang mudah nak buat bekal. Jadi mak-mak pastikan cuba, buat stok dalam peti sejuk, kalau lapar atau nak tengok Netflix boleh terus bakar 😁


Bahan-bahannya


Cara-caranya :


1. Rendam sosej dengan air sekejap.


2. Belah roti pita kepada 2 bahagian dan gulung bersama sosej.


Sosej roll ada cheese tak perlu potong, balut kemas-kemas sebelum bakar


3. Potong kepada 5 bahagian. Kalau letak cheese tak perlu potong, nanti kalau bakar dalam air fryer cheese terkeluar.


4. Sapukan telur dan tabur serbuk oregano.




5. Bakar 10 minit, suhu 170c ikut pada suhu AF masing-masing. Siap untuk dihidangkan.

10 Sept 2023

Resepi Soto Ayam Mudah

Assalamualaikum readers


Resepi Soto Ayam Mudah | Nampak macam susah tapi once dah masak, eh mudah dan menjadi. Hasil masak-masak dengan cousin hubby. Ini antara menu untuk raya haji yang lepas. Cerita dia memang peram lama dalam draft.





Soto ayam ni kalau ada ketupat nasi dan sambal kicap baru kick! Nampak lah muka manusia-manusia yang tambah hingga licin. Alhamdulillah semua dapat makan. Meh nak share resepi yang diolah. Ikut citarasa sendiri.


Boleh refer video untuk cara memasak


Bahan untuk kuah soto :


1 ekor ayam (potong 6 bahagian)

2 batang serai (diketuk)

Minyak untuk menumis

1/2 paket kecil serbuk sup

1/2 paket kecil serbuk kurma

1 kiub pati ayam

2 batang daun sup (potong)

2 liter air


Bahan kisar :


1 inci lengkuas & halia

4 biji bawang merah besar

1 ulas bawang putih

1 biji buah keras & bunga lawang


Bulatkan guna scoop aiskrim


Bahan untuk begedil  :


5-6 biji ubi kentang (direbus)

2 batang daun sup (dipotong)

Sedikit bawang goreng

2 biji telur

Garam secukupnya


Bahan sambal kicap :


1 ulas bawang putih (diketuk)

3 biji cili padi

Gula & sos cili secukup rasa

3 sudu kicap


Cara memasak :


1. Panaskan minyak dan goreng bawang putih dan cili padi hingga sedikit garing.


2. Angkat bahan gorengan tadi dan simpan sedikit minyak gorengan. Ia buat sambal kicap lebih sedap.


3. Blend bahan gorengan bersama gula, sos cili dan kicap. Masukkan satu sudu minyak gorengan. Dah siap! Selamat mencuba.


4 Sept 2023

Resepi Roti Pita Bologna Ayam

Assalamualaikum readers


Resepi Roti Pita Bologna Ayam | Lama tak update pasal resepi ni, bukan apa dia punya malas tu nak tengok kuali pun tak nak. Haha.. Ini antara breakfast yang mudah untuk bawa bekal dan bekal terakhir sebab work from home. Dalam banyak-banyak brand roti pita tu hanya Gardenia saja tak ada bau yis yang terlalu kuat macam brand lain.


Roti Pita Bologna Ayam

Roti pita ni boleh buat macam-macam menu tau, ikut pada selera masing-masing. Makan tiga keping pun dah kenyang. Ini antara menu mudah nak buat dan cepat siap. Sesuai sangat untuk orang yang tengah diet tu. Boleh tambah lagi tomato tapi sebab tak ada, guna sayur yang ada saja.


Chicken bologna goreng sekejap dan bakar roti pita atas pan selama 2 minit

Tak ada masa nak belah dua, janji terus ngap

Teringin jugak nak buat roti pita ala Subway kan, letak sos ikut suka hati tapi tak pernah try lg. Untuk timun, Nina guna timun Jepun sebab lebih ranggup dan tak berair macam timun biasa. Selamat mencuba guys!

18 Jul 2023

Resepi Sambal Kering Kentang Dan Ikan Bilis

Assalamualaikum readers


Resepi Sambal Kering Kentang Dan Ikan Bilis | Lama tak update kisah masak-memasak ni. Bukan tak masak tapi malas nak taip. Alasan gitulah sampai tahun depan. Nampak ikan bilis dan kentang ada terus keluar idea nak masak sebab simple.




Resepi ni menjadi salah satu masakan untuk bawa bekal. Antara rajin dengan tak. Sedap dimakan dengan nasi panas, letak telur separuh masak gedik gedik tu atau pekena dengan sup. Perghhh nikmat!


Bahan-bahan :


2 atau 3 biji kentang (dipotong nipis dan di goreng)

1 mangkuk ikan bilis (digoreng)

3 ulas bawang merah (hiris nipis)

2 ulas bawang putih (hiris nipis)

1 sudu kecil sos tiram

 2 sudu besar cili kisar

1 sudu besar sos cili

Gula secukup rasa

Sedikit garam (untuk digaul bersama kentang)


Cara-caranya :


1. Kupas kentang dan hiris nipis, kemudian gaulkan kentang dengan garam sebelum di goreng. Masukkan sekeping demi sekeping supaya tidak melekat. Goreng sehingga garing, angkat dan toskan.



2. Dalam minyak yang sama, goreng pula ikan bilis sehingga garing.


3. Panaskan 1/2 senduk minyak masak yang baru (bukan minyak goreng ikan bilis ya) dan goreng bawang merah dan bawang putih sehingga wangi.


4. Masukkan cili kisar dan masak sehingga pecah minyak.




5. Masukkan pula sos cili, sos tiram, gula dan masak seketika. Apabila sudah pecah minyak dan sedikit kering, masukkan ikan bilis dan kentang goreng. Kacau seketika supaya sebati. Siap untuk di hidangkan!


Selamat mencuba.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com