18 Dec 2023

Resepi Ayam Bawang Ala Mamak

Assalamualaikum readers


Resepi Ayam Bawang Ala Mamak | Percuban masak pertama kali berjaya! Hubby tambah 3 kali, ini bukan nak memuji diri tapi dia sejenis suka masakan mamak. Kawan mamak banyak dari kawan melayu 😅 Atau pun sebab Nina dah lama tak masak sejak kandungan ada masalah.


Ayam bawang ala mamak


Ayam bawang ni mudah nak masak cuma kena goreng ayam dengan bawang dulu lah. Agak makan masa di situ. Yang tak ada idea nak masak ayam boleh cuba, sedap makan panas-panas dengan telur mata kerbau 😋


Bahan-bahan :


Ayam

1 ulas bawang merah

3 ulas bawang putih

1 inci halia

(Semua dikisar)

1 sudu cili kisar

1 helai daun pandan

1 batang serai

4 sekawan

2 helai daun kari

Gula

Kicap manis

Sos tiram

Sos cili

Sos tomato


5 ulas bawang merah (untuk tabur di atas ayam)


Cara-caranya :


1. Goreng bawang merah untuk tabur dahulu.



2. Goreng pula ayam yang telah diperap dengan serbuk kari + garam, guna minyak yang sama.


3. Guna minyak goreng ayam untuk tumis bahan kisar.


4. Masukkan daun pandan, serai, daun kari & 4 sekawan



5. Masukkan ayam dan kesemua sos termasuk gula. Biarkan sebati. Bila semuanya secukup rasa boleh tabur bawang goreng.

7 comments:

  1. Tak pernah makan tapi ramai orang cakap sedap. Mudah je nak masak.nnti nak try

    ReplyDelete
  2. Habis laaa tutup laa resto2 naskan kat penang tuuuu… hehehe

    ReplyDelete
  3. sedap tu kalo husband dh mkn bertambah....tk pernh try lg menu ni

    ReplyDelete
  4. mahu saya cuba menu ini nanti...macam bast jer

    ReplyDelete
  5. Ibu MA pernah masak, memang macam remeh je ..but sedapp

    ReplyDelete
  6. baru pernah jumpa resepi ayam bawang ni.. selalu tgk je di kedai mamak.. tq for sharing

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com