24 Dec 2023

Selsun Blue Shampoo Untuk Rambut Kelumumur

 Assalamualaikum readers


Selsun Blue Shampoo Untuk Rambut Kelumumur | Alhamdulillah akhirnya jumpa jugak shampoo untuk masalah kelumumur dan rambut gugur bagi rambut Nina ya. Memang berbaloi dan hasilnya kepala dah tak gatal langsung dari pertama kali guna. Tapi jangan pakai hari-hari pulak. Seminggu sekali atau dua kali saja. Shampoo ni ada 3 jenis semuanya.


Selsun Blue Shampoo (Itchy Scalp) - RM 19.89
Beli dari bulan 10, masih belum habis



Bab bau tu tak adalah hodoh sangat macam sesetengah review tu cakap. Tapi masa shampoo rambut terasa sejuk dan lepas guna, rambut akan agak kasar sikit. Lepas letak serum rambut, rasa legaa sangat, pakai tudung berjam-jam pun tak gatal dah. Shampoo ni jangan lah beli di Watson dan seangkatan memang mahal harga yahoooodi. Yang penting ialah kena kenal pasti jenis rambut dan cari shampoo yang bersesuaian



Tak digalakkan shampoo sambil pakai barang kemas sebab ada efek kimia disitu. Dia tak macam shampoo lain tau sebab dia punya ubat tu kuat. Antara kesan sampingan penggunaan Selenium Sulfide terlalu kerap akan menyebabkan :


  • Oiliness or dryness of hair and scalp.
  • Hair loss.
  • Hair discoloration.
  • Scalp irritaton.
  • Skin irritation.

Oleh sebab itulah Selsun Blue ni mempunyai Selenium Sulfide 1% sahaja. Shampoo ni boleh taan sehingga 3 bulan bergantung pada penggunaan. Memang jimat sebab tak guna hari-hari pun tapi rasa setakat ini sangat ok sebab sekarang Penang memang kerap tak ada air. Jadi pernah lah nak masuk seminggu lebih tak shampoo rambut tapi masih tak rasa gatal. Hahaa.. 

4 comments:

  1. encik suami sy pun pakai syampu ni walaupun dia x berambut sgt... mungkin sbb kulit rambut gatal tu kot... x baca pulak yg mana yg dia pakai.. haha

    ReplyDelete
  2. x pernah dgr plak..leh try cari ni..tq for sharing!

    ReplyDelete
  3. CCL pun suka pakai shampoo selsun blue ni . Rasa segar terus dari kulit kepala

    ReplyDelete
  4. Oklah syampu ini sebagai sandaran kalau kepala gatal.

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com