29 Dec 2022

Bawa Harraz Naik Ferry

 Assalamualaikum readers


Sebelum ini, bawa anak naik bas. Kali ini misi nak bawa Harraz cuti-cuti di pulau kena ajar naik bot/feri dahulu supaya terbiasa. Nasib ada feri Langkawi di Penang ni. Boleh balik rumah mak tok. Hubby malas nak drive sebab sesak kalau keluar dari pulau pada hari minggu. Banyak perubahan bila sampai di jeti. Walaupun dah tak ada feri macam sebelum ni tapi masih ramai yang menggunakan perkhidmatan feri untuk ke tanah besar (Butterworth). 


Ini budak nampak vending machine




Salah satu feri Penang ni, Nina nampak dah ada di Lumut 😞 Entah bila sampai di sana. Segala fasiliti disediakan untuk memudahkan rakyat, pelancong terutama backpackers. Turun bas terus naik feri ke Penang. Banyak restoran di terminal bas. Sejak tinggalkan alam pelajaran, dah tak naik bas. Rindu pulak. Pastikan pakai face mask sebab nak tunggu feri, ramai manusia dan foreigner. 


Naik kereta dari rumah dan parking di sini. Lintas jalan ke terminal feri

Dapat sebotol Calpis

Suasana dalam feri, crowded juga

Laluan keluar dan masuk ke dalam feri


Singgah sekejap rumah mak, puas main dengan cucu kami pun balik ke Penang dalam 8.30 malam, setiap 1 jam feri akan bertolak. Kena alert dengan jadual feri. Kalau rajin, plan naik naik feri lagi ke Sunway Carnival Mall, bawa Harraz jalan-jalan. Itu pun kalau ter-rajin. Haha.. 


Laluan dari feri ke stesen bas dan keretapi

Nampak tak signage, ke KTM belok kanan

Laluan ke KTM, penat jugak kejar 2 beranak ni

Lif ke kaunter KTM

Jadual perjalanan feri Pulau Pinang


Cara pembelian tiket feri pun mudah dan sistem sudah di upgrade. Start tahun 2023, pengguna sudah boleh guna kad TnG dan debit card untuk naik feri tanpa perl beli tiket di kaunter. Cuma pastikan tahu baki dalam kad ada berapa. Mudah dan jimatkan masa pengguna terutama yang berulang alik naik feri ke tempat kerja.

Review Filem : Glass Onion: A Knives Out Mystery (2022)

 Assalamualaikum readers


Review Filem : Glass Onion: A Knives Out Mystery (2022) | Filem ini merupakan sekuel kepada filem Knives Out (2019). James Bond kembali dengan watak sebagai detektif Benoit Blanc dalam menyelesaikan misteri yang terjadi antara lelaki billionaire dan rakan-rakannya. Filem ini ditayangkan secara rasmi di Netflix pada 23 Disember 2022.



Sinopsis :


Mengisahkan satu misteri pembunuhan ketika pandemik Covid-19. Miles Bron, jutawan syarikat teknologi Alpha, menganjurkan hujung minggu misteri pembunuhan di rumah, Glass Onion di pulau peribadinya, Greece. Dia menjemput lima rakan: 


Lionel Toussaint - ketua saintis Alpha

Claire Debella - gabenor Connecticut

Birdie Jay - pereka fesyen

Duke Cody - penstrim hak lelaki

Cassanda "Andi" Brand - rakan pengasas bersama dan CEO Alpha yang digulingkan.


Duke & gf - Whisky


Detektif Benoit Blanc juga mempunyai jemputan, dan menyertai kumpulan itu bersama-sama dengan pembantu Birdie, Peg dan Whisky, gf Duke. Blanc dilantik oleh Helen Brand untuk menyiasat kematian kakak kembarnya, Andi. 



Apabila tiba di pulau, Miles mempersoalkan kehadiran Blanc, dengan mengandaikan tetamu lain menjemputnya sebagai jenaka. Sebelum makan malam, Miles mempamerkan Mona Lisa yang dipinjamkannya dari Louvre dan mendedahkan bahawa Glass Onion dikuasakan oleh "Klear", bahan api berasaskan hidrogen dari Alpha yang akan dilancarkan walaupun Lionel dan Claire bimbang tentang keselamatan penduduk.


Suka lagi style rambut Peg (Jessica Henwick) dalam filem Gray Man


Satu demi satu konflik berlaku, lebih banyak misteri terdedah dan bermulanya satu kematian. Blanc menyelesaikan misteri pembunuhan dengan segera. Kumpulan mengesyaki Andi tanpa mengetahui Andi yang sebenarnya telah meninggal dunia seminggu sebelum perjumpaan. Helen mengesyaki seseorang dalam kumpulan itu membunuh Andi untuk mengelak daripada dihina, serta mendapat sokongan Miles. 


Bayangkan disebabkan kepentingan masing-masing, sanggup cakap bohong dari menegakkan kebenaran. Kesian Andi ada kawan-kawan penakut. Semuanya perlu ikut kata Miles untuk berjaya di bawah pengaruhnya. Filem ini cukup menarik dan filem misteri orang mati yang mencuit hati. 


🌟🌟🌟🌟/5

28 Dec 2022

Roadtax Holder

 Assalamualaikum readers


Roadtax Holder | Antara benda yang wajib ada sebagai aksesori kereta. Kadang pelik tengok orang yang tampal roadtax bersama dengan roadtax yang dah expired atau ada kesan gam di cermin. Nampak hodoh dan cermin kotor. Bila guna roadtax holder, nak letak pun dah mudah dan tak senget sana sini.




Hubby beli di TikTok, dalam Shopee pun bersepah orang jual. Harga murah saja, untuk kereta sendiri apa salahnya beli kan. Ini pun pasang last minute.

27 Dec 2022

Tong Kayu Cafe, Bayan Lepas Penang

Assalamualaikum readers


Tong Kayu Cafe, Bayan Lepas Penang | Weekends ialah hari gantung kuali dan dapur tak berasap tambah pula pada minggu dapat gaji . Hehe.. Ini kali kedua, Nina pi makan, dan owner dah berpindah ke bangunan yang baru. Hanya lintas jalan saja dari cafe yang lama. Waktu pi makan, hanya kami 3 beranak, lepas habis waktu solat maghrib baru lah ramai orang.




Nama cafe pun dah menarik dan makanan yang ada berasaskan nasi lemak, nasi ayam dan set nasi daging bersama beberapa jenis pilihan lauk. Kalau makan di cafe lama, memang agak sempit, di cafe baru ni luas dan selesa sikit nak menjamu selera. 


Nasi Set Ayam Perap Sos Thai Free Air Sirap - RM 7.50 (Sorang berebut nak ambil gambar, sorang lagi makan, maka terhasil gambar candid)

Nasi Set Daging Air Asam Free Air Sirap - RM 8.50 (pilihan Nina)

Makanan sampingan Harraz selain share nasi ayam dengan bapaknya


Kalau singgah ke Penang, terutama naik flight tu, boleh jjcm di Tong Kayu Cafe dahulu. Berdekatan dengan airport. Nina tengok dah banyak cafe-cafe dibuka waktu malam. Ada banyak pilihan tempat makan. 


Alamat :

12, Jalan Kampung Bukit 11900 Bayan Lepas, Penang

26 Dec 2022

Pentingnya Mengambil Kad Perubatan Prudential BSN Takaful

Assalamualaikum readers


Pentingnya Mengambil Kad Perubatan Prudential BSN Takaful | Masih ramai di luar sana yang tak mengambil insurans untuk diri sendiri dan keluarga. Nina pernah follow dan lihat macam mana MIL ke sana sini cari pelanggan terutamanya Melayu untuk ambil insurans tapi masih di tahap rendah. Alhamdulillah MIL agen Prudential yang bertanggungjawab, kalau client call tak kira waktu, tetap ke hospital.


Check in wad VIP setiap kali admit dengan hanya medical card


Entri ni bukan nak promote insurans tapi kalau sesiapa baru jadi parents, di nasihat untuk ambil medical card buat anak. Kos rawatan sekarang ni agak mahal tanpa insurans. Tak semestinya kita muda dan sihat, tak boleh diserang penyakit kronik atau kemalangan sehingga hilang upaya untuk mencari rezeki. Buat masa sekarang, Nina dan Harraz masih tak guna medical card sebab masih sihat.


Nak teman pesakit diwajibkan buat saliva test setiap hari. Ini guna duit sendirian berhad



Untuk Harraz bayaran bulanan serendah RM 130 merangkumi insurans kesihatan. Insurans terbahagi kepada dua kumpulan iaitu perlindungan dan simpanan. Seeloknya ambil kedua-duanya. Nina dan hubby ambil pakej tersebut. Masih lagi di bawah RM 200 tapi sekurangnya ada juga savings di situ. Kalau ambil insurans untuk anak, kos bayaran bulanan masih rendah untuk bayi.



Paling penting, ambil insurans dari ejen sepenuh masa dan berpengalaman. Bila ada medical card ni, bila sakit hanya sediakan duit deposit untuk kemasukan ke hospital. Dah discharge nanti boleh dapat balik. Boleh dapatkan quotation dulu sebelum ambil insurans mengikut kemampuan.


25 Dec 2022

Filem Review Kesempatan Keduda

Assalamualaikum readers


Filem Review Kesempatan Keduda | Cari sana sini cerita nak layan untu cuti 3 hari ni jumpa filem komedi dari Indonesia. Rupanya filem ini dah pernah masuk pawagam di Malaysia tahun 2019. Tak pernah tengok lagi, walaupun ada Zizan Razak.



Sinopsis :


Mengisahkan tentang Abi (Raffi Ahmad) yang memiliki isteri, Maya (Dinda Kanya Dewi),  yang sangat bercita-cita tinggi dalam kehidupannya. Maya mempunyai hubungan sulit dengan bos Abi untuk mendapatkan apa yang dia inginkan.



Tidak tahan dengan tingkah laku Maya, akhirnya Abi membuat keputusan untuk bercerai. Walaupun, dia mempunyai anak bersama Maya, bernama Arum (Aqilah Herby). Dalam filem ini, bukan hanya Abi seorang duda, tetapi Ken (Zizan Razak). Oleh itu, kedua-dua lelaki ini mendapat status duda, selepas menceraikan isteri masing-masing di pejabat mahkamah.




Kerana mereka tak mahu hidup bersendirian untuk masa yang lama, kedua-dua segera berpindah dan bangkit dari masalah peribadi. Mereka juga merealisasikan impian untuk mendapatkan calon isteri yang diinginkan. Selain cantik, tentu bagus. Calon yang dipilih oleh mereka ialah Syafa (Cut Meyriska) dan Dianti (Marsha Aruan). 


Pesanan moral menduda bukanlah hal buruk



🌟🌟🌟/ 5

24 Dec 2022

Review Filem Knives Out (2019)

Assalamualaikum readers


Review Filem Knives Out (2019) | Rupanya ada sambungan pada filem ini, yang di tayangkan di Netflix. Nina tengok sekuel kedua. Nak fahamkan jalan cerita kena tengok part pertama ni. Menarik filem ini bila James Bond digabungkan dengan Captain America. Penonton kena kaji siapa sebenarnya yang jadi pembunuh. Dalam filem "Gray Man" pelakon Ana de Armas berlakon dengan Chris Evan.




Sinopsis :


Detektif terkenal, Benoit Blanc (Daniel Craig) dapat satu kes untuk menyiasat kematian penulis novel genre crime thriller terkenal, Harlan Thrombey (Christopher Plummer) yang ditemui mati oleh pembantu rumah, Fran dalam keadaan ngeri di bilik bacaan di tingkat atas.



Detektif Elliott bersama pembantu dia, Trooper Wagner menyoal siasat semua ahli keluarga Harlan kerana mereka semua berpotensi besar menjadi suspek dengan masalah-masalah peribadi yang boleh dijadikan motif untuk membunuh selepas sambutan hari jadi Harlan yang ke 85. 



Siasatan terakhir ialah Marta Cabrera (Ana de Armas) yang merupakan jururawat peribadi merangkap kawan rapat Harlan dan dia tak boleh menipu sebab akan muntah secara automatik. Tak ada yang pelik dan alibi masing-masing kukuh walaupun ada motif untuk membunuh Harlan. Kesimpulannya Harlan bunuh diri selepas Marta balik ke rumah jam 12.30 malam. 





Scene lebih menarik bila peguam Harlan, Alan dan pembantu dia datang untuk bacakan wasiat Harlan yang menyerahkan semua harta pada Marta. Lakonan Chris Evan sebagai cucu Harlan, Hugh Ransom yang playboy dan biadap. Kalau tengok dan fahami betul-betul, dari part pertama dah ada clue siapa yang masuk ke rumah Harlan, kenapa anjing menyalak, dan kenapa di carpet tidak ada bekas tanah selut kecuali batu-batu kecil. 



🌟🌟🌟🌟/5


Filem ini menarik untuk di tonton. Kena lah tengok sendiri movie yang penuh dengan donut hole plot twist! 

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com