2 Dec 2022

Resepi Sangkaya Ala Boat Noodle

Assalamualaikum readers


Resepi Sangkaya Ala Boat Noodle | Ke Boat Noodle tak sah kalau tak order roti sangkaya. Memang sedap dimakan bersama roti kukus. Makan dengan roti gardenia pun sedap! Ini kali kedua, try buat dan menjadi cuma tak ikut 100% resepi dalam google. Ikut tekak sendiri sebab hubby yang request nak makan.


Roti Sangkaya - 16 Nov

Sangkaya kedua - 19 Nov


Sangkaya ni sesuai dimakan tak kira waktu. Dah buat kali kedua terus ingat step-by-step cara nak buat. Kalau rajin nanti upload dalam TikTok 😉 Boleh tahan 4 hari kalau disimpan dalam fridge, jimat juga tak perlu beli spread.



Bahan-Bahan :


5 helai daun pandan (dipotong kecil)

1/2 cawan air

1 biji telur

1 sudu gula melaka

4 sudu gula putih (ikut suka, jika mahu manis tambahkan)

1/2 kotak kecil santan

Pewarna hijau

1 sudu kecil garam

1 sudu tepung jagung


Cara-Caranya :


1. Potong daun pandan dan masuk ke dalam blender bersama separuh gelas air dah kisar. Tapis air pandan.


2. Sediakan mangkuk dan masukkan air pandan, telur, gula melaka, gula, tepung, santan dan sedikit garam. Kacau sebati.



3. Kemudian rasa, kalau sudah ok masukkan sedikit pewarna hijau dan kacau.



4. Buka api perlahan dan kacau adunan sehingga pekat. Jangan dibiar tanpa di kacau. Jika sudah agak pekat, boleh tutup api dan siap untuk dihidang.


11 comments:

  1. tk pernh buat sdiri...mmg kalo ke boat noodle suka order

    ReplyDelete
  2. bagus jugak dah reti buat sendiri. lagi jimat dan dah pasti bahan halal dan bersih

    ReplyDelete
  3. Kita tak rajin nak buat, ni yang rasa akan pergi boat noodle nanti nanti ni

    ReplyDelete
  4. boleh pecaya ke ni tahan 4 hari tu😁 ke... sekali buat trs habis?😁

    ReplyDelete
  5. rajin nyer! terbaik, nina.
    aida punya rajin takkan sampai buat kaya gini tau :)
    kagum. sedap ni. kesukaan asben aida tau, nina.
    roti + kaya = memang ngam la.

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com