18 Dec 2022

Review Filem Troll (2022) Di Netflix

 Assalamualaikum readers


Review Filem Troll (2022) Di Netflix | Baru tengok movie ni last week sebab rating tinggi rupanya filem dari Norway. Faham jugak sebab bahasa lebih kurang Harraz 😂😂 Negara scandinavia ni mostly banyak gunung ganang yang bersalji. Best tengok view dalam filem ni. Troll merupakan filem original Netflix dari Norway.




Sinopsis :


Filem bermula dengan rock climbing seorang bapa, Tobias dan anaknya Nora hingga sampai di puncak gunung. Tobias menceritakan bahawa dahulu gunung itu dihuni oleh makhluk lagenda bernama Troll.


Kris, Nora & Andreas



Masa akhirnya berlalu dimana Nora sudah dewasa dan menjadi professor, sedang mengkaji tulang dinasour yang dijumpainya. Di sisi lain, terdapat projek membelah gunung untuk dijadikan laluan train. Menyebabkan alam sekitar dan pergunungan musnah akibat letupan. Kejadian tak diduga apabila sosok badan makhluk bangun dari tidur panjangnya dan marah sambil melempar semua manusia yang ada.


Perdana menteri memanggil Paleontologi terkenal iaitu Nora. Semua pakar memberikan pendapat masing-masing mengenai lubang berbentuk tapak kaki di sepanjang kaki gunung. Hanya Nora memberitahu ia jejak kaki raksasa, namun ditertawakan. Nora pergi begitu saja dan Andreas yang bekerja di pejabat Perdana Menteri percaya apa yang dikatakan Nora dan menemui sarjan bernama Kris, yang ditugaskan ke lokasi kejadian. 


Tobias



Sampai di lokasi, Nora yakin ia makhluk yang dicerita oleh bapanya yang tinggal sendirian setelah kehilangan kerja akibat ingin mencari bukti makhluk gunung itu. Pelbagai cara Nora lakukan untuk menghentikan Troll tetapi gagal. Sehingga menemui 'clue' di diary milik bapanya yang membawa mereke ke Istana Kerajaan bertemu Rikard.


Rikard menceritakan sejarah Troll dan seluruh analisi Tobias mengenai Troll adalah benar. Troll lain pernah hidup, dibunuh dan rangka disembunyikan di gua rahsia dekat istana kerajaan, sementara Troll yang sempat lari dikuburkan di dalam pergunungan Dovre. Akibat pembinaan rel train, Troll bangun dan kembali ke Oslo untuk menemui saudaranya yang lain.


🌟🌟🌟 / 5


Apa yang terjadi seterusnya, berjayakah mereka menghenti atau membunuh Troll. Makhluk ini lemah pada sinaran UV ya. Kena tengok. 


2 comments:

  1. maknanya lps nora tak dapat tewaskan troll, dia lari ke oslo? mcm tu ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia ke Oslo untuk jumpa org istana yg pernah bunuh Troll yg lain

      Delete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com