10 Dec 2022

Review Filem : Qodrat (2022)

Assalammualaikum readers


Review Filem : Qodrat (2022) | Filem horror berunsur keagamaan yang dinantikan dari Indonesia. Segala bacaan di dalam filem ini juga dibantu oleh ustaz yang bertauliah.




Sinopsis :

Mengisahkan Ustaz Qodrat (Vino G. Bastian) yang selalu membantu orang sekeliling dengan ilmu ruqyah tetapi gagal merawat anaknya sendiri, Alif Al-Fatanah (Jason Bangun) yang dirasuk syaitan bernama Assuala. Qodrat pun membuat keputusan pulang ke Pusat Pengajian Kahuripan di Desa Kobe, di mana tempat dia menuntut ilmu.




Ketika tiba di sana, Qodrat pelik dengan keadaan kampung yang sunyi dan kemarau, malah Kiai Rochim (Cecep Arif Rahman) terlantar kerana sakit misteri. Pusat Pengajian dijaga oleh ustaz Jaafar (Randy Pangalila) bersama anak murid yang lain.




Ketika Ustaz Jaafar sibuk merawat orang, Yasmin (Marsha Timothy) meminta bantuan Qodrat untuk merawat anaknya bongsunya, Alif Amri (Keanu Azka) di rumah. Mulanya Alif berbual dengan "ayah" dari dalam almari sehingga menjadi parah apabila Arif dirasuk dan mencederakan ibu dan kakaknya, Asha (Maudy Effrosina).




Walaupun Qodrat berjaya merawat Alif tetapi syaitan tersebut berjanji akan menyeru syaitan yang lebih kuat untuk menghancurkan Qodrat dan keluarga tersebut.


Filem arahan Charles Gozali mengetengahkan pertarungan antara manusia dan iblis. Bagaimana manusia termakan hasutan syaitan seperti watak Alif yang dijanjikan boleh berjalan semula selepas kemalangan jalan raya.




Setiap scene berjalan perlahan, sedangkan ada banyak plot boleh dikembangkan terutama kehidupan Qodrat setelah anaknya meninggal. Bagaimana dari kematian Alif, dia dibawa ke penjara. Gangguan syaitan juga tidak banyak.


Scene Ustaz Jaafar jaga Pusat Pengajian pun ada sesuatu, Qodrat tak pelik ke sebab tak dengar bunyi azan atau Qodrat laungkan azan ajak orang kampung solat berjemaah. Watak Randy Pangalila pun kurang dikembangkan.




Yang menyerlah dari awal hingga hujung cerita ialah watak Yasmin (Marsha Timothy), seorang ibu tunggal yang terbeban dengan masalah kewangan dan kesihatan anak-anaknya. Babak dia minta duit dengan ibu Jihan tu nampak rasa bersalah tapi terbeban dengan masalah hidup sendiri. Yang seram babak kena rasuk dengan Assuala dan Qodrat berjaya merawatnya. Sesuai sangat gabungan suami isteri ini.




Yang pastinya filem ini ada sambunganya, watak Qodrat yang akan mencari isterinya, Azizah.


🌟🌟🌟/5

No comments:

Post a Comment

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com