22 Dec 2022

By The Sea, Batu Ferringhi Penang

 Assalamualaikum readers


By The Sea, Batu Ferringhi Penang | Weekends minggu lepas family Aunty Da (adik MIL) datang Penang, dapat Harraz mandi pool 2 hari berturut-turut. Seronok anak itik tu 😂 Sebelah apartment ni ada restoran Lubnan. Dok aimm bila nak pi makan. Mana tau boleh pi celeb anniversary kan. Haha. Mak harap harga makanan tak yahudi sangat.


Jangan expect kami 3 beranak mandi dengan tenang macam ni


Tengok interior By The Sea ni biasa-biasa saja, mostly rumah orang tapi buat homestay. Harga kalau menghadap pool+laut cecah RM 900 semalam. Homestay yang aunty duduk ni dalam RM 600 (1 malam+2 bilik). Itu pun view laut dapat sebelah saja. Mungkin bilik-bilik lain interior lain, tapi yang best lengkap dengan segalanyaaaaa. Kalau duduk lama sikit, boleh jadi chef Nina.




Sesuai untuk seisi keluarga menginap, boleh masak, basuh baju, TV saluran Netflix tau. Mungkin boleh book awal, dapat harga murah sikit. Kalau season peak macam cuti sekolah ni, nak mandi pool pun ramai budak-budak dan bapak budak 😁 Yang tak best lif penuh dengan air. At least buat lif khas untuk mandi pool. Ini air bertakung area lif yang ada pool. 


View dari bilik utama

Shower dan tandas duduk asing (sebelah)

Bilik kedua

Bilik air sama seperti di bilik utama

Tingkat 8



Alamat :

By The Sea HOMESTAY, Jalan Batu Ferringhi Batu Ferringhi, 11100 Penang, Pulau Pinang


Siapa-siapa yang kaya sangat, boleh stay sini. Nak makan bersepah kedai, Starbucks, McD, Subway, Secret Recipe semua ada, kuda pun ada. Nak datang ke sini hanya Waze saja, know-know arrived 😄

11 comments:

  1. wow boleh tahan jg ya harganya...

    ReplyDelete
  2. sy suka deco/suasana homestay mcm ni. minimalis. rasa nak bergerak sana sini 'tak sempit'

    alahai lif... tak ada cleaner ya. .

    ReplyDelete
  3. cantiknya apartment ni. kolam renang pun nampak best tapi klu pegi matahari dah naik confirm terbakar kulit.

    ReplyDelete
  4. RM600 ada 2 bilik dan dengan segala kemudahan lengkap tersedia, memang berbaloi untuk percutian keluarga.

    Akak suka bilik mandi dan tandas asing gitu. Rasa macam bersih sikitlah..hehe

    ReplyDelete
  5. Amboi harganya, mentang-mentang dekat dengan laut.

    ReplyDelete
  6. Cantik rumahnya. Kalau dpt tgk pantai tu kira dah best sgt dah

    ReplyDelete
  7. sy suka homestay yg dekat dgn kedai2 ni... bkn sbb sng nk belanja tp kalau ada apa2 yg krg sng nak terjah. x yah start kete kena pegi jauh2

    ReplyDelete
  8. last 2 month hari tu pun duduk sini jugak dengan family. okay jugak la, enjoy. makan pun senang, cuma kena menapak sikit je. bab air dalam lif tu tak boleh buat apa, sebab kurang pemantauan, walaupun ada cctv dalam lif. ini sebenar nya kesedaran masing2, sama ada yg memang stay situ, atau pengunjung homestay.

    ReplyDelete
  9. berkenan betul dgn kabinet dan perabot warna senada mcm ni...

    ReplyDelete
  10. gerammm je tgk mesin basuh dgn dryer tuuuu

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com