7 Dec 2022

13 Taman Tema Air Di Malaysia

Assalamualaikum readers


13 Taman Tema Air Di Malaysia | Yeahh cuti malaysia sekolah menjelma lagi. Walaupun tak ada anak masuk sekolah lagi tapi anak pantang nampak air atau paip air haruslah bawa ke taman tema bila tiba masanya 😅 mak-mak sangat. Harraz mandi dalam sinki air pun seronok dah. Haha


Yang tak ada plan nak bawa anak-anak, boleh refer taman tema air di Malaysia yang ada di setiap negeri semenanjung ni. Biasanya waktu cuti sekolah ni ramai parents yang menabur lebih kasih sayang kannn. Ini antara 13 lokasi taman tema air paling best di Malaysia.



1. The Carnival Waterpark, Sungai Petani



Terletak di Resort Cinta Sayang. Antara taman tema air di Kedah yang sering diserbu ramai. Tarikan menarik di sini ialah Twister, Splash Mansion, Tornado Twist, Mushroom Fall dan Boomerang Fall. 


Alamat : Persiaran Cinta Sayang 08000 Sungai Petani, Kedah



2. Fantasia AquaPark, Jitra



Satu lagi tarikan terbaru buat orang Kedah. Dibuka pada 2 November 2017. Salah satu taman tema air yang ada di Jitra.


Alamat : Jalan Golf & Country Club, Bandar Darul Aman Jitra


3. ESCAPE Theme Park, Penang



Aktiviti di sini semuanya menarik, sebab apa? Nina pernah menginap di sini dan bermain sepuaskan semasa itu waterplay masih dalam pembinaan. Gelongsor air terpanjang di Asia! Memang best.


Alamat : 828, Jalan Teluk Bahang 11050 Teluk Bahang, Pulau Pinang.


4. Bukit Merah Laketown Waterpark, Semanggol



Mungkin ramai di kalangan orang kita yang tak pernah melawat ke Bukit Merah. Jangan lepaskan peluang datang ke sini.


Alamat : Jalan Bukit Merah Taiping 34400 Simpang Empat Semanggol, Perak


5. Lost World of Tambun, Ipoh



Salah satu taman tema terawal di Malaysia dana pelbagai permainan yang hebat di sini. Bermula dari zoo sehinggalah spa dan kolam air panas hingga ke malam hari.


Alamat : No.1, Persiaran Lagun Sunway 1, Sunway City Park 31150 Ipoh, Perak


6. Bangi Wonderland Themepark



Bagi pengunjung yang berada di sekitar Bangi atau Kajang, boleh singgah di sini. Sesuai untuk kanak-kanak dan orang dewasa. Antara tarikan ialah Water Cannon. Duduk di atas 'meriam' dan ditolak seolah-olah ditembak dan meluncur ke dalam kolam.


Alamat : No 2, Persiaran Bangi Avenue 43000 Kajang, Selangor.


7. Sunway Lagoon Theme Park, Subang Jaya



Pusat bermacam jenis permainan air yang dibahagikan kepada 6 zon iaitu Water Park, Amusement Park, Wildlife Park, Extreme Park, Scream Park & Nickelodeon Lost Lagoon. 


Alamat : 3, Jalan PJS 11/11, Bandar Sunway 47500 Petaling Jaya, Selangor. 


8. Wet World Water Park, Shah Alam



Aktiviti air yang patut dicuba contohnya Super Hurricane, Monsson Buster, Thunder River dan Kiddy Thyphoon Lagoon. 


Alamat : Persiaran Dato Menteri, Seksyen 14 40000 Shah Alam, Selangor.


9. Melaka Wonderland Theme Park, Ayer Keroh



Terdapat 12 jenis permainan air yang sangat seronok untuk dicuba. Selain aktiviti menarik di taman dinasor dan taman ekstrim untuk mencuba go kart dan paintball.


10. A'Famosa Water Theme Park (Water World), Alor Gajah



Terletak di dalam A'Famosa Resort. Selain taman tema, ia juga terdapat tempat menarik berdekatan zoo yang luas di Animal World Safari dan bandar seakan zaman cowboy di Texas iaitu Cowboy Town.


Alamat : A'Famosa Water World, Jalan Kemus, Simpang Empat 78000 Alor Gajah, Melaka


11. Gambang Water Park



Tarikan utama ialah taman tema air dan mempunyai gelongsor air yang berkelajuan tinggi dan sangat menyeronokkan iaitu 6 Lane Racer. 


Alamat : Bukit Resort City, Jalan Bukit Gambang Resort 26300 Gambang, Pahang


12. Waterpark LEGOLAND, Iskandar Puteri



Taman tema air bertaraf antarabangsa pertama di Malaysia ini antara tarikan pelancongan utama di Johor.


Alamat : 7, Persiaran Medini Utara 3, 79250 Bandar Nusajaya, Johor


13. Adventure Waterpark Desaru Coast, Bandar Penawar



Berkonsepkan tema unik kampung ini menyediakan aktiviti seperi Penawar Falls, Penawar River, Shipwreck Reef dan Tidal Wave Beach. Patut cuba kesemua aktiviti ini dan terdapat 13 jenis water slide.


Alamat : Persiaran Pantai, Desaru Coast 81930 Bandar Penawar, Johor.


9 comments:

  1. Terimakasih senaraikan waterpark dekat Malaysia. Kalau tak tahu Sunway Lagoon je :')

    ReplyDelete
  2. Banyak juga yer theme park kat Malaysia ni. Masa anak-anak kecil rajin juga survey theme park.

    ReplyDelete
  3. Banyaknya yang tak pernah pergi lagi. Teringin sangat nak naik slide terpanjang tu

    ReplyDelete
  4. Masa ke Penang tahun lepas, teringin nak pegi yg ESCAPE Theme Park tu tapi check rega tiket mcm di luar bajet pulak. Mungkin lain kali boleh singgah penang khas utk pegi theme park ni je hehe. Dlm byk2 tempat ni, pernah pergi 2 tempat je - Sunway Lagoon, dgn Gambang Water Park. Legoland pun tak try lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tiket kena beli awal baru dpt murah dan bukan datang pd waktu cuti sekolah

      Delete
  5. dlm byk2 ni AFamosa je yg pernah sy jejak. tu pun ms zaman study dulu... hehehe lama giler!

    ada aim jg nk g the escape tu... tp tu laa plan je jd nya entah bla hahaha...

    btw bli tix escape tu kat mana?

    ReplyDelete
  6. penah pergi yg Melaka Wonderland, legoland dgn desa ru je...yg lain ntah bilalah nak pergi

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com