9 Dec 2022

Makan Di Botanica Dim Sum, Balik Pulau

Assalamualaikum readers


Makan Di Botanica Dim Sum, Balik Pulau | Restoran Chinese Muslim Halal Di Penang | Ini kalau buka di area town, sah viral dan crowded dengan manusia. Hubby bawa makan 27 Nov lepas. Ownernya seorang mualaf yang berkahwin dengan orang melayu dan semua pekerja adalah melayu 😊


Botanica Dim Sum

Cantonese fried rice with roasted chicken - RM 13.90

Beijing roasted duck rice - RM 15.90


Istimewanya makanan di Botanica dim sum ini ialah nasi itik yang dibungkus dalam daun teratai. Nasi berbau wangi. Menarik kan? Recommended untuk dicuba, selain pelbagai jenis dim sum. Pelanggan juga boleh beli frozen dim sum. Nina beli dim sum udang tak ada sos, mungkin kena minta masa bayar kot. Harga pun reasonable dalam RM 50.40 untuk kami 3 beranak ni. 


Beraneka dim sum. Setiap plate RM 3.80


Fried prawn wan tan - RM 6.90 (3 pcs)
Wan tan ni sempat makan kulit saja, isi semua Harraz makan. Sedap!


Cheese siew mai dan Fried prawn siew mai 


Restoran bersih dan selesa. Siap dengan kipas besar



Gambar ambil di FB. Sebabnya masa balik hujan pulak



Alamat : Botanica Dim Sum (Waze pun boleh)
28, Kuala Jalan Baru 11000 Balik Pulau, Penang


Waktu sesuai untuk mai ternak lemak antara pukul 12.00 tengahari ke atas. Tak ramai orang, boleh makan dengan tenang. Akan repeat lagi makan di sini. Wajib masukkan dalam list JJCM ke Penang. Peminat makanan cina sila hadirkan diri 😂


5 comments:

  1. Hadir! Dim sum nampak sedap2. Nasi bubuh dlm daun teratai mmg trademark masakan Cina.

    ReplyDelete
  2. Setuju Nina, kalau bukak dekat area town memang penuh dengan manusia. Terliur nengok dim sum tu

    ReplyDelete
  3. menarik! peminat dim sum boleh terjah sini. harga pun ok jg tu...

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com